Wednesday, March 16, 2011

Hari yang mengecewakan

Hari ini makcik baru balik dari Singapore ....ada convention on Army Modernisation Asia kat Amara Sanctuary Resort. Check  blog ada komen-komen dari makcik Manis dan anon. Si hamba Allah anon kata anak makcik teruk .... ha ha ha ..tak kisahlah kalau orang kata anak makcik teruk sbb  makcik tak akan sekali-kali biarkan anak  makcik tu  menjadi lagi teruk. Makcik  tak kisah ... sbb   dia masih budak-budak ..boleh dibentuk tapi hamba Allah anon tu tak boleh dibentuk dah  ....kan..kan ..kan.

ooo ok cerita pasal  convention tu ... memang bagus ..sbb mengexposekan  makcik kepada teknologi terkini ketenteraan tetapi bila  difikirkan balik .... apa yang diterangkan itu sebenarnya kita dah lama lakukan  masa perang insurgensi melawan komunis .... cuma pada masa itu mana ada  camera, wireless network, laser, infra red or what so ever.

Pada makcik, teknologi peperangan itu dibuat untuk membantu  tentera US di Irag dan Afghanistan  kerana  peperangan di sana lebih kepada small unit operations (SUO) dan operation build up area(OBUA). Tetapi  mungkin keadaan hutan dan cuaca di tempat kita berbeza. Cuma yang menarik bagi makcik adalah  penggunaan bateri solar kerana ini  memang banyak membantu kerana ia ringan dan mudah... tak perlu lagi membawa 'anak gajah'.

Dulu masa makcik kursus kat PULADA, makcik cuba bawa  alat communication semboyan ni ..aduhai tak boleh nak diangkat oleh makcik ....Sori yer .... kalau makcik tak boleh angkat .... dan memang tak terangkat ... orang lain sama jugak. Alat radio ni dibawa oleh  pegawai komando dan  pegawai gaji tapi  yang duduk unit para ...hish ..diaorang ni memang giler ...tapi bagus sbb tak kedekut ilmu ...

ok ..apa plak  hari yang mengecewakan ni ... mmm makcik  kecewa sbb setiap kali  bila makcik mula menghormati seseorang ..akan terjadi peristiwa yang menyebabkan  perkara sebaliknya berlaku. Namun begitu  makcik tak mahu jadikan ia sebagai  suatu perkara yang menghalang makcik untuk maju. memang betul banyak perkara makcik nak lakukan ... makcik akan lakukan kerana makcik tak mahu jadi terkilan kerana  tidak melakukan  apa yang makcik idamkan. Tak apa kalau kena buat sorang-sorang  pun no hal ..yang penting  makcik puas hati dengan apa makcik lakukan dan keluarga makcik menyokong apa yang makcik buat.

Apa projek  makcik ....mmmm tak mau bagi tahu sekarang  tunggu dia jadi  dulu.... ok ..makcik nak pergi dulu malas nak melayan perasaan kecewa dan rasa ditipu ... hehehe ..jumpa lagi.

No comments: