Thursday, March 17, 2011

Menahan nafsu ......

Makcik baru balik dari kedai..pergi beli  gas, gas masak dah habis. Inilah keadaannya bila  week-end jer husband baru ada ... tak kan nak tunggu dia balik ..baru nak beli gas. Nasib baik sempat buat nasi goreng dan ayam goreng .... untuk makan tengahari dan makan malam anak-anak makcik. Masa kat kedai tu jengok-jengok gak majalah baru .. makcik ni setiap bulan ada beli majalah impiana dan anjung seri, bila  majalah apartment dan dapur keluar ...pun dok sebok  gak ... tapi hehehe rumah macam tu gak ..... tak ada pun nampak perubahan yang menarik macam dalam majalah tu ... mmm nak  bagi nampak menarik kena keluarkan duit kan tapi  better makcik  gunakan duit untuk benda lain...

Sekarang ni makcik tengah tunggu apartment  yang kami beli dapat kunci ...oh yeah ... bulan April ni ....lepas tu garu kepala gak ...sbb nak  hiaskan apartment tu ... mula-mula tu ingat  nak tinggal kat situ tapi tak jadi bila memikirkan  masalah pengangkutan untuk Ain ke sekolah .... so far sekarang ni senang sangat  sekolah depan mata jer.... jalan kaki jer pergi sekolah. Diskus dengan husband, rasanya nanti nak bagi sewa fully furnish jelah ada income sikit ...tapi sebelum tu nak jugak jadikan apartment tu sebagai rumah persinggahan sekejap....macamana ok tak..

ok makcik mulai sekarang  tak mahu lagi beli majalah-majalah, husband pun setuju ..dia lebih galakkan makcik beli buku jer ....ok ..azam pertengahan tahun .. hehehe..makcik pun dah tak tahu apa  nak buat dengan majalah-majalah lama tu .. nak  jual ..sayang plak rasanya ... aduhai ... ----> ini adalah salah satu lagi menahan nafsu.

satu lagi menahan nafsu, masa kat Singapore tu ada digital weighing scale, alamak berat makcik  68 kg ..aduhai tak boleh jadi ni ... lebih 10 kg daripada berat masa  bujang. tak boleh jadi, tak boleh jadi ... makcik kena turunkan berat badan .... mmm makcik nak ikut stail makcik Manis ..pergi jogging ..masa jumpa dia kat Acapella tu ..alamak cantiknya body dia, well tone, padat jer .. heheheh tak apa ..nanti  makcik buat yer ...Pasal masalah menahan nafsu tu adalah nasi lemak... memang favourite makcik ...tak akan menolak kalau dipelawa .. mmm ini adalah salah satu lagi nafsu yang  perlu dikawal atau ditahan.

mmmm satu lagi makcik tengah menahan nafsu daripada membuat perkara-perkara berikut ... tp rasanya kalau okkan tak masalah  utk makcik buatkan ...atau belikan

  1. beli digital weighing scale ..sbb nak timbang  berat badan ..tengah nak target supaya dalam masa 6 bulan ni dapat kurangkan 10 kg.
  2. nak laser mata .. alahai malas dah rasanya dok pakai spek mata jer .. lagipun  rabun tua  dah mula menampakkan diri.
  3. nak  ambik facial dgn spa package .. ok tak ....
  4. nak beli Ipad ... oh yeah ....sebab galaxy tab tu ada sikit poyo bercakap sorang-sorang.
  5. nak beli beg coach sbb bila dah ada ipad ni tak muat nak masuk dalam  handbag yang ada sekarang.
ok nak stop dulu ....nak tengok tv dgn budak-budak tu.

Wednesday, March 16, 2011

Hari yang mengecewakan

Hari ini makcik baru balik dari Singapore ....ada convention on Army Modernisation Asia kat Amara Sanctuary Resort. Check  blog ada komen-komen dari makcik Manis dan anon. Si hamba Allah anon kata anak makcik teruk .... ha ha ha ..tak kisahlah kalau orang kata anak makcik teruk sbb  makcik tak akan sekali-kali biarkan anak  makcik tu  menjadi lagi teruk. Makcik  tak kisah ... sbb   dia masih budak-budak ..boleh dibentuk tapi hamba Allah anon tu tak boleh dibentuk dah  ....kan..kan ..kan.

ooo ok cerita pasal  convention tu ... memang bagus ..sbb mengexposekan  makcik kepada teknologi terkini ketenteraan tetapi bila  difikirkan balik .... apa yang diterangkan itu sebenarnya kita dah lama lakukan  masa perang insurgensi melawan komunis .... cuma pada masa itu mana ada  camera, wireless network, laser, infra red or what so ever.

Pada makcik, teknologi peperangan itu dibuat untuk membantu  tentera US di Irag dan Afghanistan  kerana  peperangan di sana lebih kepada small unit operations (SUO) dan operation build up area(OBUA). Tetapi  mungkin keadaan hutan dan cuaca di tempat kita berbeza. Cuma yang menarik bagi makcik adalah  penggunaan bateri solar kerana ini  memang banyak membantu kerana ia ringan dan mudah... tak perlu lagi membawa 'anak gajah'.

Dulu masa makcik kursus kat PULADA, makcik cuba bawa  alat communication semboyan ni ..aduhai tak boleh nak diangkat oleh makcik ....Sori yer .... kalau makcik tak boleh angkat .... dan memang tak terangkat ... orang lain sama jugak. Alat radio ni dibawa oleh  pegawai komando dan  pegawai gaji tapi  yang duduk unit para ...hish ..diaorang ni memang giler ...tapi bagus sbb tak kedekut ilmu ...

ok ..apa plak  hari yang mengecewakan ni ... mmm makcik  kecewa sbb setiap kali  bila makcik mula menghormati seseorang ..akan terjadi peristiwa yang menyebabkan  perkara sebaliknya berlaku. Namun begitu  makcik tak mahu jadikan ia sebagai  suatu perkara yang menghalang makcik untuk maju. memang betul banyak perkara makcik nak lakukan ... makcik akan lakukan kerana makcik tak mahu jadi terkilan kerana  tidak melakukan  apa yang makcik idamkan. Tak apa kalau kena buat sorang-sorang  pun no hal ..yang penting  makcik puas hati dengan apa makcik lakukan dan keluarga makcik menyokong apa yang makcik buat.

Apa projek  makcik ....mmmm tak mau bagi tahu sekarang  tunggu dia jadi  dulu.... ok ..makcik nak pergi dulu malas nak melayan perasaan kecewa dan rasa ditipu ... hehehe ..jumpa lagi.

Friday, March 4, 2011

He He He ... Jangan gelak tau....

Makcik  tak tahu apa kena dengan makcik ... punya malas nak pergi buat bayaran yang memang kena bayar tiap-tiap bulan kat bank.Entah lah ...selalunya masa husband  balik during weekend, kitaorang akan ke cash deposit machine atau bank utk membuat pembayaran apa yang patut. Husband akan jadi driver, makcik akan buat semua urusan yg patut.

Lepas tu makcik rasa fedup sangat ... orang lain kata kenapa tak buat online. Cheh!!! tak boleh jadi ni ...Jadi tanpa berfikir lagi makcik turun ke  Bank Affin ..terus mintak nak buat online banking. Selepas 24 jam, makcik cuba buat pembayaran ...tak berjaya ...salah cara. Hari ini bila balik kerja ..makcik cuba lagi ... oyeah!! berjaya ... makcik buat pembayaran untuk TNB dan SYABAS.. mmmm nanti nak cuba buat bayaran yang lain-lain pulak...

Apara aku ni nama je kerja bidang IT tapi  tak pernah buat online banking ....memalukan sungguh ... ok makcik berazam ..bermula daripada bulan Mac ini makcik akan  lebih banyak buat urusan banking secara online.

Makcik berazam nak habiskan  jugak degree makcik tahun ni jugak.
Makcik berazam nak buat master tahun depan.

Ok dah lah tu .. makcik nak tolong husband makcik masak jap ..... dia masak .... makcik surfing internet .. semua kat dapur ... macamana ok tak?

Wednesday, March 2, 2011

Kehidupan atau Suratan

Pagi ini pergi kerja makcik kena bergegas sikit sebab ada sikit hujan nanti jem kat  NKVE dgn DUKE tu. Kena horn kereta nak suruh si kakak Ain ni cepat. Masuk kereta dia cakap .. nak minum air pun tak sempat ...aduhai anak aku ni ..terus lah kena prong prang prong prang dengan aku. Sebenarnya makcik ni tak suka kehidupan di mana pagi-pagi nak kena kelam kabut, makcik tak suka pagi-pagi sudah ada gaduh-gaduh ..tapi hari ini  si Ain kena prong prang prong prang sbb dia  take her own sweet time nak pakai baju sekolah ...

Kereta banyak betul kat NKVE ... dekat DUKE  ada kemalangan kat simpang antara Wangsamaju dengan Ampang tu. Teksi langgar  motor ... nyesal plak tak berhenti .. kalau tidak bolehlah makcik tolong hantarkan ke Hospital Tengku Mizan tu.

Masa pakai baju ... si Abby Abadi ada baca Harian Metro pasal mak jual anak. Makcik ni tak suka Harian Metro ni. Tak suka beli sebab rasa cerita dia banyak menjurus kepada benda-bendah tahyul dan seks. Tapi kalau kat ofis  ada orang beli Harian Metro atau makcik terjumpa Harian metro yang dah basi ... makcik akan baca. Sebenarnya  bila baca Harian Metro ni .. kita akan nampak masalah sosial yang banyak berlaku di kalangan orang Melayu kita ni ..tu yang makcik sedih sangat. Makcik kekadang dok fikir gak .. adakah kita ni take this life  or opportunity  to live  for granted jer.

Satu lagi makcik nak cerita  pasal ipad tapi  karang lah .... nak gi JRP jap..tengok sistem PEMA.

Tuesday, March 1, 2011

Hari Tentera Darat

Semalam hari Tentera Darat. Pada makcik, tahun ni  sambutan Hari TD amatlah meriah .... ttp makcik tak terlibat... jangan tanya kenapa .... tapi makcik seronok tengok ... selama makcik dalam servis ni memang ada peralatan yang makcik tak tahu apa kebenda namanya ..dan pada masa itulah  baru makcik tahu. Jangan kata makcik tak ambil tahu ....kekadang  tu memang tak tahu apa kebenda benda alah tu .. pernah dengar  namanya tapi tak pernah kenal apa kebende benda tu ... anyway  bagi makcik  benda macam tu tak penting .. tapi yang lebih penting ni adalah secrecy .... kerahsiaan .... sekarang ni dengan ada  facebook, forum dan blog macam yang makcik buat ni ..... makcik masih tertanya-tanya pada diri makcik ni tentang tahap kerahsiaan  yang sepatutnya ...  kekadang tu bila makcik berlayar di  lautan internet ni  makcik jumpa macam-macam yang kekadang tu makcik  mempertikaikan  tahap kerahsiaannya yang sepatutnya ....adakah  benda itu rahsia atau boleh  dihebahkan ...aku pun tak faham sebab aku ni bukannya orang pandai ... aku ni orang yang jenis memerhati jer... kekadang tu kalau yang membocorkan tu adalah orang awam yang bekerja di Kementerian Pertahanan macamana plak yer ...

Memang ada staf makcik yang  letak gambar dia pakai uniform dan berada di pejabat di dalam facebook. Makcik tegur dia dan  ada bertanya "saya ada add Puan ke?" ...Aku cakap kat dia ...." Hang tak ada add aku tapi aku nampak." Makcik suruh dia keluarkan sbb  tak bagus kerana
 1. Rancangan Israel untuk serang Palestin dibatalkan kerana salah seorang anggotanya pecahkan rahsia di facebook.
 2. Pemberontakan yang berlaku di negara-negara Arab tu pun adalah kerana facebook.
 3. Orang nak bunuh diri pun  ...bagi tau dulu kat facebook.
4. Rumahtangga  yang runtuh pun sebab kerana facebook.

Bila  dunia ni dah tak ada sempadan .. macam-macam boleh berlaku yek.

p/s : makcik tengok kawan-kawan sekolah rendah makcik kat dalam facebook ... hehehehe barulah makcik tahu makcik ni dah tua yek.
Makcik tengok kawan-kawan makcik yang belajar di Sains Raub du ... aduhai .. timbul jugak kesalan kerana ikutkan hati ..tak belajar sungguh-sungguh tapikan  biar lambat ....asalkan dapat apa yang nak tu ...

Aduhai anak-anakku

Dah sampai rumah, tengok si Ikmal  tergolek-golek kat porch  ...aduhai ...seronoknya dia ..... bila  peluk bau ada sikit lagi mau jadi macam ayam ...biarkanlah  .... bagi dia puas bermain ... alaaa mak dia  masa kecik-kecik dulu lagi seronok main .... main pondok, main getah gelang, main buah getah, main pasir .. kalau tanya dengan makcik Manis tu rasanya mahu semua jenis mainan  dia main kot .... paling best main atas pokok ceri, sambil duduk atas pokok..melepak dan makan buah ceri .. zaman sekarang mana ada orang kenal itu semua.

Makcik pun pandai  buat pondok sendiri .... sekarang ni nak lepas anak  keluar main sendiri-sendiri ... aduhai tak mahu aku.. nanti menyesal tak sudah ... tapi apa-apa pun suatu hari nanti ingat nak  ajak si Ain dan Ikmal ni tidur dalam khemah lah .... tak dapat buat kat tepi pantai ..buat kat lama rumah pun ok ...mmm nampak gaya pangkin yang ada kat  laman depan rumah makcik nak  kena jadikan benda lain lah plak.

Tadi makan malam, makan nasi goreng, si kakak Ain yang masakan... aduhai anak aku dah pandai masak ..sedap pulak tu ... mak ni bukan apa risau jugak bila  dah pandai masak ni mak takut  nanti  kakak badan montel... sekarang ni pun dah montel dan makcik tengah berusaha nak kuruskan badan dia.

oklah  ..tak merepek banyak-banyak ..... si kakak tu tengah  duduk membising mencari  tali pinggang tae kwan do dia .... hari Sabtu ni dia nak ikut balik kelas tae kwan do dia. Si adik Ikmal tu biasalah  baru lepas me'ngemas' bilik  bacaan .... aduhai anak-anak aku ni....