Assalamualaikum,
Akak tak mahu tunggu tahun baru tapi la ni akak nak start dengan azam baru. Tak tahulah hangat-hangat tahi ayam atau tidak. seminggu yang lepas suami akak belikan akak notebook baru brand Acer Aspire 2930, upgrade memory pada 4 gbyte consider oklah. Lepas tu akan sign untuk maxis broadband untuk suami akak.
Ini consider macam hadiah ulang tahun wedding yang ke 11 pada 26 Dis lepas. Dia perlukan internet sbb sekarang dia berkursus di Ipoh dan perlukan internet untuk cari bahan kursus. Akak pun akan berkursus bermula pada tahun hadapan, so akak pun memerlukan notebook juga untuk siapkan assignment. Notebook akak, akak bagi pinjam kat adik yang sedang study. Notebook satu lagi suami pakai, so kenalah beli yang baru ..ok gak dapat yang baru. Kira macam investment jelah tu.
Lepas hari raya Haji yang lepas, anak akak Ikmal kena buat operation untuk hernia nya. Dah ok dah, kami sunatkan sekali. Sekarang dia dah sihat tapi punyalah susah nak jaga bukan spp hernia tu tapi akibat disunatkan, yelah budak umur setahun .. lasaknya ya amat.
Oklah nak kena stop dulu sbb jam 1730 nak kena gi jogging .... kursus yang akak nak pergi ni ambil masa selama setahun, merupakan career course dan fitness pun dilihat juga, so apa masa yang ada ni perlu exercise sikit supaya ada stamina nanti.