Thursday, June 21, 2012

mmmmmm Macamana yer..

Salam,

Pada 19 Jun lepas makcik kena jadi setiausaha untuk meeting yang dichair  oleh TPTD. Aduhai ... manyak silap makcik buat .. ayooo manyak kena tegur ..ayooo tapi so far  belasah jerlah.

Sekarang ni tengah siapkan  minit mesyuarat tapi payah jugak nak siapkan sbb x dapat nak record  meeting tu kerana  sound recorder disimpan oleh orang yg gi honeymoon. Salah sendiri jugak kenapa tak minta awal-awal.

One thing dalam life ni yang kekadang makcik perasan same jer ..antara orang-orang kita ni ... berdengki antara satu sama lain.... payoh payoh... nak rehatlah kejap .. karang sambung balik.

Tuesday, June 12, 2012

mmm Anak-anak dan Tugasan Pejabat

Salam,

Makcik dah sampai pejabat ni. Baru lepas pekena laksam, hehehe orang Pantai Timur biasalah ...sarapan pagi kena berat lepas tu barulah boleh buat kerja kalau tidak ada  staf yang kena makan dengan makcik (kena marahlah ... yelah  "a hungry person is  an angry person" kan. On 20th June ni ada  mesyuarat yang  makcik kena handle and chair by TPTD ...hehehe ..tengah cari semangat ni mana ada jual ... kat Segamat ke ada jual ? Jauh sangat...tapi bolehlah kita buat pelan-pelan nanti oklah tu ....

Makcik sedang mencuba utk  buat paperless meeting. Tak tahu macamana outcome nya, harap tu top-top brass  semuanya berpuashati.

Semalam masa balik rumah dekat NKVE jam giler, ada treler terbakar ..... harap nak  sampai  rumah awal jadi lambat jugak ...Sampai rumah si kakak Ain ni sibuk dengan ipad. Aduhai ... bosanlah tengok  dedua beradik tu  asyik dengan ipad jer sampai dah tak peduli kita ...so apa makcik buat? Makcik sorokkan ipad tu. Rasanya perkembangan yang tak sihatlah  bila anak-anak sibuk dengan ipad jer.... diaorang tak nak  spend time dengan kita.

Perkara macam ni, buat makcik berfikir .... makcik  kena berubah menjadi   mak yang lebih berdisiplin dan memberi perhatian kat  anak-anak. Rasanya hari ini, akak  nak start berubah, tak mahu  terlambat ... sebelum  budak-budak tu dah tak boleh dilentur. Makcik ni bukan apa, makcik cuma nak  anak-anak makcik bila besar nanti tidak hidup menyusahkan makcik. Makcik nak mereka mempunyai  life mereka sendiri, berjaya dalam  hidup dan boleh dibanggakan oleh orang Melayu, orang Islam dan Malaysia. Makcik tak nak mereka hidup  hanya sekadar untuk  untuk  hidup  sahaja. Harap-harap apa yang  makcik impikan ini menjadi kenyataan.

Kehilangan Yang Terlalu Lama

Salam,

Alahai lamanya makcik menghilang. Punya lamanya menghilang sampai dah  lupa macamana nak memblog ...hehehehe. Tapi tak apalah, cabaran tu untuk menulis di blog ni.
Kekadang tu makcik  ni kena minta maaf  dengan ramai kawan-kawan blog kerana menghilangkan diri. Makcik ada ...cuma tengah concerntrate dengan projek, dengan study KFORCE makcik ( makcik dah settle ....hehehe dah tamat belajar ... insyaallah .. nanti  nak tunggu konvo plak) ....alhamdulillah.

Apa itu KFORCE...?

Kforce adalah satu  MOU diantara ATM dengan UNITAR di mana  kami semua akan mengikuti kursus  bawah tajaan ATM dengan UNITAR. Makcik mula start belajar pada  tahun 2006, pada masa itu Ikmal tak lahir lagi. Si Ain tu suka ikut makcik pergi kelas ....(sebenarnya tak ada orang yang nak jaga ..so bawak lah dia ke kelas). Tahun 2007, mengandungkan Ikmal, tengah sarat mengandung dan masa pantang pun makcik  attend kelas dan ambil exam. Tahun 2009  pergi kursus MTAT, mmmmm kelam kabut  dengan kursus ni, dengan kena jaga anak-anak (husband cuma weekend jer ada... sebab we r having long distance relationship... hehehe ada jugak macam tu). Tahun 2010, report back to work ..dah tak ada semangat nak  sambung balik study... punya banyak defer.... pertengahan  2011 baru start balik dan sekarang pertengahan 2012 syukur alhamdulillah  ...dah selesai.

Dalam hidup makcik, makcik target umur 40 tahun dah ada Master tapi umur dah masuk 42 tahun baru  jer nak dapat Degree. Anyway ....better late than never kan ... insyaallah..jika apa yang dirancang berjalan lancar tahun ini makcik akan  cuba buat Master plak secara part time... insyaallah ..segalanya mungkin ..yang penting tidak putus asa dan setiasa berusahakan.



So ...apa nak buat sekarang ni? hehehehe ... buat apa yang makcik minatlah ..tapi apa yang  makcik minat. Tetapi sebelum makcik buat apa yang makcik minat, makcik nak bayar hutang makcik dulu dengan makcik Manis. Rasanya tentu makcik Manis  marah sesangat dengan makcik sebab terlalu lama menghilang. Entahlah setiap orang  ada cara tersendiri di dalam menyelesaikan masalah masing-masing. Begitu juga dengan  makcik. Makcik memang ada sedikit down jugak.. kecewa, kecewa yang teramat sangat hingga menyebabkan tekanan darah naik tinggi ...terlalu kecewa dan terasa seumpama  dipergunakan sahaja tapi tak apa ..ADA UBI ADA BATAS, ADA HARI BOLEH KUBALAS .... mmmm

Tapi apa-apa pun makcik nak memantapkan diri sendiri dulu. Memantapkan diri bagaimana  yer ...

1. memantapkan diri - menguruskan badan, tone up body ni supaya nampat  mantap dan boleh  pakai balik pakaian yang lama -lama. One thing about me ....tak suka membeli baju baru sebab payah nak dapat  yang diminati, yang kainnya sesuai utk dipakai  dan harga yang dipersetujui. I'm sweating easily .... tu yang selalu  fikir dua tiga kali  bila nak beli kain sbb ... orang kita ni bila  BO tu ada..dia tak bagi tau ..tapi  bila wangi terlampau .... sibuk bisingkan. Another thing,  makcik ni suka fesyen yang evergreen ..yang tak lapuk dek zaman...hehehhe kes kedekut sebenarnya. Lagi satu kerja pakai  uniform ...jadi tak perlu sangat nak fikir pasal  baju apa nak  pakai ... lucky me.

so what do i do utk memantapkan diri ... mmmm join kelas aerobik kat  xclusive fitness club kat stadium shah alam .... hehehhe banyak menuang ..... camno nak mantap body ni ha.

oklah dulu .. nak balik rumah  dulu, malam ni ada kelas aerobik ... nak  pergilah  .... 2 minggu tak pergi ....
jumpa lagilah. Take care.

ROGER n OUT.