Thursday, August 19, 2010

Sakit Kepala jap

Sekarang ni ada kat ofis, nak siapkan presentation utk  26/8 ni, nak kena bagitau progress projek. Aku sekarang ni gok bengang dengan staff-staff aku, tidak menunjukkak 'keseriousness' di dalam menjalankan tugas. Kekadang tu aku malu sendiri ... malu dengan sikap bangsa aku sendiri, kerana itulah aku sentiasa berusaha  untuk mengubah diri menjadi lebih baik supaya setaraf dgn bangsa yang lagi 2.

Tulah, dulu masa kecik-kecik sibuk bercinta, study  malas hah sekarang padan muka ko. Anyway  kita kena terus berusaha selagi hayat dikandung badan. Jangan plak kata ... akak tak nak buat ibadat ke .. tak ingat mati ke... helloooo ingat jugak ..takut gak mati tidak sempat bertaubat.

Aku plan tahun depan jika dapat jual  rumah kat Kuantan tu .. aku nak  pergi  buat umrah sekeluarga dan duit yg lebih tu simpan untuk  jadikan modal buka kedai makan tahun 2012. Eh! kenapa nak buka kedai makan ....sebab masa kecik-kecik dulu mak akak ni  meniaga kuih dan kita ni biasalah menolong ...kuih yang dijual macam nasi lemak (sambal nasi lemak yg paling best s pernah makan... hehehhe), pulut panggang  ( sambal ikan tapi s lebih prefer sambal udang), kuih bakar ( balik sekolah, sebelah petang akulah yang tukang bakar kuih ni, selain daripada bakar kuih ni, kupas ikan bilis dan bawang merah), kuih gulung . (aku lah yang memasak dan mmenggulung) .. hahh semalam buka puasa akak masak kuih ni dan bagi kat jiran sikit) selain daripada itu ada juga kuih bingka ...so end up sekarang saya ni masak kuih ok ..masak  lauk ..hancur.

mmmm ingat nanti nak ceritalah zaman saya kecik-kecik kat sini supaya nanti anak-anak akak boleh  membaca pengalaman mak dia.

No comments: