Minggu ini merupakan minggu ketiga saya di tempat kerja baru .. tp tak baru gak sbb tahun 2004-2007 pun memang kat sini. So far memang banyak plan nak buatlah untuk system yang ada tapi buat slow-slow je sbb ada banyak benda lain nak buat.
Apartmen kat Wangsamaju tu dah siap dibersihkan, dicat dan ditukar lantai kepada tiles .... habislah dalam RM6300.00. Tapi x palah sbb lepas ni akan dibagi sewa jadi ada duit masuk.
Aim saya untuk tahun ini adalah mempunyai akaun untuk segala perbelanjaan rumah, supaya saya boleh tahu kemana pergi duit-duit kami dan dalam pada masa yang sama saya berazam untuk menyimpan bagi mengrealisasikan impian nak buka kedai makan (hish! masak pun bukan terrer sangat nak buka kedai makan). Bukan apa sebenarnya saya nak memberi perkhidmatan masakan atau makanan yang betul-betul baik untuk kita semua... nantilah cerita.
Hari ini pergi kerja lambat sebab bawa Ain dan Ikmal jumpa Dr Salleh di Klinik Mediutama, diaorang selesema dan malam tadi Ain muntahx. Takutlah sbb H1N1 dah ada balik. Kekadang tu kita kata ..ala bukan H1N1 tapi takutlah sbb x mau menyesal kemudian. Lepas ke klinik, pergi breakfast kat Eton kopitiam, Ain makan telur masak separuh dan roti bakar. Saya ambil bubur nasi .. alasannya makan dgn Ikmal. Minum kopi panas dan teh o ais. kami tiga beranak duduk makan dan balik ke rumah bagi diaorang makan ubat . Selepas tu baru pergi kerja.
No comments:
Post a Comment