Makcik tak tahu apa kena dengan makcik ... punya malas nak pergi buat bayaran yang memang kena bayar tiap-tiap bulan kat bank.Entah lah ...selalunya masa husband balik during weekend, kitaorang akan ke cash deposit machine atau bank utk membuat pembayaran apa yang patut. Husband akan jadi driver, makcik akan buat semua urusan yg patut.
Lepas tu makcik rasa fedup sangat ... orang lain kata kenapa tak buat online. Cheh!!! tak boleh jadi ni ...Jadi tanpa berfikir lagi makcik turun ke Bank Affin ..terus mintak nak buat online banking. Selepas 24 jam, makcik cuba buat pembayaran ...tak berjaya ...salah cara. Hari ini bila balik kerja ..makcik cuba lagi ... oyeah!! berjaya ... makcik buat pembayaran untuk TNB dan SYABAS.. mmmm nanti nak cuba buat bayaran yang lain-lain pulak...
Apara aku ni nama je kerja bidang IT tapi tak pernah buat online banking ....memalukan sungguh ... ok makcik berazam ..bermula daripada bulan Mac ini makcik akan lebih banyak buat urusan banking secara online.
Makcik berazam nak habiskan jugak degree makcik tahun ni jugak.
Makcik berazam nak buat master tahun depan.
Ok dah lah tu .. makcik nak tolong husband makcik masak jap ..... dia masak .... makcik surfing internet .. semua kat dapur ... macamana ok tak?
1 comment:
Ok sesgt..mike segala benda buat online..
Post a Comment