Sunday, February 13, 2011

Pengalaman Bulan Februari

Hari Khamis lepas (10 Feb) buat presentation tentang EMESYS kepada KK. Alhamdulillah ... dia arahkan staf dia keluarkan arahan penggunaan EMESYS berkuatkuasa 1 Mac 2011. Seronoknya rasa tak tahu nak katalah..Memang betul develop sistem ni dah satu hal, nak suruh users guna lagi satu hal ttp apa-apa makcik harap semua berjalan lancar.
Hari Jumaat meeting wanita, banyaknyer cerita. harap-harap uniform kerja tak tukar lagi .. tak sanggup betul aku. Rasanya uniform untuk kawad jer yang perlu difikirkan.. entahlah ttp siapalah aku  nak komplenkan kerana aku ni menurut arahan jer.

Hari Jumaat makan malam kat Tanjung Lumpur, Kuantan..dekat Mail Ikan Bakar .... ikan bakar dan sotong celup tepung dia memang best! Balik ke Kuantan sebab nak uruskan pasal rumah yang nak dijual. Makcik  beli rumah di Kuantan masa makcik bujang tapi bila dah tua ni, dah ada anak ni.. makcik prefer tinggal kat Shah Alam.. tak pernah sangka akan tinggal di Shah Alam. Masa makcik belajar kat sini dulu tahun 1989 - 1991 rasanya  makcik  ni hanya mampu beli flat yang kat seksyen 8 tu tapi alhamdulillahlah ..walaupun hanya duduk rumah teres intermediate jer tapi  makcik bersyukur kerana hidup dalam keadaan selesa juga..(walaupun kekadang tu pening kapla jugak).

Hari Sabtu, si Ikmal jatuh kat bilik air, kepala dia berdarah, bawak ke Kuantan Medical Centre... mmm kena 3 jahitan kat kepala dia ...charge kena rm195.00 tak apalah asalkan anak ok.

Makan kat Mail Ikan Bakar lagi ...sebab esok nak balik Shah Alam....insyaallah nanti balik kuantan .. akan ke Mail Ikan Bakar kat Tanjung Lumpur tu untuk makan laksa kuah lemak, sotong celup  tepung dan ikan aji-aji bakar serta air kelapa. lain-lain tak minat.

Kalau nak makan nam prik phau, makcik akan pergi ke Sri Budi kat Gong Badak, Kuala Terengganu ... memang sedap. Ikan celup tepung dgn sotong celup tepung kat Batu Rakit. Keropok lekor kat Bukit Tok Beng. Nasi Dagang kat Warung Aina 2 kat Tok Jembal.

oklah ... nak buat kerja lain plak.

Makcik Manis .. nanti I contact u yer .....

1 comment:

Wangi74 said...

Mak aiii..ikmal alah siannya..sakittu.Oklah memuda orang tu dah beli rumah tak kiralah flat ke apa..makcik yg sorang ni rumah setinggan pun lum tentu masa tu...

Worite..calling2lah..nak jumpa kejap nak minum kopi..mcmlah jauh sgt shah alam kota damansara tu..