Sunday, May 23, 2010

Selamat Hari Lahir buat diri saya

Hari ini 24 Mei merupakan hari lahir saya yang ke 40. Alamak sudah tua aku rupanya, rambut pun dah mula menyerlahkan warna-warna kelabu yang akan berubah ke warna putih. Mak aku masa umur 40 tahun dah ada dua cucu ... yelah dia kahwin pun rasanya masa umur dia 13 tahun. Aku ni kahwin umur 27 tahun, umur 30 tahun baru dapat anak.

Semalam waktu pagi, bawa Ain dan Ikmal ke Restoran Azira di sek 10 tu untuk sarapan pagi, makan roti canai telur dan minum teh tarik. lepas itu merayau - rayau kat Sek 9 tengok rumah - rumah banglo yang cantik -cantik tu ... mmmm bilalah agaknya ada rezeki nak duduk rumah macam tu. kemudian pergi hantar  kotak-kotak, botol-botol plastik ke tempat recyle, dapatlah  dalam rm10.60. bagi kat Ain dan lepas tu dia belanja makan cendol kat depan TESco Extra.

Semalam juga pergi ke Plaza Alam Sentral tengok  kain langsir kat Nagoya , tengahx tengok  kamera kat kedai Foto kem tu ada buat offer utk kamera digital Olympus 12 mega pixels.. yang ada Nikon 4 mega pixel dah rosak ... dibuat bahan lontaran oleh si Ikmal, apa lagi sambar ajelah sbb offer RM399 dan bila campur  memory card 2 GB dan plastik yg x bg calar kat screen kena dalam RM469 kira oklah dengan free casing dan charger .. oklah tu

SEmalam jugak masak kuih gulung dan bagi kat jiran kuih gulung ....sbb baru tahu dia dah bersalin 2 minggu lepas. Kemudian buat cheeese cake, alahai  tak terperasan yang button oven di set ke upper sahaja, lastnya kek  hitam kat atas dan kat bawah tak masak ... kena masak lagi .. anyway ... rasanya sedap ...

No comments: