Sunday, April 11, 2010

Perkembangan Bulan April

Aku ni kekadang rasa bersalah dengan husband aku, yelah dia cuti hanya pada hari Khamis dan Jumaat sedangkan aku pula cuti hari Sabtu dan Ahad. Sedih ooo tak dapat spend time bersama... yelah kalau ambil off selalu rasanya marah juga boss aku yang baik hati tu.
Hari Sabtu pagi-pagi dah hantar dia ke LCCT, kemudian balik rumah sambung tidur dengan anak-anak. Teringat yang MIL ada buat kenduri doa selamat sebelum dia berangkat untuk buat umrah pada 15 Apr ni. So bergegas siapkan buat Apam Indonesia (resepi belajar dari forum cari). Yang bagus tu bekas kukusan kecil so kena gunakan adunannya buat dalam bekas kecil-kecil so jadilah kuih putri ayu tanpa kelapa. Pergi ke sana dalam jam 1530hrs dan sampai kat rumah semula dalam jam 1955hrs. Semua pergi termasuklah Ain, Ikmal dan bibik.
Hari Ahad, Ain nak makan pankek, mmm buat jer .. campur tepung naik sendiri, telur dan susu .. menjadi. Bibik pun seronok dapat belajar benda baru dan pagi tadi dia buatkan pankek sbg sarapan pagi Ain. Tengahari makan apa yer ... tak ingat pulak tapi lauk ada rendang daging yang daripada kenduri MIL tu, sambal nasi lemak ( hari Sabtu dulu tu masak nasi lemak untuk breakfast), buat sotong goreng tepung , sup sayur dan ikan goreng.

Petang kami buat chocolate chips biscuit, kena adun 2 kali sbb Ain nak biskut yang hanya ada coklat cips sahaja tak ada mixed fruits... dapat dua balang. Seronoklah masak-masak dengan anak-anak ni walaupun kekadang tu terjerit-jerit jugak sbb si Ikmal pun nak memasak juga.

No comments: