Monday, June 28, 2010

Pagi Selasa yang membengangkan

Siapa tak geram, siapa tak bengang, aku ni pagi-pagi  lagi dah berjalan gi Kump nak bagi presentation aku  utk KK kepada Koord. Sampai kat sana jam 0830, ofis staff aku tak bukak lagi dan  batang hidung diaorang pun tak nampak. Aku rasa malu sangat dan aku  rasa staf-staf aku ni macam tak appreacite  dengan apa yang telah diberikan. What the heck man ... lantak koranglah ..... jam 0900 nanti ada taklimat KK kepada semua staf kat sana. Lantaklah  .. biarkanlah  dulu ...sebab hati ni tengah mendidih sangat.

Masa kat  foyer, terserempak pulak dgn tuan Md Rasid, oklah  bagi brief on the spot on the progress of  the projek. Bulan ni ada  Hari Latihan Pegawai, so  aku kena  bagi taklimat mengenai projek aku, so  nak kena buat presentation, nak kena buat planning dan nak  buat  borang kaji selidik  lah bagi masa hari tu.

Penat kerja sorang jer, tak ada pembantu ... tapi apa  nak buatkan .. tak ada orang yang minat berada di dalam tim projek aku ni.

Sekarang ni aku nak cool down sikit .. nanti kang ada yang kena jerit dengan aku.  I've got this bad habit atau attitude .... aku kalau  marah apa sahaja yang aku pegang kat tangan sure kena lempar punya dan  lagi nasib tak baik kena pelempang dengan aku. Sentiasa cuba  mengurangkan  bad habit ni dan  last year dia keluar balik ....bengang dengan si Ain dan bibik aku ... handphone aku kena lempar kat dinding ... berkecai .... sikit lagi nak kena  tv LCD hotel kat Tawau tu .... terkedu jap  aku .. heheheh .... terpaksa  beli handphone baru ...husband aku cakap ... tak boleh  pakai yang mahal lagi dah .... beli yang murah jer  ... terpaksalah ....

Aku sentiasa belajar mengawal kemarahan aku tetapi kenapa yer ada jer orang yang nak menduga  ....tak apalah cabaran hidup agaknya untuk akulah  .. kerana aku akan berusaha menjadi lebih baik. Macam utk  staff-staff aku ... korang belajarlah  .... nak senang bukan senang dan nak susah tak susah...

Hari Isnin yang no idea

Pagi tadi pakai bush jacket, pergi  menghadirkan diri  di majlis serah terima tugas Ketua Kumpulan JLJ.  Yelah dahlah staff-staf aku duduk kat Kump, kang kalau buat sombong kang, kena halau baru padan muka.

Dekat ofis siapkan slide presentation utk KK sbb  elok jika  dia tahu progress projek, masalahnya kepala ni buntu ..no idea keluar.

JK sms kata dia tunggu aku datang nak bagi langsir last week, tak sangka la plak dia tunggu sbb  aku tak ada sms pun. Sebenarnya langsir tu masa aku nak  jahit ( langsir ni ketinggian tak betul jadi  aku kena jahit balik - kenapa aku jahit langsir  -> sebab  nak letak kat rumah sewa aku tu  -> kenapa tak tempah ? sbb mahal giler dan aku boleh jahit .... jangan nak membazir duit kan.) aku perasan yang  design bunga dia terbalik ..so minta  bibik tetaskan benang dan aku buat semula.  So langsir ni dah siap cuma perlu  bagi kat dia ..tunggu hari yang sesuailah sbb JK ni handsome, bujang lagi umur dalam 26 thn, orang Pakistan ...so  husband aku  tak percaya kot aku gi sorang hantar .. heheheheh tapi sebenarnya aku pun tak nak gi hantar sorang-sorang. So bila husband aku ada nanti, kitaorang akan pergi hantar.

Hari Rabu ni nak pergi ke Palmspring, diskus dengan owner unit atas pasal  kebocoran lantai unit dia. Kondo  kawan aku Ijah yang sedang aku  uruskan ..mengalami masalah  siling bocor sbb air dari unit atas ..so unit atas kena buat water proofing ... hah! ingat ada orang nak buat water-proofing -> tukar tiles kalau dia tak terasa kesan tu ... tapi tengoklah macamana nanti ..harap-harap  ok ..sbb  kalau tak dibuat water proofing  ... memang teruklah ... nanti bila tenant dah masuk .. lagilah  susah nak repairkan ... biar repair sekarang.

Lepas settle masalah tu ..baru aku buat kitchen cabinet, beli fridge dan washing machine. Langsir untuk kondo ni aku jahit sendiri gak.

nak settlekan  alas meja si Makcik Manis dulu dan aku harapkan dia akan suka  alas meja yang aku buat nanti.

Saturday, June 26, 2010

New Experience

Hari ini 26 jun, selepas hantar husband ke KLIA, aku dgn ekor kesayangan Ain pergi ke rumah Makcik Manis. Dia ajak temankan dia pergi  melihat kondo-kondo di Mon't Kiara sbb dia nak beli ... huiiish memang kecik tapak tangan, nyiru ditadahkan ... aku ni memang dah lama nak tengok  kondo-kondo kat situ ..yelah Melayu ni tengok  kawasannya amat mengagumkan...

So pergilah aku dengan Ain jam 0845 dah sampai kat rumah orang ..tak pernah pulak  aku buat macam tu ..hehehe ..pagi-pagi dah ada kat rumah orang. so sekarang aku dah tahu dah, luas-luas  kondo kat situ ...memang selesa sangat ... kondo yang aku tahu besar antara 850 kps hingga 1300 kps ...tak pernah plak masuk yang 2000 kps sampai 3000 kps ... kena pulak  yang  duplex ... fuuuyooo memang satu pengalaman yang bagus aku rasa untuk diri akulah. Terima kasih Lynn kerana mengajak gi  tengok rumah-rumah tu .. laaa ni bersemangatlah aku nak mengemaskan rumah bagi cantik lagi.

husband aku pun dah pergi ambil kunci rumah yang kami sewakan kat Gong Badak, Kuala Terengganu... aku harap dia berpuashati dengan rumah yang aku pilih tu ...nanti bila dia sampai rumah nak tanya apa komen dia plak.

Salah satu perangai pelik aku dan juga perangai tu berjangkit dengan Ain ialah  .. kita orang ni suka tengok rumah contoh ....entah kenapa ... aku cukup suka tengok rumah contoh dan tengok idea-idea menghias rumah  ...tapi rumah aku tetap macam tu jugaklah ....hehehe bersepah-sepah dengan cat kat dinding kena cungkil dengan ikmal ...Langsir kat  living hall  labuh nak mencecah lantai sikit punya banyak. KEnapa aku buat macam tu sbb aku nak gantung langsir tu tinggi sikit tapi  tak tebuk-tebuk lagi tempat nak letak palang langsir. Hopefully  husband balik ni dia buatkan.

Aku bab  tukar -tukar lampu .. no hal boleh buat sendiri tetapi  pasal nak drill  dinding ..x lehlah ..nanti ada senget benget plak kang. Biar  husband yang buatlah.  mmm esok  Indra dan Hamzah datang nak betulkan aircond bilik Ain .. harap lepas ni  si Ain dan ikmal tidur kat bilik diaoranglah.

Tuesday, June 22, 2010

Tukar Frame dan apa yang ada dalam kepala la ni

Nampaknya ada design window baru untuk  blog ... sajer je tukar nak menceriakan suasana. Kepala sebenarnya tengah ...bengong sikit sbb  banyak sangat perkara yang nak diselesaikan .... nak tahu apa dalam kepala sekarang ni... tapi  isi ni tak ikut priority ... ikut dang mana timbul dulu kat kepala.

1.  aku nak habiskan jugak pengajian KFORCE aku tu tahun ni ..tu yang dok kelam kabut menyiapkan paper latihan industri dan project paper .. kena submit early August ni.

2. macamana nak settlekan masalah elektrik yang overload kat rumah. Belanja  pasang 3 phase dekat RM4K .. manalaha nak cari duit ni... perlu ke buat  cepat.

3. nak ambil gambar belakang rumah sbb buat extension dulu .. nak kena hantar borang kepada MBSA utk dapatkan balik deposit.

4. nak siapkan rumah Ijah kat Palmspring tu ... dah lama sangat .. yang jadi masalah besar kat sini sbb  rumah atas ... dua-dua bilik air dia lantainya bocor, dan  paip dapur atas pun bocor, engkorang ingat ..owner atas tu nak repair ke lantai  bilik air dia tu sbb dia tak ada pun rasa masalah ni. Kesian jugak kat Ijah  sbb makin bertambah belanja repair rumah dia, tapi kalau tak buat .. masalah akan jadi lebih besar lagi dan bila dah ada orang menyewa lagi susah  nak  buat kerja-kerja repair ni.

5. Nak cat ruang family hall dan masterbed room rumah aku. Kenapa plak .... warna dah tak lawa .. jealous tengok rumah orang lain lawa ... tapi tak laratlah buat sendiri .. sekarang ni dah terasa .. aku dah tak boleh buat kerja-kerja yang menggunakan tenaga banyak sangat.. penat gilo jadinya. Nantilah nak minta Mat Som yg sedang repair rumah Ijah buat selepas dia settle rumah Ijah tu..sebab bilik air atas  rumah kami ni pun bocor gak ... so rasa elok tukar tiles bilik air atas dan bawah serta tukar tandas bawah dari tandas cangkung kepada tandas duduk..walaupun bibik tak minat tandas duduk ... biarkanlah  tandas duduk lagi bersih.

6. Husband nak masuk rumah sewa baru kat Gong Badak, harap semuanya ok ..so sekarang bolehlah  kami sekeluarga  bila ke kuala Terengganu terus lepak  kat rumah tu tak ada lagi nak  duduk homestay jer ... yelah duduk homestay kena keluar RM150 sehari .. duduk seminggu mahu bengkrap sekejap.

7. Lega dah habis bayar  second parking Mutiara Anggerik, tahun depan  start bayaran bulanan next year bila dapat kunci .. oh yeah .... bertambah lagi perbelanjaan bulanan tapi pendapatan bulanan tak  berubah .. macam tu lah jugak.

8. Macamana yek! nak buat  blog ni cantik macam orang lain ... seronok tengok blog - blog orang lain cantik macam blog  Chibi Maruko, Mat Gebu, Lemongrass, Mamafami, Yus, Hanieliza, Makcik Manis dan banyak lagi. Jealous gak tengok cantik design diaorang, gambar yang diaorang letak .. kamera apa agaknya yang dipakai ... aku ni pun dah beli gak  kamera baru 12 megapixels tapi model lama .. yelah sbb jenis kedokuut pasal  benda-benda ni ... anyway suatu hari nanti akan kurembat camera Canon yang model EOS tu ..tapikan memang salute kat diaorang ni semua ....tak pe..tak pe...  berusaha..berusaha...jangan putus asa suatu hari dapat nyer.

Franklylah kekadang tu aku boring jugak dengan kerja yang aku buat ni ...  consider macam project managerlah .... jaga, develop  system dan apa sajer yang perlu. Kenapa boring? ....sebab banyak  kerja nak kena buat .... dan kena buat cepat... kena perah kepala otak ... tetapi kekadang tu aku minat gak dengan apa yang aku buat ... entahlah  tengah tension kot ..tetapi  plan aku mungkin  aku nak berada dalam tim projek ini hingga tahun 2012 jer kort sbb aku  plan nak bersara lah pada tahun 2013.

Kenapa plak nak bersara ...? yelah  tahun 2013 umur pun dah 43 tahun, aku rasa nak  banyak menghabiskan masa bersama keluarga, Ain umur 13 tahun dan Ikmal  6 tahun ... Apa yang aku nak buat bila pencen nanti ?
1. aku nak enjoy life jer .. nak buat business sendiri tapi tak tahu business apa,

2. nak hantar anak pergi sekolah, tuisyen dan segala-galanya,

3. nak  melawa ..hahahaha (tolong jangan gelak sakan yer!!) ..selama ni dok pakai unifor jer bila pergi kerja, kena bersanggul... jadi nak lah rasa  pakai blouse, kemeja, office wear dan lepaskan rambut.. color rambut sikit-sikit... hehehe..Frankly kekadang tu aku boring jugak bila civilian nampak  aku di dalam uniform ... rasa macam diaorg ni pandang rendah kat askar .. kenapa begitu pun aku tak faham..what i can say is ... yelah  bila seekor lembu membawa lumpur semua terpalit.. kekadang tu kami ni jugak yang tak menjadi imej dia .. tidak berbangga dengan proffesion  sendiri dan tidak mengenakan uniform dengan kemas...

oklah nak stop dulu ... nak sambung write paper plak .. idea tiba-tiba datang.

Selamat Kembali Bertugas

Hari Isnin lepas 21 Jun merupakan hari pertama  bekerja selepas  bercuti seminggu  sempena cuti sekolah dan  tugasan luar selama seminggu di  Kuantan dan Kota Bahru. Minggu pertama cuti sekolah, husband cuti ..so dia ikut saya ke Kuantan untuk  buat tugasan di sana.

Alaaa aku  pun orang Kuantan sebenarnya, so kira serampang dua matalah,  letak si Ain dan bibik kat kampung, aku pergi ke  kem dan husband jaga Ikmal. Kenapa plak husband yang jaga Ikmal? Kenapa tak suruh bibik jaga je kat rumah mak ? sebab husband tak confident boleh tinggal ke tinggal si Ikmal ni kat  kampung ...sebab kelasakannya yang boleh tahan.

Semasa di Kuantan,  rasa sakit plak kat ..so pergilah  ke Kuantan Medical Centre, hah .. ambik ko ..kena buat mammogram dan ultra-sound sekali ...maklumlah  umur pun dah masuk 40 tahun pun. So  i need to skip the  task utk ke Kota Bahru sbb medical check up tu took 2 days. And what is the result ....????  ada 2 cyst kat b***t, anyway  still manageable .. just need to do repeated check up...which i think i'm going to do it in  Hospital Tunku Mizan.

Feel so lucky and relieved because i still can enjoy the coming holidays in Kuala Terengganu. Yeah ...because  my husband work in Kuala Terengganu and during my leave, my family and i will be in Kuala Terengganu while my husband working. Consider fairlah sbb bila sorang kerja, sorang cuti kan ..and the kids still  can be together with us.

Well, we have a good time  in kuala terengganu, staying at rumah persinggahan saujana for a week, having nasi dagang and laksma for breakfast, sotong celup tepung for tea, nasi kukus sempoi alias for lunch and  ikan nam prik pau for dinner. And i think i have putting on weight lah ..lantaklah as long as happy ...bersyukur kerana  Allah masih sayangkan saya (aku rasalah!!!).

Ain was playing kite at  Batu Rakit, nice place sungguh if i could have a house there .. oh yeah ..

We also manage to rent a house in Gong Badak. Husband saya was looking for a house, la ni dia dok dengan kawan-kawan, and knowing him, he is quite fussy abt  all things lah .... and it is very uncomfortable for me kalau ke Kuala Terengganu kalau dalam rumah ada outsiderkan ... so i think this house is just nice, the rental is RM480, giving the landlord 2 + 1, consider luckylah landlord dapat tenant macam  kitaorang ni ..hehehhe masuk bakul dalam lift lah.

ok cerita lain kali pulak .. nak sambung kerja sikit ... idea dah datang.