Friday, April 18, 2008

Hari ini yang menyakitkan

Akum, hari ini adalah hari yang amat menyakitkan. Saya dah mula berasa fed up dengan situasi kerja sekarang ni. Saya masih memikirkan adakah ini apa yang sebenarnya bersalah. Salahkah dengan apa yang aku lakukan. Kenapa last minit baru nak semak dan check segala - galanya. Kenapa baru bagitahu apa yang dia nak bila semua kerja dah dibuat. Kekadang tu aku rasa betul - betul fed up tapi siapa yang tak betul ni aku ke? Malaslah jugak nak kata bos sendiri yang salah sebab dia yang lebih banyak pengalaman. Tapi yang boleh saya kata kat sini hari ini adalah hari pertama selepas berbelas tahun saya tak campakkan barang kerana tidak dapat tahan marah. Hari ini apa yang tidak pernah berlaku berbelas tahun dulu telah berlaku, saya campak kotak kayu tempat simpan nota kecil ke dinding dan pecah lah benda tu. Pergi ke tandas ..menangis sakan sorang-sorang selepas tu bila dah ok baru balik ke ofis.

Hari Isnin ni kami organise seminar untuk wanita, semua saya dah arrange penceramah, permohonan kewangan, makanan, persiapan. Saya bagi arahan pentadbiran untuk bos saya sign sbb rasanya lebih sesuai dia yang sign dan saya berharap dia check sekali jika ada apa - apa kesilapan yang saya lakukan kerana yelah saya kan baru sebulan kat sana dan bekerja tanpa pembantu.

Semuanya saya telah siapkan daripada permohonan kewangan, arahan pentadbiran, memo kepada big big big boss daripada big big bos. Memo tu edit print edit print banyak kali , saya buat jugaklah sbb yang penting semuanya settle. Kalau ikutkan sebenarnya memo itu ditandatangan oleh boss yang satu lagi tapi sebab di arahkan ke Kuching dulu jadi tak sempat untuk tunjukkan memo itu. Mungkin anda akan rasa pening kepala sikitlah bila baca tapi memang kerja di situ memeningkan.

Arahan petadbiran yang saya minta bos saya tu sign rupanya ada berlaku kesilapan daripada segi major staf duty error saya dah rendahkan pangkat bos saya dan pengalamat ada tak betul dan tak ada. Senior daripada department lain tanya 'kenapa hang tak check dulu sebelum hang sign on behalf of her?' Saya jawab ' dia yang sign mem ' terperanjat senior tu.

saya kena buat ucapan perasmian untuk pegawai kanan yang akan merasmikan acara itu. Arahan itu disampaikan oleh pegawai lain kepada saya. Saya buatlah ucapan itu berdasarkan apa yang saya boleh tahu dan serahkan kepada bos saya untuk semak sbb kita tahu kan kekadang tu mungkin kehendak orang berbeza. Saya bagi pagi tadi .... petang tadi jam dekat pukul 7 petang baru dia cakap ada banyak yang tertinggal daripada speech yang saya buat dan dia kata dia akan buat sendiri untuk diberikan kepada pegawai kanan tersebut. Saya kata oklah kalau macam tu nanti bagilah satu copy supaya saya boleh semak di mana kelemahan saya di dalam membuat ucapan. Jam lpan lebih pegawai kanan tu dah membebel kat handphone junior saya kata dia nak tengok speech tu ... hang nak cakap macam mana? hang nak kata SO! saya buat puan. Tak boleh lah ... lastnya s jawablah esok saya hantar kat puan. Dia marah - marah kata macamana nak hantar esok sbb esok saya pergi ke rumah adik saya. Saya jawab balik saya hantar kat rumah adik puan. Pukul 2 petang saya hantar sbb pagi saya ada kelas swimming.

Kerja kami sepatutnya habis pukul 5 petang tapi saya tak benarkan staff saya balik sebab minta mereka siapkan folder untuk mesyuarat pada 25hb. 21hb organise seminar, 22 - 24 cuti ikut husband ke Kijal. 25 organise meeting. So saya nak pasti folder tu semuanya siap supaya bila s balik dari cuti cuma activate the plan. Staf yang ada saya dah brief dah pasal penempahan bilik mensyuarat, makan, claim untuk duit makan, surat panggil mesyuarat semua dah buat ...

banyak yang aku nak cerita hari ini. Tetapi apa yang aku boleh kata kat sini aku tak suka buat kerja macam ni buat kerja last minit. Kalau tanya masa tengah menaip ni saya menangis ni.

Bayangkan pukul 6.30 petang ofis baru tanya pasal apa cenderahati nak kasi kat penceramah. Saya sebenarnya dah suruh staf saya cari apa - apa barang yang ada kat ofis untuk di jadikan cenderahati. dah siap dah 3 paperbag utk 3 penceramah. Mai dia kata dia tak setuju dengan cenderahati yang kami berikan dan dia berikan cenderahati lain. Bukannya saya tak perasan cenderahati yang dia berikan tu tapi kami tak beranilah nanti ada yang marah .

Entahlah .... saya tak berminat bekerja di tempat baru ... aku yang dah bodoh ni jadi bertambah bodoh dengan cvaria dengan diaorang buat kerja. Aku yang bodoh ke atau sebaliknya ... aku pun tak faham.

Sekarang ni nak buat bodoh jerlah lebih senang macam tu daripada buat kerja tetapi kerja tak pernah dihargai dan tak pernah bagi tahu apa yang dia nak sebenarnya. Last mint baru nak bagi tau. Fed up nya.

Saturday, April 12, 2008

April apa yang berlaku

Ain with her big smile. Her glasses is the same design as mine. Yelah anak mak kan. The t-shirt is from her Aunty Mala yang balik bercuti di China. She in her room, the curtain jahit sendiri , Ain yang pilih kainnya.

Ikmal tidur dalam buaian nya.

Their Abah is in Texas, USA for time being so macam biasalah kami tidur beramai - ramai

This is decoration terakhir yang saya dan staff x I buat sebelum saya bertukar ke tempat baru di Kuala Lumpur, Kami hanya buat decoration kiri kanan carpet merah dan di atas pentas

Bulan April, sudah hampir sebulan lah ditempat baru. Kena pergi ke Bandaraya Kuching organising some function kat sana . Tapi sebenarnya unit yang kat sana organising, kami ni hanya membawa apa yang diperlukan aje dari Kuala Lumpur. Badan tak sihat sangat, 4 biji panadol actifast kena telan tapi bukanlah sekaligus plak. Selsema semasa naik aircraft tu terasa sangat sangatnya dalam telinga sebab oleh pressure. Di sana menginap di Hilton, gambar tak adalah sebab tak bawa kamera tapi oklah kat sana sebab makanannya boleh tahan sedap. Lupa kejap aim nak kurus. Menginap di Hilton 2 malam dan Grand Continental satu malam.





2 kali pergi makan seafood kat Topspot, memang murah. Balik hari Jumaat lepas masih dalam keadaan tidak sihat, sekarang ni pun masih tak sihat selsema, sakit tekak dan batuk. Ikmal pun tak sihat dia selsema dan batuk juga. Kakak dia ok so far.