Salam,
dekat sini nak lepaskan perasaan sikit. Saya ada maid nama Asiah dari Medan. Dia mula bekerja dengan kitaorang daripada Mac 2007 hinggalah sekarang. Dia memang bagus bekerja. Malah Ikmal tu dia jaga semenjak dari lahir lagi. Dia kata dia nak stay bekerja sampailah paspotnya habis 2012 ni. Kami tak kisah, macam perumpamaan kata, kecil tapak tangan nyiru ditadahkan. Tiba-tiba minggu lepas dia kata dia nak balik tahun 2010 ni sebab mak dan pak dia dah tua dan anaknya yang dua orang umur 9thn dan 12 thn x ada orang yang nak jaga.
Kami rasa sedih sangat kerana rasa seolah-olah dimain-mainkan, bayangkan tiba - tiba kata nak berhenti. Dengan tak ada preparation nak ambil maid baru, saya tahun depan baru nak start kerja, suami plak jenis week end baru balik (eh! sorry kita bukan ada madu yer! dia kerja kat Trengganu, every weekend dia akan cuba balik rumah).
Kekadang tu nak marah pun tak guna tapi hidup kena teruskan juga. So apa yang saya plankan sekarang adalah mengajar si Ain untuk berdikari .--- basuh pinggan, kemas rumah, masukkan baju dalam washing machine dan dryer, kemas biliknya sendiri dan banyaklah.
Bulan Januari ni kena start letak bebudak ni kat nursery --- kenapa awal sangat ? sbb nak membiasakan bebudak tu dengan suasana nursery. S kena mencari nursery kat rumah yang boleh terima Ikmal dan adiknya sekali ... tengoklah kat mana sesuai ---- kat sini ada Al Ikhlas dan Dzuliman. Rasanya salah satu tu sesuai. Kita tunggu dan lihat. Tapi dalam masa yang sama kami juga akan mencari maid sbb rasanya kena ada jugak sementara menunggu bebudak ni besar sedikit.
Nurainul Abdah and Ikmal Haqim are my kids. Me is a person who enjoy life ... love the simple life. Enjoy working.... Want to have a life which is meaningful ...to my family... to ALLAH especially.
Sunday, November 29, 2009
Tuesday, November 17, 2009
Graduation Day
11 Dec ni adalah graduation kitaorang selepas hampir setahun mengikuti kursus. Banyak perkara yang saya belajar daripada pasal kehidupan, perangai orang dan kerja. 4 Dec ni pulak ada pertandingan X Country sepanjang 7 km. Alahai ..... dah tua-tua ni kena berlari rasa penatlah pulak ( bila pasal lari rasa penat, yang lain tak).
Ain .. anak yang sulung, saya dah 'create'kan akaun email. Punya seronok dia. mmm umur 9 tahun dah mula nak ada email sendiri dan dah mula nak main games kat internet. Payah, payah. Saya tunjukkan dia blog saya ni dan gambar dia yang di dalam blog ni. Dia kata eee... malulah mak ... (tapi dia gembira tengok ).
Kena stoplah, Ikmal terjaga tidur.
Ain .. anak yang sulung, saya dah 'create'kan akaun email. Punya seronok dia. mmm umur 9 tahun dah mula nak ada email sendiri dan dah mula nak main games kat internet. Payah, payah. Saya tunjukkan dia blog saya ni dan gambar dia yang di dalam blog ni. Dia kata eee... malulah mak ... (tapi dia gembira tengok ).
Kena stoplah, Ikmal terjaga tidur.
Subscribe to:
Posts (Atom)