Tuesday, June 12, 2012

mmm Anak-anak dan Tugasan Pejabat

Salam,

Makcik dah sampai pejabat ni. Baru lepas pekena laksam, hehehe orang Pantai Timur biasalah ...sarapan pagi kena berat lepas tu barulah boleh buat kerja kalau tidak ada  staf yang kena makan dengan makcik (kena marahlah ... yelah  "a hungry person is  an angry person" kan. On 20th June ni ada  mesyuarat yang  makcik kena handle and chair by TPTD ...hehehe ..tengah cari semangat ni mana ada jual ... kat Segamat ke ada jual ? Jauh sangat...tapi bolehlah kita buat pelan-pelan nanti oklah tu ....

Makcik sedang mencuba utk  buat paperless meeting. Tak tahu macamana outcome nya, harap tu top-top brass  semuanya berpuashati.

Semalam masa balik rumah dekat NKVE jam giler, ada treler terbakar ..... harap nak  sampai  rumah awal jadi lambat jugak ...Sampai rumah si kakak Ain ni sibuk dengan ipad. Aduhai ... bosanlah tengok  dedua beradik tu  asyik dengan ipad jer sampai dah tak peduli kita ...so apa makcik buat? Makcik sorokkan ipad tu. Rasanya perkembangan yang tak sihatlah  bila anak-anak sibuk dengan ipad jer.... diaorang tak nak  spend time dengan kita.

Perkara macam ni, buat makcik berfikir .... makcik  kena berubah menjadi   mak yang lebih berdisiplin dan memberi perhatian kat  anak-anak. Rasanya hari ini, akak  nak start berubah, tak mahu  terlambat ... sebelum  budak-budak tu dah tak boleh dilentur. Makcik ni bukan apa, makcik cuma nak  anak-anak makcik bila besar nanti tidak hidup menyusahkan makcik. Makcik nak mereka mempunyai  life mereka sendiri, berjaya dalam  hidup dan boleh dibanggakan oleh orang Melayu, orang Islam dan Malaysia. Makcik tak nak mereka hidup  hanya sekadar untuk  untuk  hidup  sahaja. Harap-harap apa yang  makcik impikan ini menjadi kenyataan.

No comments: