Monday, May 10, 2010

Pertandingan Menembak Novelti, EMESYS dan aku dah tua

Pada 8 Mei lepas, kami ada pertandingan menembak novelti tapi saya ni hanya bertugas sebagai pengasuh kepada Ampuan Besar Negeri Sembilan. Apa tu pengasuh .... pengasuh adalah orang yang membantu di dalam semua perkara berkaitan senjata yang digunakan untuk  pertandingan itu. Beliau bertanggungjawab terhadap  individu yang dia jaga. Tak sangka ye Ampuan Besar Negeri Sembilan cekap menembak. Rasanya kalau saya yang masuk pertandingan itu saya pun kalah.. hehehhe tapi sbb jadi pengasuh dia, nampak seolah-olah pengasuh nya  yang terrer, padahal  hampeh.

What to expect ? sbb senjata ni bukan permainan kitaorang. Anyway, walaupun penat ya amat tetapi rasa berbaloi gak ... nampak kat internet Tunku Zain Al'Abidin macam dewasa jer tetapi masih  nampak macam  remaja. Saya memang  minat tengok  family Tuanku Negeri Sembilan ni ...diaorang ni educated and down to earth ... ok seronok juga sebab nampak sekarang ni keluarga diraja mostly dah educated lah.

Gambar mana? tak ada ke? Gambar later nanti bila diaorang bagi.

Sekarang ni sibuk dengan planning untuk  projek EMESYS saya tu. Tengah plan nak launch  bulan Julai ni, nak buat training untuk   end users dan staff. nak  check networking dan check system. Ayoooo sendiri cari susah hehehehe....

Kalau tak cari susah, tak cari penat, tak cari kerja .. nanti kita sendiri yang susah kan ... Nak settlekan everything this year dan ingat tahun depan nak buat projek  lain pulak tapi bukan projek anak ... dah tua dah ni.

 Cakap pasal tu, baru perasan  sekarang ni dah banyak uban di rambut .. mmm macamana nak buat ni ? color rambut, potong rambut atau pakai tudung ... oh please .... memakai tudung kerana rambut beruban .. memang nak marah dengan husband ni.

No comments: