Monday, May 31, 2010

Organising End Users Course

Last week dan this week adalah  minggu dimana saya dan anggota  Tim projek saya organise End users course kat IJED. Payahlah weh ... nak buat kursus end users ni ... tak payah kalau hanya nak  buat syarat ada kan kelas jer. Tapi kami ni mempunyai target .. ceh ...berkami-kami la plak ...sebenarnya memanglah ...targetnya  buat kursus end users ni dan pastikan  end users dapat latihan dan kemahiran yang mencukupi untuk mereka  menggunakan EMESYS.

Saya mula start dalam tim projek ni pada tahun 2004 ...masa mula-mula  projek ini dimulakan ... tahun 2007 ditukarkan  untuk tugasan command unit tahun 2008 ... bertugas di headquarter bahagian sumber manusia ... 2009 pergi  kursus kerjaya ... 2010 .. masuk balik ..tim projek ni ... ayooooo memang dapat rasa kena masuk balik  tim ni ..tapi tak sangkalah plak ... anyway kita buat jer ... ok gak sbb  tambah ilmu sikit dalam IT ni.

What do i expect  fm emesys? --- entahlah tapi aku hanya nak  sistem ni berjaya ... plan saya itu jer....

alamak ... dok merapu la plak ... tak apalah ..esok pergi ofis ... nak settlekan  kerja kat ofis dan prepare utk lawatan pegawai kanan ke tim projek  pada hari jumaat ni.

Kursus end user  Staf Haris dan Fozi boleh  handle .. no hal punya.

Sunday, May 23, 2010

Selamat Hari Lahir buat diri saya

Hari ini 24 Mei merupakan hari lahir saya yang ke 40. Alamak sudah tua aku rupanya, rambut pun dah mula menyerlahkan warna-warna kelabu yang akan berubah ke warna putih. Mak aku masa umur 40 tahun dah ada dua cucu ... yelah dia kahwin pun rasanya masa umur dia 13 tahun. Aku ni kahwin umur 27 tahun, umur 30 tahun baru dapat anak.

Semalam waktu pagi, bawa Ain dan Ikmal ke Restoran Azira di sek 10 tu untuk sarapan pagi, makan roti canai telur dan minum teh tarik. lepas itu merayau - rayau kat Sek 9 tengok rumah - rumah banglo yang cantik -cantik tu ... mmmm bilalah agaknya ada rezeki nak duduk rumah macam tu. kemudian pergi hantar  kotak-kotak, botol-botol plastik ke tempat recyle, dapatlah  dalam rm10.60. bagi kat Ain dan lepas tu dia belanja makan cendol kat depan TESco Extra.

Semalam juga pergi ke Plaza Alam Sentral tengok  kain langsir kat Nagoya , tengahx tengok  kamera kat kedai Foto kem tu ada buat offer utk kamera digital Olympus 12 mega pixels.. yang ada Nikon 4 mega pixel dah rosak ... dibuat bahan lontaran oleh si Ikmal, apa lagi sambar ajelah sbb offer RM399 dan bila campur  memory card 2 GB dan plastik yg x bg calar kat screen kena dalam RM469 kira oklah dengan free casing dan charger .. oklah tu

SEmalam jugak masak kuih gulung dan bagi kat jiran kuih gulung ....sbb baru tahu dia dah bersalin 2 minggu lepas. Kemudian buat cheeese cake, alahai  tak terperasan yang button oven di set ke upper sahaja, lastnya kek  hitam kat atas dan kat bawah tak masak ... kena masak lagi .. anyway ... rasanya sedap ...

Monday, May 10, 2010

Pertandingan Menembak Novelti, EMESYS dan aku dah tua

Pada 8 Mei lepas, kami ada pertandingan menembak novelti tapi saya ni hanya bertugas sebagai pengasuh kepada Ampuan Besar Negeri Sembilan. Apa tu pengasuh .... pengasuh adalah orang yang membantu di dalam semua perkara berkaitan senjata yang digunakan untuk  pertandingan itu. Beliau bertanggungjawab terhadap  individu yang dia jaga. Tak sangka ye Ampuan Besar Negeri Sembilan cekap menembak. Rasanya kalau saya yang masuk pertandingan itu saya pun kalah.. hehehhe tapi sbb jadi pengasuh dia, nampak seolah-olah pengasuh nya  yang terrer, padahal  hampeh.

What to expect ? sbb senjata ni bukan permainan kitaorang. Anyway, walaupun penat ya amat tetapi rasa berbaloi gak ... nampak kat internet Tunku Zain Al'Abidin macam dewasa jer tetapi masih  nampak macam  remaja. Saya memang  minat tengok  family Tuanku Negeri Sembilan ni ...diaorang ni educated and down to earth ... ok seronok juga sebab nampak sekarang ni keluarga diraja mostly dah educated lah.

Gambar mana? tak ada ke? Gambar later nanti bila diaorang bagi.

Sekarang ni sibuk dengan planning untuk  projek EMESYS saya tu. Tengah plan nak launch  bulan Julai ni, nak buat training untuk   end users dan staff. nak  check networking dan check system. Ayoooo sendiri cari susah hehehehe....

Kalau tak cari susah, tak cari penat, tak cari kerja .. nanti kita sendiri yang susah kan ... Nak settlekan everything this year dan ingat tahun depan nak buat projek  lain pulak tapi bukan projek anak ... dah tua dah ni.

 Cakap pasal tu, baru perasan  sekarang ni dah banyak uban di rambut .. mmm macamana nak buat ni ? color rambut, potong rambut atau pakai tudung ... oh please .... memakai tudung kerana rambut beruban .. memang nak marah dengan husband ni.