akum,
setelah seminggu bekerja , inilah peluang untuk akak updatekan blog akak. 21hb start kerja tapi masa cuti bersalin tu sudah dapat info akak akan ditukarkan ke department lain. Tak kisahlah saya menurut perintah walaupun di tempat sekarang ni x sampai setahun lagi.
Well, nak balik kerja pakaian kerja tak muat ... terpaksa buat seluar kerja baru .. terkejut gak bila tengok ukuran pinggang besar sangat. Alahai ...bilalah boleh kembali kepada body yang asal.
Masa mengandung berat 79 kilo, sebelum start kerja 65 kilo...sekarang 67 kilo ... alamak!! bukan makin turun...makin naik tapi tak pelah kita buat pelan - pelan nanti oklah.
Dua - dua anak akak sihat. Kakaknya masih macam dulu jugak manja tapi dia amat sayang dengan Ikmal.
So la ni dok tengok kerja - kerja yang terbengkalai sementara menunggu mesej pertukaran ke tempat baru. Sedih jugak rasanya kerana tempat sekarang ni staf-staf akak dah faham kehendak akak macamana... tempat baru pulak kerja tanpa staff dan perlu banyak terlibat dengan atasan. Tapi tak kisahlah yang penting jalankan tugas dengan ikhlas supaya rezeki yang dapat itu diberkati.
2 comments:
I kenal ke u ni erk?.sapa eh..
X kenallah. S ni hanya pe,baca blog u yang setia jer. he he he
Post a Comment