Syawal ini adalah syawal yang suram bagi makcik. Kenapa suram? kerana ada sedikit perselisihan faham antara makcik dengan mak makcik. Entahlah ... makcik rasa makcik jadi sensitif pada masa tu menyebabkan makcik pun terus blah dari kampung pada hari raya pertama. Apa yang makcik sensitif sangat, makcik sedang berusaha untuk mengajar adik makcik membuat cheese cake ... dahlah dengan hiruk pikuk anak -anak saudara yang main kejar mengejar dalam rumah. Kakak makcik dia eksportkan 4 orang anak jantan dia dari umur 15 tahun sampai 8 tahun ke rumah nenek dia, adik makcik plak tiga orang anak umur 8 tahun hingga 2 tahun, makcik plak dua anak umur 10 tahun dgn 3 tahun, jadi korang boleh bayangkan betapa gamatnya rumah papan yang dah berusia 25 tahun jadinya.
Nak buat cheese cake ni, kena buat kat lantai sbb tak ada ruang lain kat meja ...... ini rumah mak makcik bukannya rumah makcik yer ... kat rumah makcik memang makcik dah buat dah tempat utk buat kerja-kerja dapur ni. Pukul putih telur .. putih telur tak menjadi.... dah check dah pastikan semua bekas tak ada yang basah, bila dah masukkan dalam bekas yang dah diletak base biskut hancur tu, bila dimasukkan ke dalam oven, rupa-rupanya oven tu kecik ... > yang ni silap makciklah sbb tak check dulu ..
cepat-cepat tukar ke bekas yang kecik ...sbb nak cepat ..biskut hancur tu makcik tak campurkan dgn butter, dah masuk dalam oven, baru perasan rupa-rupanya merah telur, makcik tak masukkan dalam adunan cheese tu .. makcik cakaplah terlupa masukkan merah telur .. mak makcik gelakkan makcik .. gelakkan yang amat kuat. makcik kata janganlah gelak macam tu ... malah dia gelakkan lagi ..bukan sekali tapi dua kali dan lebih kuat lagi. Hati makcik dah terasa yang amat sangat ..mood nak buat kek pun dah jatuh. Masa mak makcik gelakkan tu .. adik makcik suami isteri ada sekali, makcik rasa malu dan sedih yang amat sangat.
Sabar lagi, makcik cuba nak pukul merah telur tu dan masuk kan ke dalam adunan dalam oven, mixer plak tak boleh pakai sbb plug dia dah digunakan utk oven, bengang, fed up, sedih ... makcik masukkan ajer merah telur tu dalam adunan, apa nak jadi .. jadilah ... hati makcik dah sedih amat sangat ..teramat sedih.
Masa pagi raya, makcik nak potong kek tu utk dihidangkan, masa nak potong abang makcik kata dia tak suka cheese cake ... hati makcik bertambah sedih lagi sbb kalaulah tak suka pun cheese cake tak, tak payahlah bagi tahu ... aku tak paksa pun suruh makan. Makcik nak menangis, nak meraung rasanya dan utk mengelakkan makcik menangis di pagi raya tu .. makcik pack barang-barang dan ajak suami dan anak-anak balik ke Shah Alam. Makcik bukan nya balik terus sbb merajuk sebenarnya ttp memang kami akan balik pada jam 1000 pagi ke Shah Alam, kami tak mahu bersembahyang jumaat di lebuh raya dan bergerak selepas sembahyang jumaat memanglah lambat sampai nanti.
Disini makcik belajar, makcik sedar makcik ni adalah anak yang derhaka tetapi makcik terpaksa tinggalkan kampung makcik pada masa tu dengan tidak bersuara apa-apa pun kerana makcik tak nak mengeluarkan airmata makcik ketika itu dan makcik sebenarnya nak mengelak daripada mengeluarkan kata-kata yang lebih menyakitkan hati yang memang nanti akan lebih melukakan hati mak makcik. Makcik tahu tersilap kata buruk padahnya dan oleh kerana itu lebih baik makcik balik rumah makcik duduk diam-diam. Adik beradik makcik nak kata makcik tak patut buat macam tu .. terpulanglah ..tapi pada makcik ..biarlah makcik mendiamkan diri aje.... silence is virtue..agaknya.
Tetapi satu lagi yang makcik belajar, walaupun kita ni dah tua sekali pun tetapi jika sesuatu perkara atau sikap itu bagus utk diri kita belajarlah dan berubahlah.
Sekarang ni makcik tak tahu bilalah akan sampai masa utk makcik menghubungi mak makcik kerana hati makcik amat terluka bukan kerana kejadian di atas tetapi ada banyak lagi ... biarkanlah makcik ...sendiri dulu sehinggalah hati makcik ni terubat sedikit ..sbb hati ini sentiasa jer terasa dihiris, hirisan lama tak baik lagi dah tambah hirisan baru... dan sekarang ni makcik nak berdiam diri sahaja ..tidak mahu lagi berkata-kata...
1 comment:
siannya kak, takpalah bila dah reda nanti, teponlah mak, normallah tu kalau nak rasa sedih, me pun biasa alaminya..
Post a Comment