Friday, December 25, 2009

Sedang bercuti

Salam,

sekarang ni saya sedang bercuti dan pada 5 jan ni akan start kerja kat pusat IT. Apa saya buat sepanjang cuti ni. Pergi ke Public Library Shah Alam untuk register si kakak sebagai ahli. Bawa si Ikmal, yang bagusnya tapak kasutnya hilang.. dah kena beli kasut baru.

Pergi ke Kuala Terengganu untuk membantu husband pindah ke rumah baru. Di rumah baru ini dia akan tinggal dengan dua orang housemate . So far rasa legalah sebab dia ada teman, jadi kalau sakit pening tu ada yang boleh diharapkan.

Kami pergi juga ke Kota Bahru. Pada mulanya plan nak balik hari tetapi entah macamana .. tukar fikiran nak bermalam. So kami bermalam di hotel temenggong. Kami anak beranak seramai 4 orang dan mak mertua saya. Pergi ke Yati ayam percik makan ayam percik ttp kali ini kunjungan x syok sebab dilayan oleh indon yang muka memang tak bawak rezeki masuk, pergi ke pengkalan kubor untuk beli baju, pasar khadijah untuk beli batik. Masuk tandas di pasar khadijah .... alahai .... sabo jerlah.

Satu yang saya perasan sepanjang di Pengkalan Kubor dan pasar khadijah ... kenapa kaum lain x ada yang membeli ... pelik ya.


Balik Shah Alam ... baca dalam internet pasal peniaga wanita di kota Bahru disaman sebab tak memakai tudung atau tidak memakai tudung yang proper. Rasanya selepas ni saya tak akan jadikan lagi kota bahru sebagai destinasi pelancongan.


Kemuadian timbul pula cerita pasal enjin jet TUDM hilang. Sedihnya rasa hati.. siapalah pengkianat tu .... tetapi kekadang tu susah nak kata juga ... lebih baik I reserve my comment dan buat kerja sendiri. yelah lagi 3 tahun nak bersara ... so banyak perkara yang perlu difikirkan ni.

No comments: