Sunday, February 28, 2010

Bulan Mac

Dah masuk Bulan Mac rupa. Alahai kerja banyak lagi tak siap. Menaip paperworks pun macam semut. Bilalah agaknya ni. Sekarang ni tengah dok usha nak beli kamera digital baru ... untuk menjadikkan blogging ni perkara serius. Teruja untuk mengambil gambar yang cantik macam orang lain. Tengah dok usha kamera Canon... harapx oklah tu.

Saya ada azam baru untuk tahun ni ... saya nak settlekan tanah-tanah pusaka kat kampung .. nak pecah lot untuk masa hadapan.

Tuesday, February 9, 2010

Empunya pemandu BHX 929

Hari ini balik kerja ada sikit lewat dan jem ya amat. Semasa sampai di traffic light sek 13, saya ada dua pilihan samada belok kiri lalu kat laluan sebelah kanan di hadapan parking Stadium Shah alam atau melalui traffic light terus lalu dekat surau Sek 13. So ambil pilihan nak lalu ikut traffic light ... huh!!! malas cerita lebih panjang ...cuma nak peringat kat kaum perempuan macam aku ni .. kalau bawak kereta jangan nak menyombong nak kata orang lain bodoh tak pandai bawak kereta. Jangan nak tunjuk finger kat orang... nanti orang peringatkan kereta awak plet no, warna, awak rupa macamana... suatu hari kena ikut dengan orang, kena himpit, kena tarik keluar kereta ... hah! macam kata Nabil .. LU FIKIRLAH SENDIRI!!!

Tuesday, February 2, 2010

Apa akan berlaku seterusnya

Bila baca berita pasal Pembantu khas PM letak jawatan sbb mengeluarkan statement racist ... aku dah rasa tak selesalah ... macam merempat plak kat tanahair sendiri. correct me if i'm wrong. Tetapi jika orang Melayu mengeluarkan kata-kata racist kena hukum... aku tak nampak plak bangsa lain ke hukum... asyikx melayu ... macamlah Melayu ni racist sangat ... x fahamlah ... dah rasa aku ni berada di tahap menyampah yang teramat sangat. Boring..boring ...boring ...

Monday, February 1, 2010

Februari muncul kembali

Salam,

Bulan Februari dah muncul kembali maknanya sebulan di dalam tahun 2010 dah lepas. Kerjax dan tanggungjawab masih banyak yang perlu dilakukan. 31 Jan lepas saya duty di DOR....hari Ahad kan .... sedangkan sblm tahu kena duty dah plan nak bawa bebudak ke Kuala Terengganu .. lepakx dengan abah diaorang. Dah kena duty tak boleh buat apa lah. Sebelum tu plak Ikmal kena demam campak ... aduhai ... ini demam campak yang kedua ... nasib baik dia tak banyak ragam. Tak lama lepas tu ... Kakaknya plak demam dan kena campak jugak. ingat nak pontengkan kakaknya sekolah pada 1 Feb tu sbb cuti Hari Wilayah. Rupa-rupanya kakaknya memonteng dari hari jumaat dan seterusnya sehinggalah betul-betul ok. Agaknya minggu depan baru dia pergi sekolah kot.