Sunday, September 19, 2010

Monday - Biru, Kuning,Merah - Kor JLJ

Duty DOR
Baru habis duty kat DOR, alahai kena duty hari minggu, lepas tu plak hari orang balik ke tempat cari makan selepas di kampung sambut raya. Kes kemalangan punya bersusun nak kena report ...Ni dah habis duty ni masih mamai lagi rasanya ..tak cukup tidur ... kita ni bukannya dapat tidur lena kalau time duty  sbb macam-macam cerita boleh berlaku. Nasib baiklah tak ada kes yang teruk yang memerlukan perhatian macam melibatkan kematian, rusuhan atau yang sewaktu dengannya.

Task minggu ini
Minggu ni dan minggu depan, saya dah tugaskan staf-staf saya  untuk melakukan  proses kemasukan data di pasukan. Awal bulan Okt ni nak check progress data yang mereka masukkan tu. Sekarang ni dok cari idea ttg format utk buat report atau  ukur progress kemajuan kemasukan data.

Sat lagi nak taip report perkembangan projek jap.

Blog
Rupa-rupanya saya ni masih banyak tak tahu pasal blogging ni ... orang hantar komen aku tak  balas ...hehehehhe makcik tak tahulah. Kepada  Chibi Maruko dan Makcik Manis minta maaf bebanyak sbb tak balas komen u all. Kekurangan pengetahuan pasal blogging saya ni. (cheh! nama jer  pegawai IT.. buat malu jer ---> aku marah diri aku sendirilah. Nanti makcik  masukkan input data dalam kepala otak yer.

Handphone Baru
Minggu lepas beli handphone baru Nokia Xpressmusic, habislah dalam RM850, walaupun saya ni tak dapat nak memilik iphone, htc, blackberry ... dapat memiliki handset ni cukuplah sbb boleh  guna gps ..itu jer. Handphone lama kasi  kat hubby .. abang kepada  handphone yang saya pakai sekarang ni.

So selepas ni saya nak kumpulkan duit nak beli kamera plak ... dah beli kamera olympus .. tapi  x dapat menambat hati ... gambar tak cantik... tengok gambar2 dalam blog Mat Gebu, Lemongrass ..jeles  rasanya .. tak pe satu hari nanti akan ku rembat satu camera SLR jenama Canon. mmm kusimpan dalam  hati ni.

No comments: