Wednesday, September 3, 2008

Hari-hari di dalam Bulan Ramadan

Assalamualaikum,

Dah lama Akak tak masuk kat sini menulis. Sentiasa tiada kesempatan dan lupa password. La ni dah jumpa password bolehlah masuk kat sini. Selepas beberapa lama mengodak untuk mendapatkan talian internet di pejabat, akhirnya Akak berjaya. Jangan kata curi tulang pulak dah le ....sambil menyelam minum air. Kepala dok pening memikir tentang laman web yang nak dibangunkan ini. SO3 Akak dah ada sekarang ni dan dia akan mengambil alih tempat Akak bila Akak pergi berkursus pada awal Jan 2009 ni.

So sebelum Akak nak pergi Akak nak siapkan dulu Laman Web Wanita dan Video Koprat yang akan dibangunkan itu. Akak mahu supaya SO3 Akak dapat mengambil tahu segala tanggungjawab yang perlu dia lalukan.

Sekarang ni mood bekerja dah kurang. Apa yang Akak fikirkan dalam kepala ini adalah untuk menamatkan perkhidmatan aje tapi akak masih ada 5 tahun lagi sebelum akak boleh bersara. Tak palah saya akan tunggu untuk hari itu menfatang.

No comments: