
Ini semasa kami menunggu Keretapi Langkawi Ekspress untuk ke Langkawi di KL Sentral ..dah lama dah gambar ni tahun 2005 tapi bolehlah.
Ain mencuba alat make up yang abahnya beli di US. Alahai kecik - kecik dah belajar nak melawa. Mak dia pun tak pandai bermake up, tu yang cara make up pun kena belajar lagi.
Sekarang baru ada masa nak menulis blog terlalu sibuk... eh tak sibuk dengan mengundi ke saya hari ini? Tak adalah sebab saya adalah salah seorang yang mengundi secara pos. Awal - awal lagi dah mengundi. Semenjak melahirkan Ikmal ni berat badan dah bertambah 7 kilo daripada biasa , selalunya 60 kilo sekarang ni 67 kilo. So apa yang dilakukan untuk mengurangkan berat badan ... belajar berenang di PADE - Pusat Akuatik Darul Ehsan. Seronok ikut kelas yang selama sejam hari Sabtu dan Ahad. Tetapi saya ni merupakan student yang selalu memonteng .. .. bukan suka - suka nak memonteng tapi sebab kena kerja pada waktu tersbut. Tak pe tak kira berapa lama saya akan elajar berenang sampai boleh.
Bagaiaman dengan post baru? Ok 17 Mac ni akan mula bekerja di tempat baru. Rasa sedih jugak nak meninggal post lama tapi biasalah kerja kan ... saya yang menurut perintah. Pada hujung minggu ini saya dan staf - staf yang lain akan berkonvoi dengan motosikal kapcai ke Cameron Highlands. Alaaa consider saat - saat bersama staf sebelum keluar kerja di tempat lain.
Anak saya Ain juga turut ikut kelas berenang ..sekarang ni dia di Level 4. Emak nya baru di Level 2. Tak pelah asalahkan terus berusaha.
Hari ini ke Bebe's di Sek 9 Shah Alam, pergi beli buai elektrik untuk Ikmal. Ini merupakan buai yang ke dua dibeli untuk Ikmal. Yang pertama tu diletakkan di bawah untuk digunakan semasa Ikmal tinggal di rumah dengan Bibik. Yang baru pulak untuk digunakan semasa Ikmal bersama kami. Amboi! macam banyak duit kan tapi sebenarnya tidak .. ia lebih untuk memudahkan. mmm sebab tidur dalam buai elektriklah dapat saya curi masa menaip di sini.
No comments:
Post a Comment