Salam,
Sekarang tengah waktu sembahyang jumaat, kat ofis ni sunyi kejap, diaorang pergi ke sembahyang. Yang perempuan balik rumah. Yelah ..diaorang semua duduk kuarters..so rumah tu dekat jer ..jalan kaki pun sampai .. macam makcik ni duduk Shah Alam ...manyak jauh ( Makcik Manis ... kota damansara dan shah alam tu memang tak jauh tapi diapunya jem tu ada beribu-ribu lemon, mem besar ni tak sanggup nak redah.... hehehe.. nanti yek..tunggu masa yang sesuai)
Kenapa makcik tak duduk kuarters, tak payahlah nak sibuk meredah NKVE dan DUKE tu setiap hari kan ...? Entahlah, makcik rasa tak syok nak duduk kuarters ...sbb makcik ni jenis, balik rumah terus masuk rumah dan tidur...tak pandai nak berkawan ..lagipun dah dekat 20 tahun kerja ni tak pernah plak duduk kuarters, hanya pernah duduk Wisma Perwira jer ....Tapi kalau kena tarik elaun rumah, elaun cola dan elaun perjalanan ..terpaksalah makcik masuk kuarters jugak dengan tanpa relanya .. yalah ...campur semua-semua tu mau dekat -dekat RM1000 tu... nak mati .. dah lah duit tol satu hari RM10.60.
Tapi semuanya ada pros and cons kan ...
Sekarang ni makcik tengah mencari semangat untuk meneruskan pengajian makcik ... kenapalah bila dah masuk semester akhir ni hanya tinggal projek paper dan latihan industri makcik malas ... bukan sebarang malas .. malas nak mampus!!! tak tahu nak kata macamana lagi... tapi aim!! tahun ni habiskan degree ni ..tahun depan ambik master plak ..cheewah ....
impian makcik umur 40 thn ada master tapi sekarang umur makcik 41 tahun, degree pun tak habis-habis lagi. Impian makcik umur 50 tahun nak pakai tudung (jangan gelak...itu impian tapi mana tahukan makcik pakai tudung awal lagi).
Kekadang tu sebenarnya makcik nak berpakaian bergaya ... alaaa pakai pakai ala gi ofis tu .. kemeja dengan slack, rambut panjang paras bahu atau atas sikit dari dada... tapi tak bolehlah sebab gi kerja pakai uniform ....hari-hari beruniform. Dan kalau nak tahu cerita makcik ni dari sekolah rendah, menengah, dekat Uitm ..rumah sukan rumah hijau, bila kerja kena pakai uniform hijau, lepas tu plak bila beli kain baju kurung asyik hijau jer cantik ... makcik dah mula menggaru kepala ni ... hijau hijau hijau..........mmmmmmm nak cuba contact lense warna hijau la plak ..
Makcik tak nampak makcik akan stay lama dalam service ni ..bukannya makcik tak minat tetapi kekadang tu terasa jugak cabaran-cabaran lain .. manalah makcik dapat bertanding dengan keluaran-keluaran UPNM atau ATMA tu... makcik ni bukannya ada apa ...tapi jangan cepat mengalahkan ... makcik akan cari semangat kat mana-mana yang ada jual untuk makcik menjadikan diri makcik ini lebih bersemangat.
Makcik mungkin tak stay lama dalam service ni sbb makcik nak enjoy life sebelum makcik mengaku diri makcik tu dan perlu beri perhatian pada perkara akhirat jer.
ok... stop kat sini ..nak tengok-tengok projek jap.
2 comments:
Hahahaha..lawaklah makcik ni..;)
teruknya anak mu ni
Post a Comment