Salam,
mungkin saya ni tak layak nak mengomen pasal orang kita tetapi disini ingin saya meluahkan perasaan saya tentang orang-orang kita ni. Saya ni sentiasa berusaha mengubah atau menambaihbaikkan diri saya dan anak-anak saya... sentiasa berusaha ...sentiasa ... walaupun kekadang tu terasa penat dan lelah ... dari segi fizikal dan mental.
Saya sekarang dalam usaha untuk mencari tenant bagi rumah sewa kawan masa kecik-kecik dulu. Dia telah ditipu oleh agen yang menguruskan rumah sewa tu ... agen tu melayu ..lepas dapat kunci tu rumah tu dibiarkan kosong selama tiga tahun ... maintenance fees pun dah dekat RM4 k.
Saya tolong kerana bagi saya, perlu untuk saya menolong kerana dia sekeluarga adalah dari keturunan orang yang baik-baik, mak saudara dia yang mengajar saya mengaji tanpa bayaran apa pun, saya menolong kerana banyak yang saya belajar mengenai kehidupan daripada mereka. Saya menolong kerana sajer suka nak tolong kerana saya boleh belajar serba sedikit pasal perangai manusia dan sewa beli rumah.
Hari itu ada agen yg bawa utk perkenalkan rumah tu, tunggu dari jam 1930 hinggalah 2130, sampai agent tu pun cakap 'tak pernah dalam hayat dia .. kena stood up macam ni... agen ni Cina. So jam 2130, datanglah minah melayu ni dengan husband africa dia .. mmmm nampak pun boleh tahu husband tu menumpang hidup dengan dia ...chatting a few minutes, agent tu cakap 'don't take'. saya pun cakap ... kalaulah dah janji masa pun tak ditepati ... macamana plak janji nak bayar sewa nanti .. tentu ada mengelak punya. Agen tu setuju .... malunya aku dengan agen tu .. kerana perangai melayu macam tu ... malunya aku.
Lepas itu ada pasangan india call kata nak tengok rumah tu, so aku kata oklah .. petang nanti....tak lama kemudian dia sms kata 'sorry tak jadi tengok petang ni sbb dia dah jumpa unit yg dia minat'. At least dia sms bagi tau.
Lepas tu adalah perempuan melayu ni call kata nak tengok rumah, aku kata oklah aku akan ada kat sana dalam pukul 2 petang, so dia kata ok dalam pukul 3 dia sampai, Aku tunggu sampai jam 3.30 ptg, tak nampak pun batang hidup. Call dia, dia offkan connection, call lagi sekali tak berangkat, lepas tu baru dia call dan kata akan sampai sebelum pukul 5 ptg.
Aku tunggulah sbb dah janji, pukul 4.45 ptg, malas aku nak tunggu aku bawak semua barang-barang ke car park .. malaslah aku nak tunggu .. masa masukkan barang dalam kereta dia kata dia akan sampai sikit lagi. Oklah aku tunggulah sbb kata dah sampai.
Bila bawa pergi tengok rumah, dia nak fully furnish ... tapi harga nak rm1100. What the heck! .. aku kata boleh ... rm1.1k tapi as what it is lah ... ada kitchen kabinet, dining table. Aku akan letakkan aircond kat masterbedroom dan pasang grill kat tingkap sbb dia ada anak kecil. Tapi rasanya dia tidak berminat pun, aku pun tak kisahlah ..
Tapi apa yang aku dapat belajar sekarang ialah ... trend orang sekarang sewa rumah fully furnish, gaya kena lebih walaupun habuk pun tarak ..any way aku tak kisah .. itu pelajaran baru yang aku dapat walaupun kekadang tu terasa diri ini macam minta sedekah, at least aku tahu hidup sebenarnya macamana. Aku akan sentiasa menambahbaik diri aku ini.
Oh ya! Ain asyik skip kelas KAFA jer ..so sekarang ni aku dah call ustazah dia minta ajarkan kat rumah ..bukan nak kata banyak duit tapi itu utk bekalan dia nanti.
No comments:
Post a Comment