Sekarang ni aku hanya nak jadi mak yang baik, mak yang baik, mak yang baik ... eh apa tu selama ni aku tak baik ke? Kekadang tu kita tak tahukan apa yang kita lakukan itu adakah baik utk anak-anak kita atau tidak. Tetapi memang banyaklah aku nak buat ... kenapa sebab risaulah kerana 2012 nanti Ain akan ambil UPSR, tulisan dia sampai sekarang ni alahai ..teruk sungguh.
Rasa kena concerntrate gak kat dia, kesian kat Ain ...aku sayang sangat kedua-dua anak-anak aku tu ...semua orang sayang anak kan..kecuali orang yang sakit jiwa.
Nurainul Abdah and Ikmal Haqim are my kids. Me is a person who enjoy life ... love the simple life. Enjoy working.... Want to have a life which is meaningful ...to my family... to ALLAH especially.
Wednesday, September 29, 2010
Monday, September 27, 2010
Hari Selasa
Hari ini, saya dapat sampai ke MINDEF dalam jam 0730, fuh!! seronok sbb parking kereta banyak lagi, selalunya bila sampai jam 00755, parking dah penuh so melilau-lilaulah cari parking .. kekadang tu terpaksalah double parking tapi yang masalah pasal benda ini ialah kerana kereta saya ni bukannya boleh difreekan gear, lepaskan brek tangan tak tentu hala.... so apa cara mau buat adalah tinggalkan nota ...Sorry, pse call 012 - xxxxxxx or ext 53xx/53xx. Itu jelah cara terbaik .. tapi malas gak asyik nak terlari-lari ke kereta nak undurkan kereta ..
Kenapa jadi macam tu? kerana parking bertingkat-tingkat kat MINDEF ni tengah ditambah baik ... baguslah tu sbb kat level 4A dan 4B dah jadi macam jalan lori balak berlopak-lopak. Bagi saya no hal pasal double parking ni kerana utk keselesaan semua tapi tak patutlah kalau handbrake tarik dan gear x dilepaskan ...lepas tu tak tinggalkan contact number memang mencari nahaslah.
Hari ini ada jamuan hari raya kat department saya, harap semuanya ok. Saya tak sumbangkan apa-apa kuih pun sbb kat dapur ada masalah elektrik, sekarang ni bergelap jer ..kerana masa renovation dulu .. mamat yg buat bahagian elektrik main sambung semua point kat dapur dari lampu, kipas, power point yg 9 buah tu pada satu source jer ... dia buat looping. malas nak menyumpah.. la ni nak tunggu staff saya betulkan masalah tu ..bukan free yer ..berbayar tapi murahlah sikit daripada kat luar.
Itu yang dok fikir kat kepala, next year kalau jadi buat extention kat bahagian atas rumah, saya nak buat elektrik 3 phase lah supaya tak mengalami masalah lagi.

Sunday, September 26, 2010
nak cerita apa yek?
Banyak sangat dalam kepala yang nak diberitahu ttp tak tahu mana satu yang nak dimulakan dulu.
Ok kita buat macam ni jelah ;
Ok kita buat macam ni jelah ;
- kepala saya bengong sebab asyik fikir pasal hartanah jer ... huh macamlah ada duit banyak.
- pemandu kereta yang kurang ajar WR_ 8682. ... sesungguhnya ingatlah diri kamu tidak selama-lama di atas ..suatu hari akan berada di bawah .. dan janganlah kata kenapa benda ini berlaku pada diri aku.
- student MSU yg perasan bagus ... lantak ko lah .. engkau bukan anak saudara atau adik beradik aku..baru dapat peluang terlepas daripada kandang, terus lupa dunia.
- apalah nak jadi dgn staff aku ni ... bila lah nak kerja serius sikit.
- mmm.. aku ni dah bosan kerja ..dan sedang mencari semangat ... terasa diri macam tak berguna jer.
Sunday, September 19, 2010
Monday - Biru, Kuning,Merah - Kor JLJ
Duty DOR
Baru habis duty kat DOR, alahai kena duty hari minggu, lepas tu plak hari orang balik ke tempat cari makan selepas di kampung sambut raya. Kes kemalangan punya bersusun nak kena report ...Ni dah habis duty ni masih mamai lagi rasanya ..tak cukup tidur ... kita ni bukannya dapat tidur lena kalau time duty sbb macam-macam cerita boleh berlaku. Nasib baiklah tak ada kes yang teruk yang memerlukan perhatian macam melibatkan kematian, rusuhan atau yang sewaktu dengannya.
Task minggu ini
Minggu ni dan minggu depan, saya dah tugaskan staf-staf saya untuk melakukan proses kemasukan data di pasukan. Awal bulan Okt ni nak check progress data yang mereka masukkan tu. Sekarang ni dok cari idea ttg format utk buat report atau ukur progress kemajuan kemasukan data.
Sat lagi nak taip report perkembangan projek jap.
Blog
Rupa-rupanya saya ni masih banyak tak tahu pasal blogging ni ... orang hantar komen aku tak balas ...hehehehhe makcik tak tahulah. Kepada Chibi Maruko dan Makcik Manis minta maaf bebanyak sbb tak balas komen u all. Kekurangan pengetahuan pasal blogging saya ni. (cheh! nama jer pegawai IT.. buat malu jer ---> aku marah diri aku sendirilah. Nanti makcik masukkan input data dalam kepala otak yer.
Handphone Baru
Minggu lepas beli handphone baru Nokia Xpressmusic, habislah dalam RM850, walaupun saya ni tak dapat nak memilik iphone, htc, blackberry ... dapat memiliki handset ni cukuplah sbb boleh guna gps ..itu jer. Handphone lama kasi kat hubby .. abang kepada handphone yang saya pakai sekarang ni.
So selepas ni saya nak kumpulkan duit nak beli kamera plak ... dah beli kamera olympus .. tapi x dapat menambat hati ... gambar tak cantik... tengok gambar2 dalam blog Mat Gebu, Lemongrass ..jeles rasanya .. tak pe satu hari nanti akan ku rembat satu camera SLR jenama Canon. mmm kusimpan dalam hati ni.

Tuesday, September 14, 2010
Hari Rabu yer
Hari ini ke tempat Kerja lewat sikit, bangun lambatlah dan keadaan jalan raya tak sibuk sangat. Sampai ke ofis, ada nasi lemak bungkus staf yang belanja kemudian si Is buatkan teh susu, borak-borak kejap sambil memikirkan apa yang perlu di selesaikan hari ini. mmm aku ada dua task utama nak buat ... pertama siapkan laporan bulanan dan kedua buat chart utk semak jumlah kemasukan data nanti ..yang lain-lain abaikan dulu sebab kita start kerja next week.
Hari Jumaat ni kena report duty tapi duty hari Ahad, asyik kena hari ahad jer, ..bengang jugak rasanya tapi belasah ajelah ...Hari Ahad sebelum pergi duty kena hantar cik abang ke airport dulu sebab dia akan balik ke KT untuk kerja.
Semalam pergi ambik bibik Yuni, sepanjang cuti sekolah, kami hantar dia berjumpa suaminya ..secara kebetulan suami dia sekarang ni kerja buat bangunan di Shah Alam, dan kami taklah kejam sangat sbb manusia ni dijadikan berpasang-pasangan ... bagilah peluang kat dia berhari raya dengan suami ....
Bibik beli iron baru ..heheheheh patutlah masa aku nak guna iron ..iron tak boleh on rupanya rosak .. mengeluh jugak aku sbb ni adalah iron yang kedua beli sbb yg satu lagi muncung dia patah ..sbb jatuh .. dalam hati aku kata .. haiiii ... bibik aku ni jenis perosak barang ke ...
mungkin dia takut nanti kena marah kot sbb tu dia beli iron baru utk ganti .. tak kisahlah asalkan dia tak pukul anak-anak aku dahlah.

Sunday, September 12, 2010
Syawal Yang Suram
Syawal ini adalah syawal yang suram bagi makcik. Kenapa suram? kerana ada sedikit perselisihan faham antara makcik dengan mak makcik. Entahlah ... makcik rasa makcik jadi sensitif pada masa tu menyebabkan makcik pun terus blah dari kampung pada hari raya pertama. Apa yang makcik sensitif sangat, makcik sedang berusaha untuk mengajar adik makcik membuat cheese cake ... dahlah dengan hiruk pikuk anak -anak saudara yang main kejar mengejar dalam rumah. Kakak makcik dia eksportkan 4 orang anak jantan dia dari umur 15 tahun sampai 8 tahun ke rumah nenek dia, adik makcik plak tiga orang anak umur 8 tahun hingga 2 tahun, makcik plak dua anak umur 10 tahun dgn 3 tahun, jadi korang boleh bayangkan betapa gamatnya rumah papan yang dah berusia 25 tahun jadinya.
Nak buat cheese cake ni, kena buat kat lantai sbb tak ada ruang lain kat meja ...... ini rumah mak makcik bukannya rumah makcik yer ... kat rumah makcik memang makcik dah buat dah tempat utk buat kerja-kerja dapur ni. Pukul putih telur .. putih telur tak menjadi.... dah check dah pastikan semua bekas tak ada yang basah, bila dah masukkan dalam bekas yang dah diletak base biskut hancur tu, bila dimasukkan ke dalam oven, rupa-rupanya oven tu kecik ... > yang ni silap makciklah sbb tak check dulu ..
cepat-cepat tukar ke bekas yang kecik ...sbb nak cepat ..biskut hancur tu makcik tak campurkan dgn butter, dah masuk dalam oven, baru perasan rupa-rupanya merah telur, makcik tak masukkan dalam adunan cheese tu .. makcik cakaplah terlupa masukkan merah telur .. mak makcik gelakkan makcik .. gelakkan yang amat kuat. makcik kata janganlah gelak macam tu ... malah dia gelakkan lagi ..bukan sekali tapi dua kali dan lebih kuat lagi. Hati makcik dah terasa yang amat sangat ..mood nak buat kek pun dah jatuh. Masa mak makcik gelakkan tu .. adik makcik suami isteri ada sekali, makcik rasa malu dan sedih yang amat sangat.
Sabar lagi, makcik cuba nak pukul merah telur tu dan masuk kan ke dalam adunan dalam oven, mixer plak tak boleh pakai sbb plug dia dah digunakan utk oven, bengang, fed up, sedih ... makcik masukkan ajer merah telur tu dalam adunan, apa nak jadi .. jadilah ... hati makcik dah sedih amat sangat ..teramat sedih.
Masa pagi raya, makcik nak potong kek tu utk dihidangkan, masa nak potong abang makcik kata dia tak suka cheese cake ... hati makcik bertambah sedih lagi sbb kalaulah tak suka pun cheese cake tak, tak payahlah bagi tahu ... aku tak paksa pun suruh makan. Makcik nak menangis, nak meraung rasanya dan utk mengelakkan makcik menangis di pagi raya tu .. makcik pack barang-barang dan ajak suami dan anak-anak balik ke Shah Alam. Makcik bukan nya balik terus sbb merajuk sebenarnya ttp memang kami akan balik pada jam 1000 pagi ke Shah Alam, kami tak mahu bersembahyang jumaat di lebuh raya dan bergerak selepas sembahyang jumaat memanglah lambat sampai nanti.
Disini makcik belajar, makcik sedar makcik ni adalah anak yang derhaka tetapi makcik terpaksa tinggalkan kampung makcik pada masa tu dengan tidak bersuara apa-apa pun kerana makcik tak nak mengeluarkan airmata makcik ketika itu dan makcik sebenarnya nak mengelak daripada mengeluarkan kata-kata yang lebih menyakitkan hati yang memang nanti akan lebih melukakan hati mak makcik. Makcik tahu tersilap kata buruk padahnya dan oleh kerana itu lebih baik makcik balik rumah makcik duduk diam-diam. Adik beradik makcik nak kata makcik tak patut buat macam tu .. terpulanglah ..tapi pada makcik ..biarlah makcik mendiamkan diri aje.... silence is virtue..agaknya.
Tetapi satu lagi yang makcik belajar, walaupun kita ni dah tua sekali pun tetapi jika sesuatu perkara atau sikap itu bagus utk diri kita belajarlah dan berubahlah.
Sekarang ni makcik tak tahu bilalah akan sampai masa utk makcik menghubungi mak makcik kerana hati makcik amat terluka bukan kerana kejadian di atas tetapi ada banyak lagi ... biarkanlah makcik ...sendiri dulu sehinggalah hati makcik ni terubat sedikit ..sbb hati ini sentiasa jer terasa dihiris, hirisan lama tak baik lagi dah tambah hirisan baru... dan sekarang ni makcik nak berdiam diri sahaja ..tidak mahu lagi berkata-kata...

Subscribe to:
Posts (Atom)