Thursday, December 31, 2009

Rumah sewa kami di Wangsamaju








Pagi tadi kami pergi ke apartmen yang kami sewakan kepada student UTAR dan MIA. Diaorang semua dah tak nak menyewa kat situ. Sewa rumah pun dah dua bulan x bayar maknanya deposit sewa rumah dah habis, yang tinggal hanyalah deposit air dan api, itupun RM600 sahaja.

Sampai di Menara Alpha Kondominium tu, kami ke unit tu dengan Mat Som (Indon yang diupah untuk mengecat dan tukar parket kepada tiles .... I feel dah sampai masa untuk major repair dilakukan untuk rumah itu.
Sampai kata sana, dah lah rumah terkunci, call tak through, nasib baik terperasan ada kunci mangga gril kat dalam rumah dan kunci tu dapat dicapai. ( kunci pintu dah rosak, so x berkunci). Bila masuk kat dalam .. masyaallah .... teruknya rupa rumah ... tak tahu nak kata .... betapa bersepah dan kotornya ... kekadang tu terfikir juga jenis bangsa ni memang pengotor. Yelah bukan rumah diakan , rumah orang lain. Tapi bangsa kita pun apa kurangnya ( huh! ni kang ada yang kata aku racist plak!).
Tengok jelah gambar - gambar ni dan nilai sendiri. Walaubagaimanapun ia tidak membuat saya putus asa di dalam menyewakan rumah-rumah kami sebab ia adalah salah satu cara untuk investment dan pendapatan tambahan.








First attempt

Hari ini saya dan Ain .. anak yang sulung tu pergi having breakfast kat Kopitiam Eton dekat Bukit jelutong, then pergi ke Kem Sungai Buloh jumpa Sjn Rosdi untuk ambil model aircraft yang kami minta dia buatkan (hello ... bayar yer bukan minta dengan air liur yer).

Lepas itu pergi ke Ikea, semasa lalu kat Kota Damansara, si Ain kata.. mak ni macam jalan nak pergi rumah kawan mak yang husband dia nama Micheal... Jawap mak dia ... ia betul ... nama dia Aunty Lynn...

Sampai kat ikea, beli mug yang harga RM2.90 tu 6 biji .. 3 hijau dan 3 hitam untuk mak mertua. Beli lamp base harga RM40 untuk diri sendiri ... base lampu lama rosak tapi terendak dia ok lagi .....beli kat Ikea gak ... lama dulu. Selain daripada tu beli 2 buah jam dinding yang murah tu harga RM3.50. Selain daripada tu beli juga pencuci mangkuk tandas yang harga RM2.60 satu sebanyak 3 untuk setiap bilik air.

Singgah kat Hero Sect 13, beli milo, susu pekat, ayam cincang Ramly, sos prego, capsicum dan pensil mekanikal untuk Ain. Balik nanti nak masak lasagna. Ingat nak masak semalam tapi lupa stok sos prego tak ada .

Balik rumah tengok mak mertua dah ada kat rumah (malam ni nak ke LCCT jemput husband balik dari tempat kerjanya di Kuala Terengganu). Mak mertua ada bawa sambal ikan bilis negeri sembilan so .. makan nasi dulu denan sambal ikan bilis tu. Lepas tu baru masak lasagna.... first attemp, Ain berulang kali tambah, mak mertua dua kali tambah.... diri sendiri ...kena ingatx makan sbb nanti put on weight plak. Ikmal nampak macam tak beberapa minat, si budak ni dia ni sweet tooth kot, suka benda-benda yang manis.

Lepas tu nanti husband balik nak makan .... saya masak gulai ayam (guna rempah gulai cap Bunga Ros untuk buat daging gulai kawah tu), goreng kacang panjang dengan carrot. Nanti bila hubby dah sampai rumah baru nak goreng telur dadar, huh! malas punya isteri .... tapi sedap apa.

Tuesday, December 29, 2009

Contoh yang tak patut diikuti

Salam,

Pagi tadi saya bergerak dari rumah pergi ke PUSTEKMA (tempat baru bertugas next year). Sampai sana masa singgah kat kedai nak beli gula- gula ...terjumpa dengan Lt Kol Lokman, Mej Mat Kassim dan Mej Romlee .... diaorang my ex Kor lah .... kalau x silap dah join Deftech.... borak dalam satu jam. Naik ke Pustekma printkan surat melapor (this is what ... yang dikatakan contoh yang tak patut diikuti... dah dekat nak masuk kerja baru terhegeh-hegeh siapkan surat melapor.

Malam tadi ... ada semangat lebih ... saya masak makaroni goreng dan buat kek coklat siap dengan coklat topping lagi. Tapi saya masih tak berpuashati dengan kek coklat saya ni sebab tak nampak moist.... agaknya sebab tak letak ovallete kot. No problem .... kita cuba lagi.

Did I mention that my maid akan berhenti pada Mac depan ni. Setelah fikir-fikir saya rasa saya nak rileks dululah daripada ambil maid sebab macamx cerita dengar dan rasanya Ikmal dah nak masuk umur 3 tahun, rasanya dia pun dah boleh berdikari kot. Tapi duduk 3 beranak dengan rumah yang ada 4 bilik ni masalah juga.... walaumacamanapun saya akan cuba untuk hidup tanpa maid (huh! boleh ke ni?).

Friday, December 25, 2009

Sedang bercuti

Salam,

sekarang ni saya sedang bercuti dan pada 5 jan ni akan start kerja kat pusat IT. Apa saya buat sepanjang cuti ni. Pergi ke Public Library Shah Alam untuk register si kakak sebagai ahli. Bawa si Ikmal, yang bagusnya tapak kasutnya hilang.. dah kena beli kasut baru.

Pergi ke Kuala Terengganu untuk membantu husband pindah ke rumah baru. Di rumah baru ini dia akan tinggal dengan dua orang housemate . So far rasa legalah sebab dia ada teman, jadi kalau sakit pening tu ada yang boleh diharapkan.

Kami pergi juga ke Kota Bahru. Pada mulanya plan nak balik hari tetapi entah macamana .. tukar fikiran nak bermalam. So kami bermalam di hotel temenggong. Kami anak beranak seramai 4 orang dan mak mertua saya. Pergi ke Yati ayam percik makan ayam percik ttp kali ini kunjungan x syok sebab dilayan oleh indon yang muka memang tak bawak rezeki masuk, pergi ke pengkalan kubor untuk beli baju, pasar khadijah untuk beli batik. Masuk tandas di pasar khadijah .... alahai .... sabo jerlah.

Satu yang saya perasan sepanjang di Pengkalan Kubor dan pasar khadijah ... kenapa kaum lain x ada yang membeli ... pelik ya.


Balik Shah Alam ... baca dalam internet pasal peniaga wanita di kota Bahru disaman sebab tak memakai tudung atau tidak memakai tudung yang proper. Rasanya selepas ni saya tak akan jadikan lagi kota bahru sebagai destinasi pelancongan.


Kemuadian timbul pula cerita pasal enjin jet TUDM hilang. Sedihnya rasa hati.. siapalah pengkianat tu .... tetapi kekadang tu susah nak kata juga ... lebih baik I reserve my comment dan buat kerja sendiri. yelah lagi 3 tahun nak bersara ... so banyak perkara yang perlu difikirkan ni.

Tuesday, December 1, 2009

Apa saya buat hari ini

Salam,

Apa saya buat hari ini. Mmmm kelas habis awal dalam jam 1300... semalam jam 1400 lepas tu ada aerobic run plak. So today tak adalah ... selain kelas, ada country presentation ... so hari ini dari Lt Col Maruyama. Dia present pasal negera Jepun dia. interesting lah.... orang Jepun ni walaupun moden tapi tradisi masih tetap dia orang pegang. Kalau tengok Kol Maruyama tu, cakap lembut je, jalan pun macam pijak semut tak mati tapi pasal assignment dan kerja cukup disiplin... tak macam saya ni hehehe.

Lepas kelas, balik rumah dan dengan masih pakai uniform terus goreng spagetti ( huh! ibu mithali sungguh!! tak sempat tukar baju, terus masak.) Sebenarnya semalam nak masak spagetti, dah pesan bibik supaya masakkan spagetti tapi end up dalam perjalanan singgah kat Pizza Hut kat Extreme Park Sek 13 tu belikan pizza, mushroom soup and breadstix. So hari ini spagetti tu jadi spagetti goreng.

Semua ni saya belajar dari forum cari.com, blog Yus, blog Mak Lang dan Hanieliza. Idea masak plak dari Lemongrass, Chibi dan Makcik Manis. he he he. Terima kasih you all semua sbb membuatkan saya ni lebih berfikir ...

Ok... petang tadi saya pergi ke RHB Bank kat Giant Sek 13 bayar kereta, pergi Sek 2 hantar notebook untuk dicheck semula sbb nak buka internet lambat teramat sangat. (sebelum ni kan notebook tu kena format, angkara mak Ikmal yang tersayang telah memberikan si ikmal menggunakan notebooknya selama 5 minit atau kurang, alahai betapa budak 2 tahun boleh membuatkan anda senggara selama seminggu sbb notebook x leh pakai).

Notebook ok sebenarnya (part ni yang geram tu!). Lepas tu ke Bank Islam dan maybank.

Balik rumah singgah jap kat nurseri, nak tengok tempat yang sesuai untuk tempatkan Ikmal dan Ain nanti bila bibik dah tak ada. Alahai ... .sedihnya tengok kalau Ikmal kena duduk nursery tapi nak buat camno, bayo bulan nurseri pun lebih kurang sama je dengan ada bibik.

Sambung lain kali lah pulak .... nak check Ikmal dan buat kerja lain.

Sunday, November 29, 2009

Tengah bingung kepala dengan maid

Salam,
dekat sini nak lepaskan perasaan sikit. Saya ada maid nama Asiah dari Medan. Dia mula bekerja dengan kitaorang daripada Mac 2007 hinggalah sekarang. Dia memang bagus bekerja. Malah Ikmal tu dia jaga semenjak dari lahir lagi. Dia kata dia nak stay bekerja sampailah paspotnya habis 2012 ni. Kami tak kisah, macam perumpamaan kata, kecil tapak tangan nyiru ditadahkan. Tiba-tiba minggu lepas dia kata dia nak balik tahun 2010 ni sebab mak dan pak dia dah tua dan anaknya yang dua orang umur 9thn dan 12 thn x ada orang yang nak jaga.

Kami rasa sedih sangat kerana rasa seolah-olah dimain-mainkan, bayangkan tiba - tiba kata nak berhenti. Dengan tak ada preparation nak ambil maid baru, saya tahun depan baru nak start kerja, suami plak jenis week end baru balik (eh! sorry kita bukan ada madu yer! dia kerja kat Trengganu, every weekend dia akan cuba balik rumah).

Kekadang tu nak marah pun tak guna tapi hidup kena teruskan juga. So apa yang saya plankan sekarang adalah mengajar si Ain untuk berdikari .--- basuh pinggan, kemas rumah, masukkan baju dalam washing machine dan dryer, kemas biliknya sendiri dan banyaklah.

Bulan Januari ni kena start letak bebudak ni kat nursery --- kenapa awal sangat ? sbb nak membiasakan bebudak tu dengan suasana nursery. S kena mencari nursery kat rumah yang boleh terima Ikmal dan adiknya sekali ... tengoklah kat mana sesuai ---- kat sini ada Al Ikhlas dan Dzuliman. Rasanya salah satu tu sesuai. Kita tunggu dan lihat. Tapi dalam masa yang sama kami juga akan mencari maid sbb rasanya kena ada jugak sementara menunggu bebudak ni besar sedikit.

Tuesday, November 17, 2009

Graduation Day

11 Dec ni adalah graduation kitaorang selepas hampir setahun mengikuti kursus. Banyak perkara yang saya belajar daripada pasal kehidupan, perangai orang dan kerja. 4 Dec ni pulak ada pertandingan X Country sepanjang 7 km. Alahai ..... dah tua-tua ni kena berlari rasa penatlah pulak ( bila pasal lari rasa penat, yang lain tak).

Ain .. anak yang sulung, saya dah 'create'kan akaun email. Punya seronok dia. mmm umur 9 tahun dah mula nak ada email sendiri dan dah mula nak main games kat internet. Payah, payah. Saya tunjukkan dia blog saya ni dan gambar dia yang di dalam blog ni. Dia kata eee... malulah mak ... (tapi dia gembira tengok ).

Kena stoplah, Ikmal terjaga tidur.

Wednesday, October 21, 2009

Kemana menghilang

Hari ini baru berkesempatan membuka blog ni selepas 4 bulan x buka. Terlalu sibuk dengan kursus kerjaya ni. Pada 11 Dec habislah kursus ni dan akan mula bertugas tapi tak tau lagi kat mana. Dengar - dengar bunyi angin macam akan bertugas di Pusat Teknologi Maklumat TD. No hallah, saya yang menurut perintah. Kalau protes nanti di buatnya dihantar luar dari kawasan KL kan haru.

Oh ya Maaf buat Lynn aka Manis sbb tak balas lagi email tu dah sebulan dah. Keadaan tak mengizinkan. Sekarang ni sedang berada di Desaru untuk final exercise KALA JANTAN. Lepas ni hanya tingga triservice exercise lepas tu graduation day. Oh yeah.

Apa tu ... mmm malas lah nak cerita ... biarkan dulu . Bila ada masa yang sesuai. Sekarang ni tinggal kat Desara Golden Beach Resort. Duduk sorang-sorang kat bilik. no hal lah tu. Okaylah sambung lain kali.


Teramat rindu rasanya kat abang, Ain dan Ikmal. Hari jumaat ni akan balik ke rumah dan dah plan dengan suami nak bawa mereka ke Big Plat di Subang Permai.

Wednesday, May 13, 2009

Staf-staf lama


Mereka ni adalah staf-staf akak semasa akak menjadi OC Woksyop. Kami menyiapkan Dewan untuk sambutan 75 Tahun Tentera Darat. Semasa menjadi OC ni, banyak yang telah akak belajar di dalam cara-cara menangani masalah anggota dan bagaimana menjalankan tugas sebagai OC. Ini first time duduk unit dan menjadi OC. Banyak perkara kena belajar, bagaimana nak tackle staf-staf supaya mereka boleh bekerja dengan arahan kita. yelah kekadang tu kita kena fikir jugak mereka tu manusia kekadang tu ada gak memboikotnya. Tetapi kan pengalaman menjadi OC tu adalah satu pengalaman yang mahal bagi saya dan saya menghargai semua staf-staf saya tu. Memang interestinglah.

Hari-hari di FSS Universiti Malaya

Ini gambar anak akak Ain dan sepupu-sepupunya semasa menyambut Hari Aidil fitri di Kuantan. Gambar lama si Ikmal tu tak wujud lagi pada masa ini, terjumpa gambar ni. Sekarang ni budak-budak ni dah besar dah.

Teringat pula dengan cakap husband akak ..ingatlah umur tu dah nak masuk 40 dah .... he he he he ...... so mulai sekarang saya akan sentiasa beringat.

Yang ini gambar semasa keynote adress IGP, huh! in person Tan Sri Musa ni memang ada charismatic look. Seronok dok memandang mukanya sejuk jer rasa. Bila dengar ucapan dan apa yang dilaluinya, wonder jugalah macam mana dia go through semua tu... penat mendengar .. macam pepatah kata berat bahu memandang lagi berat bahu yang memikul ni.
handsome guy yang duduk belakang IGP tu Mej Azmi RAMD, geng sama-sama berdiskusi secara "belasah jer asalkan faham".

Sebelah kanan akak tu Lt Kdr Maznan, orang kelantan...funny guy, otak gila sikit but very helpful. Sebelah kiri Maj Dusadee dari Thailand, dia bercakap lagi lembut daripada akak. Alahai... budak baik. Belakang Dusadee, Maj (Navy ) Rasheed dari Oman, sebelah Rasheed , Mej Mazian, mamat yang kalau menyanyi lagu Broery ada sebijik bunyi macam Broery. We are from the sama corps (REME atau JLJ)...apa corps tu ... laterlah cerita.



Ini Lt Kol Mahmud, one of the DSs, maaf lah gambar DS, dia je yang akak ada masa ni. Dari kor RAMD, kalau jumpa dia, akak selalu tersengih je sebabnya dah banyak kali dia terangkan pasal idealism, regionalism, international relation, akak ni masih tak faham-faham. .... minta maaf tuan, saya akan berusaha lagi.!!!!



Sekarang akak adda kat UM, sementara menunggu Don, seorang student UM yang akan membantu kami (saya dan Azmi RAMD ) untuk mengulangkaji module UM ni. Have to assign orang untuk bagi faham lagi subject kat UM ni. Nak kata subjek susah sangat tak adalah tapi sebab dia benda baru lepas tu rasanya tahap kemalasan dan jenis last minute punya kerja tebal lagi dalam diri ini walaupun sentiasa berusaha untuk berubah. Hari ini dah present paper National Security dengan Miss Geetha (mmm nanti nak cari gambar dia). So sekarang ni tinggal paper Defence and Strategic Studies je utk dipresentkan next week.










Seronok jadi student ni tapi penatnya lebih sbb anak pun kena jaga gak.










Tuesday, May 12, 2009

mmm tengah sibuk .. ingat nak upload gambo. Later ...

Wednesday, April 29, 2009

minggu Pertama di UM

Salam,

Untuk minggu pertama di UM bagi modul UM. Seronoknya mengikuti kelas di sini terasa macam betul-betul full time student plak. Kelas di buat di Fakulti Sains Sosial. Bila pergi ke Perpustakaan Utama terasa bersemangat untuk ulangkaji pelajaran tapi not in this week sbb husband ada di rumah dan anak dah remind that she wanted to spend time with me. So this week lepas kelas jam 1330 terus balik rumah.

By the way, husband akak dalam latihan peralihan ( jika menamatkan perkhidmatan dari tentera) sebelum bergelar orang awam, kami perlu mengikuti latihan peralihan. Dia sedang mengikuti kursus, jadi masa banyak terluang untuk kami baguslah rasanya kerana di saat mengikuti kursus kerjaya ni saya amat memerlukan suami saya berada di sisi kerana tension weii dengan tugasan dan menjaga anak yang dua tu. Okay sikit lagi ada tutorial Regional Affairs nak kena masuk. jumpa lagi.

Monday, April 27, 2009

Kursus Kerjaya MTAT

Start daripada Jan 2009 saya mengikuti kursus kerjaya di MTAT Haigate selama setahun. Boleh lihat laman web www.mafsc.edu.my bagaimana kursus ini dilakukan. Amat memenatkan kerana kursus ini diberikan kepada 3 terms yang terdiri daripada UM modul, single service dan joint service. Pada masa yang sama juga saya mengikuti kursus KFORCE ambil BIT www.k-forceu.com. Memanglah amat memenatkan commuting dari Shah Alam ke KL setiap hari. 0630hrs bergerak ke KL 2230hrs baru sampai kat rumah.

Entahlah nak kata sendiri cari masalah betul jugak. Minggu lepas pergi BATAM untuk EX KAJIMATAN. opss kena sambung lain kali.

Thursday, March 12, 2009

mmmm

Sekarang sedang mengikuti kursus kerjaya selama setahun. Alahai .. ada banyak benda nak cerita tapi nantilah yer.