Tuesday, June 22, 2010

Tukar Frame dan apa yang ada dalam kepala la ni

Nampaknya ada design window baru untuk  blog ... sajer je tukar nak menceriakan suasana. Kepala sebenarnya tengah ...bengong sikit sbb  banyak sangat perkara yang nak diselesaikan .... nak tahu apa dalam kepala sekarang ni... tapi  isi ni tak ikut priority ... ikut dang mana timbul dulu kat kepala.

1.  aku nak habiskan jugak pengajian KFORCE aku tu tahun ni ..tu yang dok kelam kabut menyiapkan paper latihan industri dan project paper .. kena submit early August ni.

2. macamana nak settlekan masalah elektrik yang overload kat rumah. Belanja  pasang 3 phase dekat RM4K .. manalaha nak cari duit ni... perlu ke buat  cepat.

3. nak ambil gambar belakang rumah sbb buat extension dulu .. nak kena hantar borang kepada MBSA utk dapatkan balik deposit.

4. nak siapkan rumah Ijah kat Palmspring tu ... dah lama sangat .. yang jadi masalah besar kat sini sbb  rumah atas ... dua-dua bilik air dia lantainya bocor, dan  paip dapur atas pun bocor, engkorang ingat ..owner atas tu nak repair ke lantai  bilik air dia tu sbb dia tak ada pun rasa masalah ni. Kesian jugak kat Ijah  sbb makin bertambah belanja repair rumah dia, tapi kalau tak buat .. masalah akan jadi lebih besar lagi dan bila dah ada orang menyewa lagi susah  nak  buat kerja-kerja repair ni.

5. Nak cat ruang family hall dan masterbed room rumah aku. Kenapa plak .... warna dah tak lawa .. jealous tengok rumah orang lain lawa ... tapi tak laratlah buat sendiri .. sekarang ni dah terasa .. aku dah tak boleh buat kerja-kerja yang menggunakan tenaga banyak sangat.. penat gilo jadinya. Nantilah nak minta Mat Som yg sedang repair rumah Ijah buat selepas dia settle rumah Ijah tu..sebab bilik air atas  rumah kami ni pun bocor gak ... so rasa elok tukar tiles bilik air atas dan bawah serta tukar tandas bawah dari tandas cangkung kepada tandas duduk..walaupun bibik tak minat tandas duduk ... biarkanlah  tandas duduk lagi bersih.

6. Husband nak masuk rumah sewa baru kat Gong Badak, harap semuanya ok ..so sekarang bolehlah  kami sekeluarga  bila ke kuala Terengganu terus lepak  kat rumah tu tak ada lagi nak  duduk homestay jer ... yelah duduk homestay kena keluar RM150 sehari .. duduk seminggu mahu bengkrap sekejap.

7. Lega dah habis bayar  second parking Mutiara Anggerik, tahun depan  start bayaran bulanan next year bila dapat kunci .. oh yeah .... bertambah lagi perbelanjaan bulanan tapi pendapatan bulanan tak  berubah .. macam tu lah jugak.

8. Macamana yek! nak buat  blog ni cantik macam orang lain ... seronok tengok blog - blog orang lain cantik macam blog  Chibi Maruko, Mat Gebu, Lemongrass, Mamafami, Yus, Hanieliza, Makcik Manis dan banyak lagi. Jealous gak tengok cantik design diaorang, gambar yang diaorang letak .. kamera apa agaknya yang dipakai ... aku ni pun dah beli gak  kamera baru 12 megapixels tapi model lama .. yelah sbb jenis kedokuut pasal  benda-benda ni ... anyway suatu hari nanti akan kurembat camera Canon yang model EOS tu ..tapikan memang salute kat diaorang ni semua ....tak pe..tak pe...  berusaha..berusaha...jangan putus asa suatu hari dapat nyer.

Franklylah kekadang tu aku boring jugak dengan kerja yang aku buat ni ...  consider macam project managerlah .... jaga, develop  system dan apa sajer yang perlu. Kenapa boring? ....sebab banyak  kerja nak kena buat .... dan kena buat cepat... kena perah kepala otak ... tetapi kekadang tu aku minat gak dengan apa yang aku buat ... entahlah  tengah tension kot ..tetapi  plan aku mungkin  aku nak berada dalam tim projek ini hingga tahun 2012 jer kort sbb aku  plan nak bersara lah pada tahun 2013.

Kenapa plak nak bersara ...? yelah  tahun 2013 umur pun dah 43 tahun, aku rasa nak  banyak menghabiskan masa bersama keluarga, Ain umur 13 tahun dan Ikmal  6 tahun ... Apa yang aku nak buat bila pencen nanti ?
1. aku nak enjoy life jer .. nak buat business sendiri tapi tak tahu business apa,

2. nak hantar anak pergi sekolah, tuisyen dan segala-galanya,

3. nak  melawa ..hahahaha (tolong jangan gelak sakan yer!!) ..selama ni dok pakai unifor jer bila pergi kerja, kena bersanggul... jadi nak lah rasa  pakai blouse, kemeja, office wear dan lepaskan rambut.. color rambut sikit-sikit... hehehe..Frankly kekadang tu aku boring jugak bila civilian nampak  aku di dalam uniform ... rasa macam diaorg ni pandang rendah kat askar .. kenapa begitu pun aku tak faham..what i can say is ... yelah  bila seekor lembu membawa lumpur semua terpalit.. kekadang tu kami ni jugak yang tak menjadi imej dia .. tidak berbangga dengan proffesion  sendiri dan tidak mengenakan uniform dengan kemas...

oklah nak stop dulu ... nak sambung write paper plak .. idea tiba-tiba datang.

No comments: