Hari ini 26 jun, selepas hantar husband ke KLIA, aku dgn ekor kesayangan Ain pergi ke rumah Makcik Manis. Dia ajak temankan dia pergi melihat kondo-kondo di Mon't Kiara sbb dia nak beli ... huiiish memang kecik tapak tangan, nyiru ditadahkan ... aku ni memang dah lama nak tengok kondo-kondo kat situ ..yelah Melayu ni tengok kawasannya amat mengagumkan...
So pergilah aku dengan Ain jam 0845 dah sampai kat rumah orang ..tak pernah pulak aku buat macam tu ..hehehe ..pagi-pagi dah ada kat rumah orang. so sekarang aku dah tahu dah, luas-luas kondo kat situ ...memang selesa sangat ... kondo yang aku tahu besar antara 850 kps hingga 1300 kps ...tak pernah plak masuk yang 2000 kps sampai 3000 kps ... kena pulak yang duplex ... fuuuyooo memang satu pengalaman yang bagus aku rasa untuk diri akulah. Terima kasih Lynn kerana mengajak gi tengok rumah-rumah tu .. laaa ni bersemangatlah aku nak mengemaskan rumah bagi cantik lagi.
husband aku pun dah pergi ambil kunci rumah yang kami sewakan kat Gong Badak, Kuala Terengganu... aku harap dia berpuashati dengan rumah yang aku pilih tu ...nanti bila dia sampai rumah nak tanya apa komen dia plak.
Salah satu perangai pelik aku dan juga perangai tu berjangkit dengan Ain ialah .. kita orang ni suka tengok rumah contoh ....entah kenapa ... aku cukup suka tengok rumah contoh dan tengok idea-idea menghias rumah ...tapi rumah aku tetap macam tu jugaklah ....hehehe bersepah-sepah dengan cat kat dinding kena cungkil dengan ikmal ...Langsir kat living hall labuh nak mencecah lantai sikit punya banyak. KEnapa aku buat macam tu sbb aku nak gantung langsir tu tinggi sikit tapi tak tebuk-tebuk lagi tempat nak letak palang langsir. Hopefully husband balik ni dia buatkan.
Aku bab tukar -tukar lampu .. no hal boleh buat sendiri tetapi pasal nak drill dinding ..x lehlah ..nanti ada senget benget plak kang. Biar husband yang buatlah. mmm esok Indra dan Hamzah datang nak betulkan aircond bilik Ain .. harap lepas ni si Ain dan ikmal tidur kat bilik diaoranglah.
1 comment:
Hahaha..makcikkkkkkkk..terima kasihlah datang menghabiskan masa dengan i.Lama tak jengok blog kengkawan..asyik layan FB jek.Inshaallah erk..kalau nak ikut lagi boleh sabtu depan ni ke..kot si Lau arrangekan..Mike ckp boleh gak nak tgk rumah yang Lau cakap tu tak rugi apapun..tapi Kiaraville tu..rasa mcm best jek..nak suruh Lau pilih a fewlah..
Silap2 nnti Ain jadi architect ke..ok gak kan ain..;)
Post a Comment