Tuesday, September 14, 2010

Hari Rabu yer

Hari ini ke tempat Kerja lewat sikit, bangun lambatlah dan keadaan jalan raya tak sibuk sangat. Sampai ke ofis, ada nasi lemak bungkus staf yang belanja kemudian  si Is buatkan  teh susu, borak-borak kejap sambil memikirkan apa yang perlu di selesaikan hari ini. mmm aku ada  dua task utama nak buat ... pertama siapkan laporan bulanan dan kedua buat chart utk semak jumlah kemasukan data nanti ..yang lain-lain abaikan dulu sebab kita start kerja next week.

Hari Jumaat ni kena report duty tapi duty hari Ahad, asyik kena hari ahad jer, ..bengang jugak rasanya tapi belasah ajelah ...Hari Ahad sebelum pergi duty kena hantar cik abang ke airport dulu sebab dia akan balik ke KT untuk  kerja.

Semalam pergi ambik bibik Yuni, sepanjang  cuti sekolah, kami  hantar dia  berjumpa suaminya ..secara kebetulan suami dia sekarang ni kerja buat bangunan di Shah Alam, dan kami taklah kejam sangat sbb manusia ni dijadikan berpasang-pasangan ... bagilah peluang kat dia berhari raya dengan suami ....

Bibik beli  iron baru ..heheheheh patutlah masa aku nak guna  iron ..iron tak boleh  on rupanya rosak .. mengeluh jugak aku sbb  ni adalah iron yang kedua beli sbb yg  satu lagi muncung dia patah ..sbb jatuh .. dalam  hati  aku kata .. haiiii ... bibik aku ni jenis  perosak barang ke ...

mungkin dia takut nanti  kena marah kot sbb tu dia beli  iron baru utk ganti .. tak kisahlah asalkan dia tak pukul anak-anak aku dahlah.

No comments: