Memang betul jika dikatakan tengak ajal dan maut. Jika sudah ketentuan Allah yang ajal kita akan sampai maka meninggalkan dunialah kita ini. Semalam sebelum balik dari kerja, saya menyemaklah apa cerita terbaru daripada ondscene tentang kematian seorang lelaki Singh yang berusia 25 thn akibat kemalangan jalanraya. Kerana orang lain punya pasal dia yang meninggal. Betapa pada masa itu s rasa ... apalah nak jadi dengan kita semua rakyat Malaysia ni ... tak pernah menghargai nyawa sendiri dan nyawa orang lain.
Setiap hari saya harus melalui Lebuhraya NKVE dan DUKE untuk ke tempat kerja, kekadang tu trip buat 2 kali sbb balik rumah dulu tengok anakx, tukar baju dan macamxlah. Setiap hari bila lalu kat NKVE dan DUKE itu, bermacamx perangai orang Malaysia yang memandu boleh kita nampak. Tidaklah saya ingin menyatakan saya ni bagus di dalam membawa kereta tetapi "ramai orang memandu laju tetapi berapa ramai yang boleh memandu laju".. itu persoalannya. Kerja nak cium atau menyongket bonet kereta kita jangan cakaplah. Kekadang tu ada juga saya bertanya pada diri sendiri, yang dok menyongket kereta kat depan tu dia sedar tak kereta depan tu ada tak ruang di sebelah kiri dia untuk ketepi .. jangan main dok songket jer.
Tahun lepas masa balik dari kerja saya perasan kereta belakang ekori rapat dengan kereta saya. Saya dah risau dah... dah rasa memang ni kalau kena brek emergency ni tak cukup tanah dia ni. Memang betul.... pada masa itulah kena brek emergency dan memang tak cukup tanah. Kereta saya kena langgar dan kereta saya langgar kereta depan. Sepanjang 22 tahun memandu kereta, inilah kali pertama saya terlibat dengan kemalangan... andaian boleh mengatakan yang saya ni x banyak memandu itu yang kemalangan hanya sekali jer dalam masa 22 tahun ni ..tapi terpulanglah.
Ni sambung balik kepada cerita petang semalam, semasa balik dari tempat bertugas, saya akan gunakan Lebuhraya DUKE kemudian NKVE walaupun tol semuanya RM5.30 untuk satu perjalanan. Kalau pergi balik RM10.60 tetapi ia amat selesa dan cepat.
Selepas dalam 20 meter melepasi bypass ke Lebuhraya Karak, ada satu trak pick up macam Hilux brek emergency dan ketepi. Saya berada di lane tengah kerana saya tahu banyak kereta akan gunakan lane kiri untuk ke Lebuhraya Karak atau Gombak, trak pick up ni daripada lane kanan dengan lajunya memotong saya dan kemudian itu telah buat brek emergency untuk ke kiri ... tanggapan saya adalah satu.. dia terlepas simpang! Pada masa yang sama ada satu lori yang besar di sebelah kiri saya sedang memotong laju dan di sebelah kanan saya ada juga kereta laju. Cubalah bayangkan bagaimana perasaan saya ketika itu, saya tidak dapat lakukan apax selain daripada turut sama membrek dan memastikan stereng tidak bergerak ke kanan atau ke kiri, jika stereng ke kanan jawabnya kereta saya akan dilanggar oleh kereta yang sedang memotong. Jika saya ke kiri .. itu memang cari nahas sbb lori itu ada disebelah kiri dan juga sedang membrek. Saya selamat kerana lori itu tidak membelok ke kanan untuk mengelak trak pick up, kalau tidaknya tentu sekali saya sudah berada di bawah perut lori kerana tidak ada apa yang dapat saya lakukan ... tiada ruang atau masa pun. Selepas kejadian itu saya amat bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup lagi... tak dapatlah nak dibayangkan jika saya terlibat dengan kemalangan ketika itu .. tentu kesannya amat teruk sekali. Syukur Alhamdullillah kerana masih dipanjang umur olehNya. Sesungguhnya orang yang telah tahu ajal mautnya bila amat bertuah kerana boleh bersedia ke arah itu tetapi bagi yang tidak ...bagaimana pula ya.
Nurainul Abdah and Ikmal Haqim are my kids. Me is a person who enjoy life ... love the simple life. Enjoy working.... Want to have a life which is meaningful ...to my family... to ALLAH especially.
Wednesday, January 27, 2010
Tuesday, January 19, 2010
Boring weh!
Boring betul minggu .. kerja banyak nak buat tetapi boring. nanti tengoklah kot-kot ada dijualnya semangat kerajinan .. nak juga beli sekilo dua. Ikmal makin hari makin pandai bercakap ... dia ada specific place kat mana dia letakkan kasut-kasut dia and one thing good .. bila masuk rumah dia akan meluru ke situ utk buka kasut dia. Dia sekarang ni dah faham kalau mak dia pakai uniform maknanya mak dia pergi kerja ... kalau pakai jean dan t-shirt, maknanya mak dia nak pergi keluar and it is time to follow .. then startlah dia berlari ke specific place tu untuk ambil kasutnya. Budak kan...
Kekadang tu bila memandang anakx kita .. dok jugak terfikir macamanalah mereka bila besar nanti. Tu yang kekadang tu jadi bersemangat jer nak belajar masak dan buat itu ini.
Sekarang ni nak kuatkan azam untuk buat banyak perkara :
PERTAMA : jadi seorang mak yang bagus.
KEDUA : jadi isteri yang bagus jugak heheheh.
KETIGA : nak jadi pakar dalam memasak ni.
KEEMPAT : nak belajar menjahit .. dapat menjahit langsir, baju kurung, baju kebaya, kemeja dan baju melayu ..cukuplah untuk keluarga juga.
KELIMA : jadi anak yang baik ... I don't think i am a goog daughter .. yelah asyik kena berleter jer dengan mak.
eh! banyaklah ..tapi kita buat slow...slow . So far kira oklah jika dah boleh masak kari dan masak lemak cili api ....tapi hish yang paling senang sekali masak nasi dengan buat ikan siggang dok fail-fail lagi.
oklah .. nak baliklah ... masak ... husband balik malam ni..

Sunday, January 17, 2010
minggu ketiga di tempat kerja
Minggu ini merupakan minggu ketiga saya di tempat kerja baru .. tp tak baru gak sbb tahun 2004-2007 pun memang kat sini. So far memang banyak plan nak buatlah untuk system yang ada tapi buat slow-slow je sbb ada banyak benda lain nak buat.
Apartmen kat Wangsamaju tu dah siap dibersihkan, dicat dan ditukar lantai kepada tiles .... habislah dalam RM6300.00. Tapi x palah sbb lepas ni akan dibagi sewa jadi ada duit masuk.
Aim saya untuk tahun ini adalah mempunyai akaun untuk segala perbelanjaan rumah, supaya saya boleh tahu kemana pergi duit-duit kami dan dalam pada masa yang sama saya berazam untuk menyimpan bagi mengrealisasikan impian nak buka kedai makan (hish! masak pun bukan terrer sangat nak buka kedai makan). Bukan apa sebenarnya saya nak memberi perkhidmatan masakan atau makanan yang betul-betul baik untuk kita semua... nantilah cerita.
Hari ini pergi kerja lambat sebab bawa Ain dan Ikmal jumpa Dr Salleh di Klinik Mediutama, diaorang selesema dan malam tadi Ain muntahx. Takutlah sbb H1N1 dah ada balik. Kekadang tu kita kata ..ala bukan H1N1 tapi takutlah sbb x mau menyesal kemudian. Lepas ke klinik, pergi breakfast kat Eton kopitiam, Ain makan telur masak separuh dan roti bakar. Saya ambil bubur nasi .. alasannya makan dgn Ikmal. Minum kopi panas dan teh o ais. kami tiga beranak duduk makan dan balik ke rumah bagi diaorang makan ubat . Selepas tu baru pergi kerja.

Wednesday, January 13, 2010
Apakah akan berlaku nanti
Saya akan tidak mempunyai maid bermula daripada bulan mac ini. Husband pula hanya akan berada di rumah pada hari Khamis dan Jumaat (hello!! kita tak ada madu yer.... dia kerja jauh jer). Setelah fikir banyak kali... rasanya elok saya tak guna maid baru ... belajar je hidup sendiri... buat semua sendiri..... ok ... saya akan cuba untuk 6 bulan pertama ni ... kalau saya boleh survive .. ok ..no more maids.. kalau tak ..terpaksalah ambil maid.
So sekarang ni sedang buat perangkaan tentang peruntukan kewangan dan masa. nak buat timbangtara yang elok ....
Berbalik pasal kerja pulak .... alahai ... frustnya teramatlah ... punyalah develop sistem tu dengan kontraktor daripada sebelum Ain sekolah .... kemudian Mac 2007 posting out ... Jan 2010 masuk balik .. tengok tak ada apa -apa perkembangan yang memberangsangkan. Mungkin saya ni too ambitious ... tapi nak buat camna dah jenis macam tu ... kalau buat ... pastikan menjadi.... walaupun ada juga projek yang x menjadi ... tapi yang ni lain sbb dia involve my reputation, nak baiki balik reputation yang rasanya has been tarnished pasal project ni.
So sekarang ni dok terhegehxlah makcik tua ni belajar Ubuntu, PHP dan MySQL. Pedulikan yang penting EMESYS berjaya.
By the way, apartmen kami tu dah tukar dah lantainya kepada tilies, dinding dah cat .. lupa plak nak bawa kamera untuk ambil gambar .. next timelah. Nak kena siapkan perjanjian sewa plak sbb bila semua ok ... nak bagi sewa kan .... hopefully x tunggu lama untuk dapatkan penyewa baru.

Monday, January 11, 2010
Sedang menunggu enjin panas, warm up sikit sebelum start kerja. Kepala ni banyak perkara nak fikir... pertama ..bibik dah nak balik kampung, x plan nak ambil bibik baru ... banyak nak kena fikirkan macam ... nak hantar Ikmal ke dzuliman dulu ke atau hantar Ain dulu ke sekolah. Kalau hantar Ain dulu jawabnya lambat ke tempat kerja ... sampai lambat .. parking kereta susah nak dapat ... kalau tinggalkan dia sebelum jam 0700, kesian kat dia , masih gelap dan orang tak ramai.
Hantar Ikmal dululah ... rasanya jam 0645 tu just nice untuk bergerak dari rumah ke dzuliman. Lepas hantar Ikmal barulah hantar Ain.
Lepas kelas, Ain akan naik van uncle Raymond ke Dzuliman, transit kat sana, kelas KAFA dan mengaji sekali kat sana.... sambil tu dia boleh tengokxkan adik dia. Jam 1800, saya balik kerja terus jemput dia..
mmm sampai rumah ... nak masak pula .. kena carilah pula menu-menu yang sedap, ringkas, cepat dan paling utama tahan lama di mana boleh dimana at least 2 kali. Malam untuk basuh dan keringkan baju ... dryer ade .. pakai jer. Oklah tu ... saya nak fikirkan jadual dan menu makan.
Pagi ini Ikmal telah kuncikan pintu bilik tidur kami, balik rumah nanti terpaksalah mencari kunci dari timbunan kunci yang ada untuk membukanya.
Pagi ini ada meeting staff, lepas meeting nak pergi jumpa Mat Som yang repair apartment kami di Wangsamaju tu utk tengok progress.

Sunday, January 10, 2010
Bekerja di tempat baru
Saya sekarang dah report ke tempat baru selepas kursus di MTAT. Alahai x baru mana dari tahun 2004 sampai awal 2007 memang kat tempat ni .. kerja develop system untuk maintenance and repair. Keluar kejap pada tahun 2007 untuk 'command'. Kena panggil ke HQ duduk kat HR dept jaga ... wanitax then gi kursus setahun. Balik ke Pusat Teknologi Maklumat TD pada tahun 2010.
Nak kata dah ada experience, yes .. memang ada tapi tak pernah terfikir akan kembali ke sini semula .. so saya tak ambil port sangat pasal perkembangan IT la ni .. Sekarang ni kepala memang pening... pening sesangat dengan kerja nak kena buat ..... saya ni malaslah kalau buat kerja x nampak hasil tapi kerja ni alahai ... memang susah betul nak nampak hasil.

Saturday, January 2, 2010
Apa akan jadi
Mungkin aku ni bukannya educated sangat, aku ni bukan berjaya sangat dalam karier, tak kaya, hidup pun kelam kabut , x lah kuat agama sangat tapi dengan keadaan sekarang ni aku amat risau, risau dengan orang-orang melayu kita ni apa nak jadi dengan kita semua ni.
Nak kata kita ni kaya melampaux dan hidup seperti di syurga , x lah jugak. Nak kata kita ni orang yang alim dan beragama, taklah jugak.
Kita orang Melayu sekarang ni budaya dan adat resam melayu kita dah lupa .... (aku cakap macamlah aku ni bagus sangat .... taulah hidup aku lebih banyak pakai seluar dan t shirt daripada pakai baju kurung, yelah aku sedar aku pun tidak menutup aurat) tetapi apa yang aku mahu jadi adalah orang Melayu yang masih berpegang kepada adat resam dan budaya Melayu, masih mengikut perkembangan dunia moden itu dan pada masa yang sama masih sedar diri ini adalah orang Islam.
Aku tak faham jika di kedai makan, anak-anak Melayu makan dengan tidak ada adab budaya orang Melayu ... tapi bila tengok mak bapaknya pun sama jugak. Anakx aku asyik kena marah je bila time makan kerana x duduk dengan betul, pegang sudu dengan betul, mengunyah dengan betul, menyuap makanan tapi mata pandang kat lain.
entahlah nak cakap banyak kat sini pun x guna ...

Subscribe to:
Posts (Atom)