Hari ini tajuk best sikit .. bengong!!! Apa tu bengong .... ikut apa yang anda boleh faham pasal bengong... ada orang kata bersamaan dengan bengang, bangang, bodoh ... terpulang kepada kefahaman masing-masing.
Kenapa makcik kata bengong, bengong sebab memerhatikan cara-cara orang kat Malaysia ni memandu kereta, diaorg ni kalau memandu kereta suka betullah buat macam merendahkan orang lain kata orang lain bengong, tak pandai memandu kereta .. terkemut-kemut. Memanglah ada yang terkemut-kemut duduk kat lane kanan atau tengah, tapi golongan ni kurang sikit daripada golongan yang bengong .. memandu melulu, dok flash-flash lampu suruh kita ketepi ..bagi dia jalan, yang dok buat criss cross ikut suka dia .. tak faham makcik ni ..tak kira lelaki atau perempuan, dua kali lima jer.. betullah salah satu tanda akhir zaman apabila orang dah mula riak.
makcik ni sekarang dah rasa macam takut untuk memandu .. kerana perkara-perkara macam tu .. apa yang makcik takut .. takut sebab makcik tak suka makcik menjadi penyebab anak orang, adik orang, abang kakak orang, saudara mara orang ataupun makcik sendiri tiada di dunia ..sebab dia punya kesannya sampai bila-bila x akan hilang.
macam ada sorang tu ..tak keluar simpang lagi pun, kereta dia kena langgar dengan motor dan penunggang tu mati on the spot .. punyalah trauma dia ..tak tahu nak kata.
makcik pun pernah kena kat NKVE, ada sorang minah tu bawak laju dan rapat belakang makcik, makcik pun dah risau dah sbb bahaya, kemudian kena brek emergency, makcik lega sebab tak langgar kereta depan tetapi tak semena-mena, kereta belakang dah hempuk kereta makcik, ambik ko depan belakang kereta makcik kemek, Tak boleh nak kata apa .. nak lempang pun anak orang .. kalau kaum kerabat sendiri mahu kena sepak terajang dengan makcik. Dengar cerita kereta makcik kena repair dengan kos RM20k, terbang duit makcik rm6k sbb kereta yang makcik bawa tu kereta orang hehehehe.
Tak lama lepas tu, makcik memang terjumpa sekali lagi minah ni kat NKVE, memang tak berubah cara dia bawak kereta, mmm lantak engkaulah ... kalau xcident hang mati tak apa, tapi melibatkan orang lain ... lu fikirlah sendiri...
Pernah dulu masa study, ada student tu cakap "Kak Long ni bawak kereta paling slow dalam banyak-banyak orang yang saya kenal". Lantak engkaulah asalkan aku sentiasa beringat ... nak laju pun kena bertempat, kena tengok gak kereta apa yang kita bawak, siapa yang kita bawak, apa benda yang berlaku di luar semasa dalam perjalanan, siapa yang bawa kenderaan di belakang.
Ok ..dah stop membebel jap.... nak ke Cawangan Logistik ada presentation pasal sistem yang tim makcik develop ni.
ppsst : kenapa bermakcik plak sekarang .. ? umur sudah 40 tahun, so makcik fikir makcik nak beransur masuk ke zaman majalah MIDI .. hehehehhe.
1 comment:
La..bila ni..kesian you.Phobia tak..patutlah bagi arahan semacam jek bila orang bawak keter..heheheheh..
Post a Comment