Wednesday, October 21, 2009

Kemana menghilang

Hari ini baru berkesempatan membuka blog ni selepas 4 bulan x buka. Terlalu sibuk dengan kursus kerjaya ni. Pada 11 Dec habislah kursus ni dan akan mula bertugas tapi tak tau lagi kat mana. Dengar - dengar bunyi angin macam akan bertugas di Pusat Teknologi Maklumat TD. No hallah, saya yang menurut perintah. Kalau protes nanti di buatnya dihantar luar dari kawasan KL kan haru.

Oh ya Maaf buat Lynn aka Manis sbb tak balas lagi email tu dah sebulan dah. Keadaan tak mengizinkan. Sekarang ni sedang berada di Desaru untuk final exercise KALA JANTAN. Lepas ni hanya tingga triservice exercise lepas tu graduation day. Oh yeah.

Apa tu ... mmm malas lah nak cerita ... biarkan dulu . Bila ada masa yang sesuai. Sekarang ni tinggal kat Desara Golden Beach Resort. Duduk sorang-sorang kat bilik. no hal lah tu. Okaylah sambung lain kali.


Teramat rindu rasanya kat abang, Ain dan Ikmal. Hari jumaat ni akan balik ke rumah dan dah plan dengan suami nak bawa mereka ke Big Plat di Subang Permai.