Wednesday, January 27, 2010

Syukur Umur Masih Panjang

Memang betul jika dikatakan tengak ajal dan maut. Jika sudah ketentuan Allah yang ajal kita akan sampai maka meninggalkan dunialah kita ini. Semalam sebelum balik dari kerja, saya menyemaklah apa cerita terbaru daripada ondscene tentang kematian seorang lelaki Singh yang berusia 25 thn akibat kemalangan jalanraya. Kerana orang lain punya pasal dia yang meninggal. Betapa pada masa itu s rasa ... apalah nak jadi dengan kita semua rakyat Malaysia ni ... tak pernah menghargai nyawa sendiri dan nyawa orang lain.

Setiap hari saya harus melalui Lebuhraya NKVE dan DUKE untuk ke tempat kerja, kekadang tu trip buat 2 kali sbb balik rumah dulu tengok anakx, tukar baju dan macamxlah. Setiap hari bila lalu kat NKVE dan DUKE itu, bermacamx perangai orang Malaysia yang memandu boleh kita nampak. Tidaklah saya ingin menyatakan saya ni bagus di dalam membawa kereta tetapi "ramai orang memandu laju tetapi berapa ramai yang boleh memandu laju".. itu persoalannya. Kerja nak cium atau menyongket bonet kereta kita jangan cakaplah. Kekadang tu ada juga saya bertanya pada diri sendiri, yang dok menyongket kereta kat depan tu dia sedar tak kereta depan tu ada tak ruang di sebelah kiri dia untuk ketepi .. jangan main dok songket jer.

Tahun lepas masa balik dari kerja saya perasan kereta belakang ekori rapat dengan kereta saya. Saya dah risau dah... dah rasa memang ni kalau kena brek emergency ni tak cukup tanah dia ni. Memang betul.... pada masa itulah kena brek emergency dan memang tak cukup tanah. Kereta saya kena langgar dan kereta saya langgar kereta depan. Sepanjang 22 tahun memandu kereta, inilah kali pertama saya terlibat dengan kemalangan... andaian boleh mengatakan yang saya ni x banyak memandu itu yang kemalangan hanya sekali jer dalam masa 22 tahun ni ..tapi terpulanglah.

Ni sambung balik kepada cerita petang semalam, semasa balik dari tempat bertugas, saya akan gunakan Lebuhraya DUKE kemudian NKVE walaupun tol semuanya RM5.30 untuk satu perjalanan. Kalau pergi balik RM10.60 tetapi ia amat selesa dan cepat.

Selepas dalam 20 meter melepasi bypass ke Lebuhraya Karak, ada satu trak pick up macam Hilux brek emergency dan ketepi. Saya berada di lane tengah kerana saya tahu banyak kereta akan gunakan lane kiri untuk ke Lebuhraya Karak atau Gombak, trak pick up ni daripada lane kanan dengan lajunya memotong saya dan kemudian itu telah buat brek emergency untuk ke kiri ... tanggapan saya adalah satu.. dia terlepas simpang! Pada masa yang sama ada satu lori yang besar di sebelah kiri saya sedang memotong laju dan di sebelah kanan saya ada juga kereta laju. Cubalah bayangkan bagaimana perasaan saya ketika itu, saya tidak dapat lakukan apax selain daripada turut sama membrek dan memastikan stereng tidak bergerak ke kanan atau ke kiri, jika stereng ke kanan jawabnya kereta saya akan dilanggar oleh kereta yang sedang memotong. Jika saya ke kiri .. itu memang cari nahas sbb lori itu ada disebelah kiri dan juga sedang membrek. Saya selamat kerana lori itu tidak membelok ke kanan untuk mengelak trak pick up, kalau tidaknya tentu sekali saya sudah berada di bawah perut lori kerana tidak ada apa yang dapat saya lakukan ... tiada ruang atau masa pun. Selepas kejadian itu saya amat bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup lagi... tak dapatlah nak dibayangkan jika saya terlibat dengan kemalangan ketika itu .. tentu kesannya amat teruk sekali. Syukur Alhamdullillah kerana masih dipanjang umur olehNya. Sesungguhnya orang yang telah tahu ajal mautnya bila amat bertuah kerana boleh bersedia ke arah itu tetapi bagi yang tidak ...bagaimana pula ya.

No comments: