Thursday, December 9, 2010

Aduhai 2010

Tak berapa lama lagi akan pergi ke tahun 2011... aduhai terlalu cepat masa berlalu...rasanya macam naik speed train plak. bulan Nov dan Disember ni memang sibuk betul... tak tahu nak kata terlalu banyak nak kena buat, nak kena tackle, nak kena layan, nak kena check, nak kena tulis .... sampai makcik pun dah tak tahu nak buat macamana lagi... tapi tak apalah kita kayuh pelan-pelan .... harap tu semua siap.

Thursday, October 7, 2010

Penat kepala otak ....

Bila tang  nak siapkan kerja terpaksalah menerima hakikat umur dah tua ..ttp tang bersuka ria ..age is just a number ..

Dah hampir 10 bulan duduk kat  unit baru ni (sebenarnya x baru jugak sebab pada tahun 2003 hingga 2007 pernah  kerja di sini dgn post yang sama gak). Selama 10 bulan ini cuba untuk  memahami progress system development yang telah dilakukan, selama 10 bulan ini jugak, dok perati tengok cara staf-staf aku berkerja ... ada yang aku puas hati dan ada jugak yang aku masih tidak berpuas hati.

Tengok kontraktor yang buat kerja pun aku tak berpuas hati jugak, lagi aku tak berpuas hati sbb aku ni tak ada kepakaran untuk  buat programming, jadi project manager bolehlah.

So sekarang ni sibuklah aku menprint, membaca buku-buku  yang berkaitan  pasal Ubuntu, Php, MySQL dan symfony .... apa ke hal lah agaknya umur dah 40 thn  baru terhegeh-hegeh nak belajar ... tapi aku kena buat jugak supaya boleh  dijadikan contoh kepada  staf-staf aku ni utk turut belajar .. lagipun apabila aku pun sama-sama diaorang  buat programmer, diaorang agak segan sikit nak  menuangkan.

Terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan dan  terasa masa ini terlalu cepat berlalu. ..aduhaiii.

Wednesday, September 29, 2010

Menjadi mak yang baik

Sekarang ni aku hanya nak jadi mak yang baik, mak yang baik, mak yang baik ... eh apa tu selama ni aku tak baik ke? Kekadang tu kita tak tahukan  apa yang kita lakukan itu adakah baik utk anak-anak kita atau tidak. Tetapi memang banyaklah aku nak buat ... kenapa sebab risaulah kerana  2012 nanti Ain akan ambil UPSR, tulisan dia sampai sekarang ni alahai ..teruk sungguh.

Rasa kena concerntrate gak kat dia, kesian kat Ain ...aku sayang sangat kedua-dua anak-anak aku tu ...semua orang sayang anak kan..kecuali orang yang sakit jiwa.

Monday, September 27, 2010

Hari Selasa

Hari ini, saya dapat sampai ke MINDEF dalam jam 0730, fuh!! seronok sbb parking kereta banyak lagi, selalunya bila sampai jam 00755, parking dah penuh so melilau-lilaulah cari parking .. kekadang tu terpaksalah double parking  tapi yang masalah pasal benda ini ialah kerana kereta saya ni bukannya boleh  difreekan  gear, lepaskan  brek tangan tak tentu hala.... so apa cara mau buat adalah tinggalkan nota ...Sorry, pse call 012 - xxxxxxx or ext 53xx/53xx. Itu jelah cara terbaik .. tapi  malas gak asyik nak terlari-lari ke kereta nak undurkan kereta ..

Kenapa jadi macam tu? kerana parking bertingkat-tingkat kat MINDEF ni tengah ditambah baik ... baguslah tu sbb kat level 4A dan 4B dah jadi macam  jalan lori balak berlopak-lopak. Bagi saya no hal pasal double parking ni kerana utk keselesaan semua tapi tak patutlah kalau  handbrake tarik dan gear x dilepaskan ...lepas tu tak tinggalkan  contact number  memang mencari nahaslah.

Hari ini ada jamuan  hari raya kat department  saya, harap semuanya ok. Saya tak sumbangkan apa-apa kuih pun sbb kat dapur ada masalah elektrik, sekarang ni bergelap jer ..kerana masa renovation dulu .. mamat yg buat bahagian elektrik main sambung semua point kat dapur dari lampu, kipas, power point yg 9 buah tu pada satu source jer ... dia buat looping. malas nak menyumpah.. la ni nak tunggu staff saya betulkan masalah tu ..bukan free yer ..berbayar tapi murahlah sikit daripada kat luar.

Itu yang dok fikir kat kepala, next year kalau jadi buat extention  kat bahagian  atas rumah, saya nak buat elektrik 3 phase lah supaya tak mengalami masalah lagi.

Sunday, September 26, 2010

nak cerita apa yek?

Banyak sangat dalam kepala yang nak diberitahu ttp tak tahu mana satu yang nak dimulakan dulu.

Ok kita buat macam ni jelah ;

  1. kepala saya bengong sebab asyik fikir pasal hartanah jer ... huh macamlah ada duit banyak.
  2. pemandu kereta yang kurang ajar WR_ 8682. ... sesungguhnya ingatlah  diri kamu tidak selama-lama di atas ..suatu hari  akan berada di bawah .. dan janganlah  kata kenapa benda ini berlaku  pada diri aku.
  3. student MSU yg perasan bagus ... lantak ko lah .. engkau bukan anak saudara atau adik beradik aku..baru dapat  peluang terlepas daripada  kandang, terus lupa dunia.
  4. apalah nak jadi dgn staff aku ni ... bila lah nak kerja serius sikit.
  5. mmm.. aku ni dah bosan kerja ..dan sedang mencari semangat ... terasa diri macam  tak berguna jer.

Sunday, September 19, 2010

Monday - Biru, Kuning,Merah - Kor JLJ

Duty DOR
Baru habis duty kat DOR, alahai kena duty hari minggu, lepas tu plak hari orang balik ke tempat cari makan selepas di kampung sambut raya. Kes kemalangan punya bersusun nak kena report ...Ni dah habis duty ni masih mamai lagi rasanya ..tak cukup tidur ... kita ni bukannya dapat tidur lena kalau time duty  sbb macam-macam cerita boleh berlaku. Nasib baiklah tak ada kes yang teruk yang memerlukan perhatian macam melibatkan kematian, rusuhan atau yang sewaktu dengannya.

Task minggu ini
Minggu ni dan minggu depan, saya dah tugaskan staf-staf saya  untuk melakukan  proses kemasukan data di pasukan. Awal bulan Okt ni nak check progress data yang mereka masukkan tu. Sekarang ni dok cari idea ttg format utk buat report atau  ukur progress kemajuan kemasukan data.

Sat lagi nak taip report perkembangan projek jap.

Blog
Rupa-rupanya saya ni masih banyak tak tahu pasal blogging ni ... orang hantar komen aku tak  balas ...hehehehhe makcik tak tahulah. Kepada  Chibi Maruko dan Makcik Manis minta maaf bebanyak sbb tak balas komen u all. Kekurangan pengetahuan pasal blogging saya ni. (cheh! nama jer  pegawai IT.. buat malu jer ---> aku marah diri aku sendirilah. Nanti makcik  masukkan input data dalam kepala otak yer.

Handphone Baru
Minggu lepas beli handphone baru Nokia Xpressmusic, habislah dalam RM850, walaupun saya ni tak dapat nak memilik iphone, htc, blackberry ... dapat memiliki handset ni cukuplah sbb boleh  guna gps ..itu jer. Handphone lama kasi  kat hubby .. abang kepada  handphone yang saya pakai sekarang ni.

So selepas ni saya nak kumpulkan duit nak beli kamera plak ... dah beli kamera olympus .. tapi  x dapat menambat hati ... gambar tak cantik... tengok gambar2 dalam blog Mat Gebu, Lemongrass ..jeles  rasanya .. tak pe satu hari nanti akan ku rembat satu camera SLR jenama Canon. mmm kusimpan dalam  hati ni.

Tuesday, September 14, 2010

Hari Rabu yer

Hari ini ke tempat Kerja lewat sikit, bangun lambatlah dan keadaan jalan raya tak sibuk sangat. Sampai ke ofis, ada nasi lemak bungkus staf yang belanja kemudian  si Is buatkan  teh susu, borak-borak kejap sambil memikirkan apa yang perlu di selesaikan hari ini. mmm aku ada  dua task utama nak buat ... pertama siapkan laporan bulanan dan kedua buat chart utk semak jumlah kemasukan data nanti ..yang lain-lain abaikan dulu sebab kita start kerja next week.

Hari Jumaat ni kena report duty tapi duty hari Ahad, asyik kena hari ahad jer, ..bengang jugak rasanya tapi belasah ajelah ...Hari Ahad sebelum pergi duty kena hantar cik abang ke airport dulu sebab dia akan balik ke KT untuk  kerja.

Semalam pergi ambik bibik Yuni, sepanjang  cuti sekolah, kami  hantar dia  berjumpa suaminya ..secara kebetulan suami dia sekarang ni kerja buat bangunan di Shah Alam, dan kami taklah kejam sangat sbb manusia ni dijadikan berpasang-pasangan ... bagilah peluang kat dia berhari raya dengan suami ....

Bibik beli  iron baru ..heheheheh patutlah masa aku nak guna  iron ..iron tak boleh  on rupanya rosak .. mengeluh jugak aku sbb  ni adalah iron yang kedua beli sbb yg  satu lagi muncung dia patah ..sbb jatuh .. dalam  hati  aku kata .. haiiii ... bibik aku ni jenis  perosak barang ke ...

mungkin dia takut nanti  kena marah kot sbb tu dia beli  iron baru utk ganti .. tak kisahlah asalkan dia tak pukul anak-anak aku dahlah.

Sunday, September 12, 2010

Syawal Yang Suram

Syawal ini adalah syawal yang suram bagi makcik. Kenapa suram? kerana  ada sedikit perselisihan faham antara makcik dengan  mak makcik. Entahlah ... makcik rasa makcik jadi sensitif pada masa tu menyebabkan makcik pun terus blah dari kampung  pada hari raya pertama. Apa yang makcik sensitif sangat, makcik sedang berusaha untuk mengajar adik makcik membuat cheese cake ... dahlah dengan hiruk pikuk anak -anak saudara yang main kejar mengejar dalam rumah. Kakak  makcik dia eksportkan 4 orang anak jantan dia  dari umur 15 tahun sampai  8 tahun ke rumah nenek dia, adik makcik plak tiga orang anak umur 8 tahun hingga  2 tahun, makcik plak dua anak umur 10 tahun dgn  3 tahun, jadi korang boleh bayangkan betapa gamatnya rumah  papan yang dah berusia 25 tahun jadinya.

Nak buat cheese cake ni, kena buat kat lantai sbb tak ada ruang lain kat meja ...... ini rumah  mak makcik bukannya rumah makcik yer ... kat rumah makcik memang makcik dah buat dah tempat utk  buat kerja-kerja dapur ni.  Pukul putih telur .. putih telur tak menjadi.... dah check dah  pastikan semua  bekas tak ada yang basah,  bila dah masukkan dalam bekas yang dah diletak  base biskut hancur tu, bila dimasukkan ke dalam oven, rupa-rupanya  oven tu kecik ... > yang ni silap makciklah sbb tak check dulu ..

cepat-cepat tukar ke  bekas yang kecik ...sbb nak cepat ..biskut hancur tu makcik tak campurkan dgn  butter, dah masuk dalam oven, baru perasan rupa-rupanya merah telur, makcik tak masukkan dalam adunan cheese tu .. makcik cakaplah  terlupa masukkan  merah telur .. mak makcik gelakkan makcik .. gelakkan yang amat kuat. makcik  kata janganlah gelak macam tu ... malah dia gelakkan lagi ..bukan sekali tapi dua kali dan lebih kuat  lagi. Hati makcik dah  terasa yang amat sangat ..mood nak buat kek pun dah  jatuh. Masa  mak makcik gelakkan tu .. adik makcik suami isteri ada sekali, makcik rasa malu dan sedih yang amat sangat.

Sabar lagi, makcik  cuba nak  pukul merah telur tu dan masuk kan ke dalam adunan dalam oven, mixer plak tak boleh pakai sbb plug dia dah digunakan utk oven, bengang, fed up, sedih ... makcik masukkan ajer merah telur tu dalam adunan, apa nak jadi .. jadilah ... hati  makcik dah sedih amat sangat ..teramat sedih.

Masa pagi raya,  makcik  nak potong kek tu utk dihidangkan, masa nak  potong  abang makcik kata dia tak suka cheese cake ... hati makcik bertambah sedih lagi sbb kalaulah tak suka pun cheese cake tak, tak payahlah bagi tahu ... aku tak paksa pun suruh makan. Makcik nak menangis, nak meraung  rasanya dan utk mengelakkan  makcik menangis di pagi raya tu  .. makcik pack barang-barang dan ajak suami dan anak-anak  balik ke Shah Alam. Makcik bukan nya balik terus sbb  merajuk sebenarnya ttp memang kami akan balik pada jam 1000 pagi ke Shah Alam, kami tak mahu bersembahyang jumaat di lebuh raya dan bergerak selepas sembahyang jumaat memanglah lambat sampai nanti.

Disini makcik belajar,  makcik sedar makcik ni  adalah anak yang derhaka tetapi  makcik terpaksa tinggalkan kampung makcik  pada masa tu dengan tidak bersuara apa-apa pun kerana makcik tak nak mengeluarkan airmata makcik ketika itu dan makcik sebenarnya nak mengelak daripada mengeluarkan kata-kata yang lebih  menyakitkan  hati  yang memang nanti  akan lebih melukakan  hati mak makcik. Makcik tahu tersilap kata buruk padahnya dan oleh kerana itu lebih baik makcik balik rumah makcik duduk diam-diam. Adik beradik makcik nak kata  makcik tak patut buat macam tu .. terpulanglah ..tapi  pada makcik ..biarlah makcik mendiamkan diri aje.... silence is virtue..agaknya.

Tetapi satu lagi yang makcik belajar, walaupun kita ni dah tua  sekali pun tetapi jika sesuatu perkara atau sikap itu bagus utk diri kita belajarlah dan berubahlah.

Sekarang ni makcik tak tahu bilalah akan sampai masa utk makcik menghubungi  mak makcik kerana  hati makcik amat terluka bukan kerana  kejadian di atas tetapi ada banyak lagi ... biarkanlah makcik ...sendiri  dulu sehinggalah hati makcik ni  terubat sedikit ..sbb hati ini sentiasa jer  terasa dihiris, hirisan lama tak baik lagi dah tambah hirisan baru... dan sekarang ni makcik nak berdiam diri sahaja ..tidak mahu lagi berkata-kata...

Thursday, August 26, 2010

Menyiapkan Arahan

Aduh ..sakit jiwa nak menyiapkan Arahan Kemasukan Data ni tapi kena buat jugak.  Sakit jiwa.. kejap ...

Wednesday, August 25, 2010

Bengong!!!

Hari ini tajuk best sikit .. bengong!!! Apa tu bengong .... ikut apa yang  anda boleh faham pasal bengong... ada orang kata bersamaan dengan  bengang, bangang, bodoh ... terpulang kepada kefahaman masing-masing.

Kenapa makcik kata bengong, bengong  sebab memerhatikan cara-cara orang kat Malaysia ni memandu kereta, diaorg ni kalau memandu kereta suka betullah  buat macam merendahkan orang lain kata orang lain bengong, tak pandai memandu kereta .. terkemut-kemut. Memanglah ada yang terkemut-kemut duduk kat lane kanan atau  tengah, tapi  golongan ni kurang sikit daripada golongan yang bengong .. memandu melulu, dok flash-flash lampu suruh kita ketepi ..bagi dia jalan, yang dok buat criss cross ikut suka dia .. tak faham makcik ni ..tak kira lelaki atau perempuan, dua kali lima jer.. betullah  salah satu tanda akhir zaman apabila orang dah mula riak.

makcik ni sekarang dah rasa macam takut untuk memandu .. kerana perkara-perkara macam tu .. apa yang makcik takut .. takut  sebab makcik tak suka makcik menjadi penyebab anak orang, adik orang, abang kakak orang, saudara mara orang ataupun makcik sendiri tiada di dunia ..sebab dia punya kesannya  sampai bila-bila x akan hilang.

macam  ada sorang tu ..tak keluar simpang lagi pun, kereta dia kena langgar dengan motor dan penunggang tu mati on the spot .. punyalah trauma dia ..tak tahu nak kata.

makcik pun pernah kena kat NKVE, ada sorang minah tu  bawak laju dan rapat belakang makcik, makcik  pun dah risau dah sbb bahaya, kemudian kena brek emergency, makcik lega sebab tak langgar kereta depan tetapi tak semena-mena, kereta belakang dah hempuk kereta makcik, ambik  ko depan belakang kereta makcik kemek, Tak boleh nak kata apa .. nak lempang pun anak orang .. kalau kaum kerabat sendiri mahu kena sepak terajang dengan makcik. Dengar cerita kereta makcik kena repair dengan kos RM20k, terbang  duit makcik rm6k sbb kereta yang makcik bawa tu kereta orang hehehehe.

Tak lama lepas tu, makcik memang terjumpa sekali lagi minah ni kat NKVE, memang tak berubah cara dia bawak kereta, mmm lantak engkaulah ... kalau xcident  hang mati tak apa, tapi melibatkan orang lain ... lu fikirlah sendiri...

Pernah dulu masa study, ada student tu cakap  "Kak Long ni bawak kereta paling slow dalam banyak-banyak orang yang saya kenal". Lantak engkaulah asalkan  aku sentiasa beringat ... nak laju pun kena bertempat, kena tengok gak kereta apa yang kita bawak, siapa yang kita bawak, apa benda yang berlaku di luar semasa dalam perjalanan, siapa yang bawa kenderaan di belakang.

Ok ..dah stop membebel jap.... nak ke Cawangan Logistik ada presentation pasal  sistem yang  tim makcik  develop  ni.

ppsst : kenapa bermakcik plak sekarang .. ?  umur sudah 40 tahun, so makcik fikir makcik nak beransur  masuk ke zaman majalah MIDI .. hehehehhe.

Thursday, August 19, 2010

Sakit Kepala jap

Sekarang ni ada kat ofis, nak siapkan presentation utk  26/8 ni, nak kena bagitau progress projek. Aku sekarang ni gok bengang dengan staff-staff aku, tidak menunjukkak 'keseriousness' di dalam menjalankan tugas. Kekadang tu aku malu sendiri ... malu dengan sikap bangsa aku sendiri, kerana itulah aku sentiasa berusaha  untuk mengubah diri menjadi lebih baik supaya setaraf dgn bangsa yang lagi 2.

Tulah, dulu masa kecik-kecik sibuk bercinta, study  malas hah sekarang padan muka ko. Anyway  kita kena terus berusaha selagi hayat dikandung badan. Jangan plak kata ... akak tak nak buat ibadat ke .. tak ingat mati ke... helloooo ingat jugak ..takut gak mati tidak sempat bertaubat.

Aku plan tahun depan jika dapat jual  rumah kat Kuantan tu .. aku nak  pergi  buat umrah sekeluarga dan duit yg lebih tu simpan untuk  jadikan modal buka kedai makan tahun 2012. Eh! kenapa nak buka kedai makan ....sebab masa kecik-kecik dulu mak akak ni  meniaga kuih dan kita ni biasalah menolong ...kuih yang dijual macam nasi lemak (sambal nasi lemak yg paling best s pernah makan... hehehhe), pulut panggang  ( sambal ikan tapi s lebih prefer sambal udang), kuih bakar ( balik sekolah, sebelah petang akulah yang tukang bakar kuih ni, selain daripada bakar kuih ni, kupas ikan bilis dan bawang merah), kuih gulung . (aku lah yang memasak dan mmenggulung) .. hahh semalam buka puasa akak masak kuih ni dan bagi kat jiran sikit) selain daripada itu ada juga kuih bingka ...so end up sekarang saya ni masak kuih ok ..masak  lauk ..hancur.

mmmm ingat nanti nak ceritalah zaman saya kecik-kecik kat sini supaya nanti anak-anak akak boleh  membaca pengalaman mak dia.

Tuesday, August 17, 2010

Bulan Ramadan - bulan sedih ke?

Bulan Ramadan ni kira bulan sedih ke, asyik cerita-cerita sedih jer berlaku kat orang Islam terutama  orang kita Melayu ni. Kes anak dan isteri kena tetak dgn ayah/suami, suami/ayah  simbah asid kat keluarga, kemalangan maut, anak kena patuk ular kat kepala sampai lumpuh. macam-macam lagi .. aku rasa sedih  betul dengan benda-benda macam ni.

Kes buang bayi lagi la plak ..bersepah-sepah dan  kebanyakannya orang Melayu. Entahlah....kekadang tu nak kata  malu jadi melayu tak boleh jugak sbb aku ni memang orang Melayu dan tak akan berubah menjadi orang lain .. jadi Mat Salleh, India ke Pakistan ke , Cina ke ... aku ni memang Melayu ...

tukar agamalah .. nanti bangsa pun boleh tukar ...eee sorry ...bila kata Melayu maknanya ugama Islam dan tak ada kena mengena dengan agama Islam ni .... yang masalahnya dengan orang yg menganut agama tu jer.

Sekarang ni aku nak  berubah nak menjadi orang yang lebih baik lagi ....lebih bagus .. dan think out side of the box. Macamana ok tak ...

Tuesday, August 10, 2010

Apa yang berlaku

Semalam  keluar jap dengan Makcik Manis, banyak jugak belajar dengan Makcik ni ... dan berharap semoga apa yang dibincangkan menjadi kenyataan.

Aku ni pening kepala betul dengan kerja aku ni.. terlalu banyak benda nak kena buat dan staff -staff yang ada belum mahir betul-betul dalam programming language ni. Tapi tak apalah jadikan ia ini sebagai cabaran.

Malam tadi pergi ke Palmspring, ada agen call kata ada orang nak tengok rumah. Ini orang yang ketiga nak tengok rumah dari empat orang yang bertanya. Janji dalam 8.45 mlm hingga 9.00 mlm. Aku sampai 8.45 .. tunggu sampai 9.30 baru agen call cakap tenant tak jadi nak menyewa kondo tu ...cehhh!!1 tapi ok sikit daripada Melayu 2 orang tu yang buat aku menunggu sampai 2 jam.

Lastnye  call Ijah bagi tau .. ramai yang nak unit fully furnish .... Ijah kata jual jelah ... terus call Brian cakap owner suruh jual .. hehehehhe.. nasib baik aku tam beli fridge, washing machine, aircond dan heater lagi ... kalau tidak mau dalam RM3k kena keluar lagi.

Anyway Ijah, keputusan di tangan anda yer... tapi nanti beli tau rumah kat sg petani tu .. jangan tak jadi beli.

Hopefully rumah tu akan cepat dijuallah, sebab aku nak buat projek lain ...mmm dah ada menunggu pun .. nak siapkan alas meja makcik manis dan buat kuih utk raya ....

Monday, August 9, 2010

e-banking

Eh! bila masa agaknya aku boleh  guna e-banking ni .. apakebendelah ..nama jer  duduk dalam  line IT tapi e-banking pun tak pernah buat ...lebih sanggup beratur dari  guna internet. Tapi bukan apa sbb rasanya kemudahan tu lebih senang ... macam nak bayar sagu (kereta proton saga kepunyaan kami, nama gelaran dia sagu) .. ada cawangan Ambank kat sec 13, shah alam. Standard Chartered pun dah ada kat sana, maybank pun dah ada kat sana. RHB Bank .. hari Sabtu dan Ahad, cawangan kat Giant Sek 13 tu kan buka ..so pergi jer kat sana ... bayarlah kat sana. Bil elektrik dan air .. heheheh bagi kat staff suruh diaorg bayarkan dan bagilah duit minyak motor sikit.

Rasanya memang selesa banyaklah duduk kat Sek 13, Shah Alam ni, sekolah anak pun depan mata jer .. kira oklah tu ... tak yah risau sangat.

Si Ain  tu asyik cari excuse jer pasal pergi KAFA, hah start sekarang dah assign ustazah dari sekolah dia mengajar mengaji kat rumah, ajar fardhu ain dan apa yang patut. Tak boleh lagi dia nak excuse. .. hehehhe ..walaupun mungkin budget ada sikit lari tapi untuk  pelajaran agama anak-anak ..tak pelah korbanlah sikit.

Ain pun badan dah start berisi sekarang ni .. lepas raya agaknya kena  bagi dia pergi ke swimming poollah utk berenang balik ... kita tengoklah bagaimana nanti.

Sunday, August 8, 2010

Perangai orang-orang kita ie Melayu

Salam,

mungkin saya ni tak layak nak mengomen pasal orang kita tetapi disini ingin saya meluahkan perasaan saya tentang orang-orang kita ni. Saya ni sentiasa berusaha  mengubah atau menambaihbaikkan  diri saya dan anak-anak saya... sentiasa berusaha ...sentiasa ... walaupun kekadang tu terasa penat dan lelah ... dari  segi fizikal dan mental.

Saya sekarang dalam usaha untuk  mencari tenant  bagi rumah sewa kawan  masa  kecik-kecik dulu. Dia telah ditipu oleh agen yang menguruskan rumah sewa tu ... agen tu melayu ..lepas dapat kunci tu rumah tu dibiarkan kosong selama tiga tahun ... maintenance fees pun dah dekat RM4 k.

Saya tolong kerana  bagi saya, perlu untuk saya menolong kerana dia sekeluarga adalah  dari keturunan orang yang baik-baik, mak saudara dia yang mengajar saya mengaji  tanpa bayaran apa pun, saya menolong kerana banyak  yang saya belajar mengenai kehidupan daripada mereka. Saya menolong kerana sajer suka nak tolong kerana saya boleh belajar serba sedikit pasal  perangai manusia dan  sewa beli rumah.

Hari itu ada agen yg bawa utk perkenalkan rumah tu,  tunggu dari jam 1930 hinggalah  2130, sampai  agent tu pun cakap 'tak pernah dalam hayat dia .. kena stood up  macam ni... agen ni Cina. So jam 2130, datanglah minah melayu ni dengan husband africa dia .. mmmm nampak pun boleh tahu husband tu menumpang hidup dengan dia ...chatting a few minutes, agent tu cakap 'don't take'. saya pun cakap ... kalaulah dah janji  masa pun tak ditepati ... macamana plak janji nak  bayar sewa nanti .. tentu  ada mengelak punya. Agen tu setuju .... malunya aku dengan agen tu .. kerana perangai melayu macam tu ... malunya aku.

Lepas itu ada pasangan india call kata nak tengok rumah tu, so aku kata oklah .. petang nanti....tak lama kemudian dia sms kata  'sorry tak jadi tengok petang ni sbb  dia dah jumpa unit yg dia minat'. At least dia sms bagi tau.

Lepas tu adalah perempuan melayu ni call kata nak tengok rumah, aku kata oklah aku akan ada kat sana  dalam pukul 2 petang, so dia kata ok dalam pukul 3 dia sampai, Aku tunggu  sampai  jam 3.30 ptg, tak nampak pun batang hidup. Call dia,  dia offkan connection, call lagi sekali tak berangkat, lepas tu baru dia call dan kata akan sampai sebelum  pukul 5 ptg.

Aku tunggulah sbb dah janji, pukul 4.45 ptg, malas aku nak tunggu aku bawak semua barang-barang ke  car park .. malaslah aku nak tunggu .. masa masukkan barang dalam kereta dia kata dia akan sampai sikit lagi. Oklah aku tunggulah sbb  kata dah sampai.

Bila bawa pergi tengok rumah,  dia nak fully furnish ... tapi harga nak rm1100. What the heck! .. aku kata boleh ... rm1.1k tapi  as what it is lah ... ada kitchen kabinet, dining table. Aku akan letakkan aircond kat masterbedroom dan pasang grill kat tingkap sbb dia ada anak kecil. Tapi rasanya dia tidak berminat pun, aku pun tak kisahlah ..

Tapi apa yang aku dapat belajar sekarang ialah ... trend orang sekarang sewa rumah  fully furnish, gaya kena lebih walaupun habuk pun tarak ..any way aku tak kisah .. itu pelajaran baru yang aku  dapat walaupun kekadang tu terasa diri ini macam minta sedekah, at least aku tahu hidup sebenarnya macamana. Aku akan sentiasa  menambahbaik diri aku ini.

Oh ya! Ain asyik skip kelas KAFA jer ..so sekarang ni aku dah call ustazah dia minta ajarkan kat rumah ..bukan nak kata banyak duit tapi  itu utk bekalan dia nanti.

Thursday, July 8, 2010

Kenapalah masih ada keadaan begini

Kisah keluarga yang hidup dalam  reban ayam, entahlah aku  pun tak tahu nak kata apa. nak kata diaorang pemalas tak boleh gak, sebab hidup kat  Kelantan tu mungkin betul gak susah nak cari kerja. Nak kata  malas berusaha pun payah gak...tapi sedihlah ..aku pun tak sanggup nak baca cerita diaorang ni kerana aku tak tahu apa yang sebenarnya , mentaliti atau hakikatnya memang begitu.

Anak-anak pun kecil lagi memang susah sebab kalau nak cari kerja .. anak kena  bagi orang jaga tapi  kalau orang lain jaga ..tentu nak kena bayar. Cuma perkara ini membuatkan aku bersyukur kerana  mak bapak  saya  berpindah duduk kat kuantan.. dimana telah mengubah nasib. Kalau duduk kat Kelantan atau Terengganu , saya tak pasti saya akan boleh berada di tempat saya berada sekarang dan saya tak pasti saya  menjadi lebih baik dari sekarang kerana tak ada pun contohnya.

Kalaulah saya pada masa ini ada company sendiri, kaya raya ... saya  akan offer diaorang ni kerja dengan saya tapi bersyarat ... syarat pindah bukannya duduk kat Kelantan tu dan belajar hidup yang sebenarnya.

Kalau  nak kata malu, tentunya mereka rasa malu kerana  gambar mereka terpampang kat suratkhabar, kalau  pasal kebaikan semua seronok tapi kalau perkara macam ni siapa suka kan .... sambung later ... idea datang plak...nak buat kerja.

Kenapa orang tak menghargai diri

Salam,

Mak cik Manis .... nanti I carikan lazy susan tu yer.

Ain? Tak tahulah besar dia nak jadi apa ..only wish dia ingat dia tu orang Melayu dan beragama Islam... and boleh survive dalam dunia yang global ...> hikhikhik.

-----------------------
Minggu ni masuk kerja ... dapat info bekas staf kena tangkap kes syabu .. positif ...ayooo kenapalah dia  tidak menghargai  nikmat hidup yang ada ni. Nasib baik mamat ni tak kahwin lagi ....tapi biarkanlah CSJ settlekan kes dia.

Ada sorang lagi staf sedang ber AWOL (absent without leave) ..biarkanlah nanti dah kena tahan gaji tu .. tahulah apa dia nak  buat.

Tak faham aku dengan orang-orang yang tak menghargai  hidup ni .. nak ceritakan banyak ...tapi biarkanlah nanti  macam  mengumpat la plak.

Monday, June 28, 2010

Pagi Selasa yang membengangkan

Siapa tak geram, siapa tak bengang, aku ni pagi-pagi  lagi dah berjalan gi Kump nak bagi presentation aku  utk KK kepada Koord. Sampai kat sana jam 0830, ofis staff aku tak bukak lagi dan  batang hidung diaorang pun tak nampak. Aku rasa malu sangat dan aku  rasa staf-staf aku ni macam tak appreacite  dengan apa yang telah diberikan. What the heck man ... lantak koranglah ..... jam 0900 nanti ada taklimat KK kepada semua staf kat sana. Lantaklah  .. biarkanlah  dulu ...sebab hati ni tengah mendidih sangat.

Masa kat  foyer, terserempak pulak dgn tuan Md Rasid, oklah  bagi brief on the spot on the progress of  the projek. Bulan ni ada  Hari Latihan Pegawai, so  aku kena  bagi taklimat mengenai projek aku, so  nak kena buat presentation, nak kena buat planning dan nak  buat  borang kaji selidik  lah bagi masa hari tu.

Penat kerja sorang jer, tak ada pembantu ... tapi apa  nak buatkan .. tak ada orang yang minat berada di dalam tim projek aku ni.

Sekarang ni aku nak cool down sikit .. nanti kang ada yang kena jerit dengan aku.  I've got this bad habit atau attitude .... aku kalau  marah apa sahaja yang aku pegang kat tangan sure kena lempar punya dan  lagi nasib tak baik kena pelempang dengan aku. Sentiasa cuba  mengurangkan  bad habit ni dan  last year dia keluar balik ....bengang dengan si Ain dan bibik aku ... handphone aku kena lempar kat dinding ... berkecai .... sikit lagi nak kena  tv LCD hotel kat Tawau tu .... terkedu jap  aku .. heheheh .... terpaksa  beli handphone baru ...husband aku cakap ... tak boleh  pakai yang mahal lagi dah .... beli yang murah jer  ... terpaksalah ....

Aku sentiasa belajar mengawal kemarahan aku tetapi kenapa yer ada jer orang yang nak menduga  ....tak apalah cabaran hidup agaknya untuk akulah  .. kerana aku akan berusaha menjadi lebih baik. Macam utk  staff-staff aku ... korang belajarlah  .... nak senang bukan senang dan nak susah tak susah...

Hari Isnin yang no idea

Pagi tadi pakai bush jacket, pergi  menghadirkan diri  di majlis serah terima tugas Ketua Kumpulan JLJ.  Yelah dahlah staff-staf aku duduk kat Kump, kang kalau buat sombong kang, kena halau baru padan muka.

Dekat ofis siapkan slide presentation utk KK sbb  elok jika  dia tahu progress projek, masalahnya kepala ni buntu ..no idea keluar.

JK sms kata dia tunggu aku datang nak bagi langsir last week, tak sangka la plak dia tunggu sbb  aku tak ada sms pun. Sebenarnya langsir tu masa aku nak  jahit ( langsir ni ketinggian tak betul jadi  aku kena jahit balik - kenapa aku jahit langsir  -> sebab  nak letak kat rumah sewa aku tu  -> kenapa tak tempah ? sbb mahal giler dan aku boleh jahit .... jangan nak membazir duit kan.) aku perasan yang  design bunga dia terbalik ..so minta  bibik tetaskan benang dan aku buat semula.  So langsir ni dah siap cuma perlu  bagi kat dia ..tunggu hari yang sesuailah sbb JK ni handsome, bujang lagi umur dalam 26 thn, orang Pakistan ...so  husband aku  tak percaya kot aku gi sorang hantar .. heheheheh tapi sebenarnya aku pun tak nak gi hantar sorang-sorang. So bila husband aku ada nanti, kitaorang akan pergi hantar.

Hari Rabu ni nak pergi ke Palmspring, diskus dengan owner unit atas pasal  kebocoran lantai unit dia. Kondo  kawan aku Ijah yang sedang aku  uruskan ..mengalami masalah  siling bocor sbb air dari unit atas ..so unit atas kena buat water proofing ... hah! ingat ada orang nak buat water-proofing -> tukar tiles kalau dia tak terasa kesan tu ... tapi tengoklah macamana nanti ..harap-harap  ok ..sbb  kalau tak dibuat water proofing  ... memang teruklah ... nanti bila tenant dah masuk .. lagilah  susah nak repairkan ... biar repair sekarang.

Lepas settle masalah tu ..baru aku buat kitchen cabinet, beli fridge dan washing machine. Langsir untuk kondo ni aku jahit sendiri gak.

nak settlekan  alas meja si Makcik Manis dulu dan aku harapkan dia akan suka  alas meja yang aku buat nanti.

Saturday, June 26, 2010

New Experience

Hari ini 26 jun, selepas hantar husband ke KLIA, aku dgn ekor kesayangan Ain pergi ke rumah Makcik Manis. Dia ajak temankan dia pergi  melihat kondo-kondo di Mon't Kiara sbb dia nak beli ... huiiish memang kecik tapak tangan, nyiru ditadahkan ... aku ni memang dah lama nak tengok  kondo-kondo kat situ ..yelah Melayu ni tengok  kawasannya amat mengagumkan...

So pergilah aku dengan Ain jam 0845 dah sampai kat rumah orang ..tak pernah pulak  aku buat macam tu ..hehehe ..pagi-pagi dah ada kat rumah orang. so sekarang aku dah tahu dah, luas-luas  kondo kat situ ...memang selesa sangat ... kondo yang aku tahu besar antara 850 kps hingga 1300 kps ...tak pernah plak masuk yang 2000 kps sampai 3000 kps ... kena pulak  yang  duplex ... fuuuyooo memang satu pengalaman yang bagus aku rasa untuk diri akulah. Terima kasih Lynn kerana mengajak gi  tengok rumah-rumah tu .. laaa ni bersemangatlah aku nak mengemaskan rumah bagi cantik lagi.

husband aku pun dah pergi ambil kunci rumah yang kami sewakan kat Gong Badak, Kuala Terengganu... aku harap dia berpuashati dengan rumah yang aku pilih tu ...nanti bila dia sampai rumah nak tanya apa komen dia plak.

Salah satu perangai pelik aku dan juga perangai tu berjangkit dengan Ain ialah  .. kita orang ni suka tengok rumah contoh ....entah kenapa ... aku cukup suka tengok rumah contoh dan tengok idea-idea menghias rumah  ...tapi rumah aku tetap macam tu jugaklah ....hehehe bersepah-sepah dengan cat kat dinding kena cungkil dengan ikmal ...Langsir kat  living hall  labuh nak mencecah lantai sikit punya banyak. KEnapa aku buat macam tu sbb aku nak gantung langsir tu tinggi sikit tapi  tak tebuk-tebuk lagi tempat nak letak palang langsir. Hopefully  husband balik ni dia buatkan.

Aku bab  tukar -tukar lampu .. no hal boleh buat sendiri tetapi  pasal nak drill  dinding ..x lehlah ..nanti ada senget benget plak kang. Biar  husband yang buatlah.  mmm esok  Indra dan Hamzah datang nak betulkan aircond bilik Ain .. harap lepas ni  si Ain dan ikmal tidur kat bilik diaoranglah.

Tuesday, June 22, 2010

Tukar Frame dan apa yang ada dalam kepala la ni

Nampaknya ada design window baru untuk  blog ... sajer je tukar nak menceriakan suasana. Kepala sebenarnya tengah ...bengong sikit sbb  banyak sangat perkara yang nak diselesaikan .... nak tahu apa dalam kepala sekarang ni... tapi  isi ni tak ikut priority ... ikut dang mana timbul dulu kat kepala.

1.  aku nak habiskan jugak pengajian KFORCE aku tu tahun ni ..tu yang dok kelam kabut menyiapkan paper latihan industri dan project paper .. kena submit early August ni.

2. macamana nak settlekan masalah elektrik yang overload kat rumah. Belanja  pasang 3 phase dekat RM4K .. manalaha nak cari duit ni... perlu ke buat  cepat.

3. nak ambil gambar belakang rumah sbb buat extension dulu .. nak kena hantar borang kepada MBSA utk dapatkan balik deposit.

4. nak siapkan rumah Ijah kat Palmspring tu ... dah lama sangat .. yang jadi masalah besar kat sini sbb  rumah atas ... dua-dua bilik air dia lantainya bocor, dan  paip dapur atas pun bocor, engkorang ingat ..owner atas tu nak repair ke lantai  bilik air dia tu sbb dia tak ada pun rasa masalah ni. Kesian jugak kat Ijah  sbb makin bertambah belanja repair rumah dia, tapi kalau tak buat .. masalah akan jadi lebih besar lagi dan bila dah ada orang menyewa lagi susah  nak  buat kerja-kerja repair ni.

5. Nak cat ruang family hall dan masterbed room rumah aku. Kenapa plak .... warna dah tak lawa .. jealous tengok rumah orang lain lawa ... tapi tak laratlah buat sendiri .. sekarang ni dah terasa .. aku dah tak boleh buat kerja-kerja yang menggunakan tenaga banyak sangat.. penat gilo jadinya. Nantilah nak minta Mat Som yg sedang repair rumah Ijah buat selepas dia settle rumah Ijah tu..sebab bilik air atas  rumah kami ni pun bocor gak ... so rasa elok tukar tiles bilik air atas dan bawah serta tukar tandas bawah dari tandas cangkung kepada tandas duduk..walaupun bibik tak minat tandas duduk ... biarkanlah  tandas duduk lagi bersih.

6. Husband nak masuk rumah sewa baru kat Gong Badak, harap semuanya ok ..so sekarang bolehlah  kami sekeluarga  bila ke kuala Terengganu terus lepak  kat rumah tu tak ada lagi nak  duduk homestay jer ... yelah duduk homestay kena keluar RM150 sehari .. duduk seminggu mahu bengkrap sekejap.

7. Lega dah habis bayar  second parking Mutiara Anggerik, tahun depan  start bayaran bulanan next year bila dapat kunci .. oh yeah .... bertambah lagi perbelanjaan bulanan tapi pendapatan bulanan tak  berubah .. macam tu lah jugak.

8. Macamana yek! nak buat  blog ni cantik macam orang lain ... seronok tengok blog - blog orang lain cantik macam blog  Chibi Maruko, Mat Gebu, Lemongrass, Mamafami, Yus, Hanieliza, Makcik Manis dan banyak lagi. Jealous gak tengok cantik design diaorang, gambar yang diaorang letak .. kamera apa agaknya yang dipakai ... aku ni pun dah beli gak  kamera baru 12 megapixels tapi model lama .. yelah sbb jenis kedokuut pasal  benda-benda ni ... anyway suatu hari nanti akan kurembat camera Canon yang model EOS tu ..tapikan memang salute kat diaorang ni semua ....tak pe..tak pe...  berusaha..berusaha...jangan putus asa suatu hari dapat nyer.

Franklylah kekadang tu aku boring jugak dengan kerja yang aku buat ni ...  consider macam project managerlah .... jaga, develop  system dan apa sajer yang perlu. Kenapa boring? ....sebab banyak  kerja nak kena buat .... dan kena buat cepat... kena perah kepala otak ... tetapi kekadang tu aku minat gak dengan apa yang aku buat ... entahlah  tengah tension kot ..tetapi  plan aku mungkin  aku nak berada dalam tim projek ini hingga tahun 2012 jer kort sbb aku  plan nak bersara lah pada tahun 2013.

Kenapa plak nak bersara ...? yelah  tahun 2013 umur pun dah 43 tahun, aku rasa nak  banyak menghabiskan masa bersama keluarga, Ain umur 13 tahun dan Ikmal  6 tahun ... Apa yang aku nak buat bila pencen nanti ?
1. aku nak enjoy life jer .. nak buat business sendiri tapi tak tahu business apa,

2. nak hantar anak pergi sekolah, tuisyen dan segala-galanya,

3. nak  melawa ..hahahaha (tolong jangan gelak sakan yer!!) ..selama ni dok pakai unifor jer bila pergi kerja, kena bersanggul... jadi nak lah rasa  pakai blouse, kemeja, office wear dan lepaskan rambut.. color rambut sikit-sikit... hehehe..Frankly kekadang tu aku boring jugak bila civilian nampak  aku di dalam uniform ... rasa macam diaorg ni pandang rendah kat askar .. kenapa begitu pun aku tak faham..what i can say is ... yelah  bila seekor lembu membawa lumpur semua terpalit.. kekadang tu kami ni jugak yang tak menjadi imej dia .. tidak berbangga dengan proffesion  sendiri dan tidak mengenakan uniform dengan kemas...

oklah nak stop dulu ... nak sambung write paper plak .. idea tiba-tiba datang.

Selamat Kembali Bertugas

Hari Isnin lepas 21 Jun merupakan hari pertama  bekerja selepas  bercuti seminggu  sempena cuti sekolah dan  tugasan luar selama seminggu di  Kuantan dan Kota Bahru. Minggu pertama cuti sekolah, husband cuti ..so dia ikut saya ke Kuantan untuk  buat tugasan di sana.

Alaaa aku  pun orang Kuantan sebenarnya, so kira serampang dua matalah,  letak si Ain dan bibik kat kampung, aku pergi ke  kem dan husband jaga Ikmal. Kenapa plak husband yang jaga Ikmal? Kenapa tak suruh bibik jaga je kat rumah mak ? sebab husband tak confident boleh tinggal ke tinggal si Ikmal ni kat  kampung ...sebab kelasakannya yang boleh tahan.

Semasa di Kuantan,  rasa sakit plak kat ..so pergilah  ke Kuantan Medical Centre, hah .. ambik ko ..kena buat mammogram dan ultra-sound sekali ...maklumlah  umur pun dah masuk 40 tahun pun. So  i need to skip the  task utk ke Kota Bahru sbb medical check up tu took 2 days. And what is the result ....????  ada 2 cyst kat b***t, anyway  still manageable .. just need to do repeated check up...which i think i'm going to do it in  Hospital Tunku Mizan.

Feel so lucky and relieved because i still can enjoy the coming holidays in Kuala Terengganu. Yeah ...because  my husband work in Kuala Terengganu and during my leave, my family and i will be in Kuala Terengganu while my husband working. Consider fairlah sbb bila sorang kerja, sorang cuti kan ..and the kids still  can be together with us.

Well, we have a good time  in kuala terengganu, staying at rumah persinggahan saujana for a week, having nasi dagang and laksma for breakfast, sotong celup tepung for tea, nasi kukus sempoi alias for lunch and  ikan nam prik pau for dinner. And i think i have putting on weight lah ..lantaklah as long as happy ...bersyukur kerana  Allah masih sayangkan saya (aku rasalah!!!).

Ain was playing kite at  Batu Rakit, nice place sungguh if i could have a house there .. oh yeah ..

We also manage to rent a house in Gong Badak. Husband saya was looking for a house, la ni dia dok dengan kawan-kawan, and knowing him, he is quite fussy abt  all things lah .... and it is very uncomfortable for me kalau ke Kuala Terengganu kalau dalam rumah ada outsiderkan ... so i think this house is just nice, the rental is RM480, giving the landlord 2 + 1, consider luckylah landlord dapat tenant macam  kitaorang ni ..hehehhe masuk bakul dalam lift lah.

ok cerita lain kali pulak .. nak sambung kerja sikit ... idea dah datang.

Monday, May 31, 2010

Organising End Users Course

Last week dan this week adalah  minggu dimana saya dan anggota  Tim projek saya organise End users course kat IJED. Payahlah weh ... nak buat kursus end users ni ... tak payah kalau hanya nak  buat syarat ada kan kelas jer. Tapi kami ni mempunyai target .. ceh ...berkami-kami la plak ...sebenarnya memanglah ...targetnya  buat kursus end users ni dan pastikan  end users dapat latihan dan kemahiran yang mencukupi untuk mereka  menggunakan EMESYS.

Saya mula start dalam tim projek ni pada tahun 2004 ...masa mula-mula  projek ini dimulakan ... tahun 2007 ditukarkan  untuk tugasan command unit tahun 2008 ... bertugas di headquarter bahagian sumber manusia ... 2009 pergi  kursus kerjaya ... 2010 .. masuk balik ..tim projek ni ... ayooooo memang dapat rasa kena masuk balik  tim ni ..tapi tak sangkalah plak ... anyway kita buat jer ... ok gak sbb  tambah ilmu sikit dalam IT ni.

What do i expect  fm emesys? --- entahlah tapi aku hanya nak  sistem ni berjaya ... plan saya itu jer....

alamak ... dok merapu la plak ... tak apalah ..esok pergi ofis ... nak settlekan  kerja kat ofis dan prepare utk lawatan pegawai kanan ke tim projek  pada hari jumaat ni.

Kursus end user  Staf Haris dan Fozi boleh  handle .. no hal punya.

Sunday, May 23, 2010

Selamat Hari Lahir buat diri saya

Hari ini 24 Mei merupakan hari lahir saya yang ke 40. Alamak sudah tua aku rupanya, rambut pun dah mula menyerlahkan warna-warna kelabu yang akan berubah ke warna putih. Mak aku masa umur 40 tahun dah ada dua cucu ... yelah dia kahwin pun rasanya masa umur dia 13 tahun. Aku ni kahwin umur 27 tahun, umur 30 tahun baru dapat anak.

Semalam waktu pagi, bawa Ain dan Ikmal ke Restoran Azira di sek 10 tu untuk sarapan pagi, makan roti canai telur dan minum teh tarik. lepas itu merayau - rayau kat Sek 9 tengok rumah - rumah banglo yang cantik -cantik tu ... mmmm bilalah agaknya ada rezeki nak duduk rumah macam tu. kemudian pergi hantar  kotak-kotak, botol-botol plastik ke tempat recyle, dapatlah  dalam rm10.60. bagi kat Ain dan lepas tu dia belanja makan cendol kat depan TESco Extra.

Semalam juga pergi ke Plaza Alam Sentral tengok  kain langsir kat Nagoya , tengahx tengok  kamera kat kedai Foto kem tu ada buat offer utk kamera digital Olympus 12 mega pixels.. yang ada Nikon 4 mega pixel dah rosak ... dibuat bahan lontaran oleh si Ikmal, apa lagi sambar ajelah sbb offer RM399 dan bila campur  memory card 2 GB dan plastik yg x bg calar kat screen kena dalam RM469 kira oklah dengan free casing dan charger .. oklah tu

SEmalam jugak masak kuih gulung dan bagi kat jiran kuih gulung ....sbb baru tahu dia dah bersalin 2 minggu lepas. Kemudian buat cheeese cake, alahai  tak terperasan yang button oven di set ke upper sahaja, lastnya kek  hitam kat atas dan kat bawah tak masak ... kena masak lagi .. anyway ... rasanya sedap ...

Monday, May 10, 2010

Pertandingan Menembak Novelti, EMESYS dan aku dah tua

Pada 8 Mei lepas, kami ada pertandingan menembak novelti tapi saya ni hanya bertugas sebagai pengasuh kepada Ampuan Besar Negeri Sembilan. Apa tu pengasuh .... pengasuh adalah orang yang membantu di dalam semua perkara berkaitan senjata yang digunakan untuk  pertandingan itu. Beliau bertanggungjawab terhadap  individu yang dia jaga. Tak sangka ye Ampuan Besar Negeri Sembilan cekap menembak. Rasanya kalau saya yang masuk pertandingan itu saya pun kalah.. hehehhe tapi sbb jadi pengasuh dia, nampak seolah-olah pengasuh nya  yang terrer, padahal  hampeh.

What to expect ? sbb senjata ni bukan permainan kitaorang. Anyway, walaupun penat ya amat tetapi rasa berbaloi gak ... nampak kat internet Tunku Zain Al'Abidin macam dewasa jer tetapi masih  nampak macam  remaja. Saya memang  minat tengok  family Tuanku Negeri Sembilan ni ...diaorang ni educated and down to earth ... ok seronok juga sebab nampak sekarang ni keluarga diraja mostly dah educated lah.

Gambar mana? tak ada ke? Gambar later nanti bila diaorang bagi.

Sekarang ni sibuk dengan planning untuk  projek EMESYS saya tu. Tengah plan nak launch  bulan Julai ni, nak buat training untuk   end users dan staff. nak  check networking dan check system. Ayoooo sendiri cari susah hehehehe....

Kalau tak cari susah, tak cari penat, tak cari kerja .. nanti kita sendiri yang susah kan ... Nak settlekan everything this year dan ingat tahun depan nak buat projek  lain pulak tapi bukan projek anak ... dah tua dah ni.

 Cakap pasal tu, baru perasan  sekarang ni dah banyak uban di rambut .. mmm macamana nak buat ni ? color rambut, potong rambut atau pakai tudung ... oh please .... memakai tudung kerana rambut beruban .. memang nak marah dengan husband ni.

Sunday, April 18, 2010

Anak-anak saya ni

Macam dia seorang jer yang ada anak. Sebenarnya saya baru ambil gambar diaorang hari jumaat lepas. Keluar ke SACC Mall, nak bayar Maxis, sebelum tu singgah kat sek 11, depan 7E ada gerai burger, order burger then gi SACC Mall.

Malam tu dinner makan burger jer. Kereta tu saya guna untuk ulang alik pergi ke tempat kerja, weekend yang lepas dah cuci dengan bibik dan budakx ...tapi tengok kereta makin kotor adalah. So bila husband balik rumah, kitaorang bawa kereta ke kedai ...kasi cuci bersih punya ...cuma buat wax sendiri.

Saya ni pasal kereta ..tak kisah kereta kotor yang penting, enjin bagus ..tapi kalau kotor sampai boleh melekat kat baju payahlah... lagipun tak syok jugak kan sbb tak macam kereta orang perempuan.


Ain dan Ikmal makin besar sekarang ni. Ikmal makin lasak dan Ain makin nak menjaga diri. Ain pun sekarang dah mula serius pasal pelajaran, dulu cikgu dia kata kalau dia ambil UPSR boleh fail.. sekarang ni nampak dah ok ... saya harapkan dia akan terus serius ... tapi memang betul pun parents kena main peranan juga kalau nak anak berjaya ...

ok ... CUBA UNTUK MENJADI MAK YANG BAGUS hehehehe

Tuesday, April 13, 2010

Apa beza Adsense dengan Nuffnags

Apa beza Adsence dengan Nuffnags ni. Tengok blog-blog orang yang dapat cek dari Nuffnags ni seronok je rasa. Tapi macamana hek .. nak jadi atau nak ada blog macam diaorang ni. hehehhe pertanyaan yang lu fikirlah sendiri.

Saje je tulis

Hari Isnin lepas, dapat kunci rumah kawan Ijah... dia minta untuk tengok-tengokkan rumah dia kat PalmSpring@Damansara tu. So hari Jumaat ni jika keadaan mengizinkan aku akan pergi dengan husband ke sana. Bukan apa tak confidentlah gi sendiri .. bila dah ok .. baru boleh buat urusan sendiri.

Makcik Manis kata nak jumpa hari ini tapi tak jadi ... tak apalah next time boleh jumpa. Kepala ni pening jugak memikirkan pasal assigment tak siap-siap lagi .. tapi tak apalah aku akan buat jugak... cuma tukar tajuk sikit lagi ... assignment untuk project paper KForce ni.

Hopefully semua planning pasal sistem EMESYS berjalan lancar. aim aku nak buat launching pada hari kor tahun hadapan ... harap harap tu menjadi. Bulan Jun ni kena start bagi kursus kat IJED. Hujung bulan ni nak present kat Pengarah JLJ dan harap-harap dia setuju dengan planning aku ni.

Macamana hek? orang make up diaorang punya blog ni .. aku masih terkial-kial lagi ... nama jer bidang IT tapi knowledge hampeh.

Sunday, April 11, 2010

Perkembangan Bulan April

Aku ni kekadang rasa bersalah dengan husband aku, yelah dia cuti hanya pada hari Khamis dan Jumaat sedangkan aku pula cuti hari Sabtu dan Ahad. Sedih ooo tak dapat spend time bersama... yelah kalau ambil off selalu rasanya marah juga boss aku yang baik hati tu.
Hari Sabtu pagi-pagi dah hantar dia ke LCCT, kemudian balik rumah sambung tidur dengan anak-anak. Teringat yang MIL ada buat kenduri doa selamat sebelum dia berangkat untuk buat umrah pada 15 Apr ni. So bergegas siapkan buat Apam Indonesia (resepi belajar dari forum cari). Yang bagus tu bekas kukusan kecil so kena gunakan adunannya buat dalam bekas kecil-kecil so jadilah kuih putri ayu tanpa kelapa. Pergi ke sana dalam jam 1530hrs dan sampai kat rumah semula dalam jam 1955hrs. Semua pergi termasuklah Ain, Ikmal dan bibik.
Hari Ahad, Ain nak makan pankek, mmm buat jer .. campur tepung naik sendiri, telur dan susu .. menjadi. Bibik pun seronok dapat belajar benda baru dan pagi tadi dia buatkan pankek sbg sarapan pagi Ain. Tengahari makan apa yer ... tak ingat pulak tapi lauk ada rendang daging yang daripada kenduri MIL tu, sambal nasi lemak ( hari Sabtu dulu tu masak nasi lemak untuk breakfast), buat sotong goreng tepung , sup sayur dan ikan goreng.

Petang kami buat chocolate chips biscuit, kena adun 2 kali sbb Ain nak biskut yang hanya ada coklat cips sahaja tak ada mixed fruits... dapat dua balang. Seronoklah masak-masak dengan anak-anak ni walaupun kekadang tu terjerit-jerit jugak sbb si Ikmal pun nak memasak juga.

Tuesday, April 6, 2010

Bulan April 2010

Dah masuk bulan April rupanya. Banyak perkara berlaku tetapi tak ditulis.. kekadang tu macam tak ada semangat je nak tulis ...sebabnya.. kenapa ek? orang punya blog ...seronok jer baca, seronok jer tengok gambar dan rasa macam diaorang tu seronok jer... Tapi tak pe sekarang aku dah ada semangat baru. Semangat untuk menyiapkan projek, menyiapkan projek paper untuk KFORCE, dan banyak lagi.

20 Mac lepas Bibik Asiah dah balik ke Medan for good. Dulu dia kata nak kerja sampai tahun 2012 .. belum lagi masuk 2010.. dah cakap nak berhenti .. boring wehh! sbb x pernah jangkakan perkara ini berlaku.

Bila dapat tahu dia nak balik, mulalah melilau mencari kat mana nak ambil maid, payah jugak yer. Nak juga rasanya tak nak pakai maid lagi... cuba untuk jadi superwoman kekononnya tapi husband kata tak payahlah ... jaga diri tu ..!!

Betul jugak kata dia sebab dia kerja jauh balik seminggu sekali.. kalau aku dok sibuk jer dengan bebudak 2 orang tu dengan kerja di rumah, kerja di pejabat ..rasanya mau jugak nanti ada yang mogok nanti. So jangan mengada- ngada nak jadi superwoman... jadi jer a good wife and good mother heheheh..

Sekarang ni kami dah ada maid baru daripada Jawa Timur, actually daripada Bali. Nak dapatkan maid baru ni mau dekat RM7k, bagi gaji kat bibik Asiah tu plak adalah dalam RM2500, repair apartmen kat wangsamaju tu habis dalam RM6.5K, beli perabut baru sbb tenant baru nak RM1.5K... alamak banyak betul duit keluar .. tapi tak apa .. kita kumpul balik selow-selow.

Sunday, February 28, 2010

Bulan Mac

Dah masuk Bulan Mac rupa. Alahai kerja banyak lagi tak siap. Menaip paperworks pun macam semut. Bilalah agaknya ni. Sekarang ni tengah dok usha nak beli kamera digital baru ... untuk menjadikkan blogging ni perkara serius. Teruja untuk mengambil gambar yang cantik macam orang lain. Tengah dok usha kamera Canon... harapx oklah tu.

Saya ada azam baru untuk tahun ni ... saya nak settlekan tanah-tanah pusaka kat kampung .. nak pecah lot untuk masa hadapan.

Tuesday, February 9, 2010

Empunya pemandu BHX 929

Hari ini balik kerja ada sikit lewat dan jem ya amat. Semasa sampai di traffic light sek 13, saya ada dua pilihan samada belok kiri lalu kat laluan sebelah kanan di hadapan parking Stadium Shah alam atau melalui traffic light terus lalu dekat surau Sek 13. So ambil pilihan nak lalu ikut traffic light ... huh!!! malas cerita lebih panjang ...cuma nak peringat kat kaum perempuan macam aku ni .. kalau bawak kereta jangan nak menyombong nak kata orang lain bodoh tak pandai bawak kereta. Jangan nak tunjuk finger kat orang... nanti orang peringatkan kereta awak plet no, warna, awak rupa macamana... suatu hari kena ikut dengan orang, kena himpit, kena tarik keluar kereta ... hah! macam kata Nabil .. LU FIKIRLAH SENDIRI!!!

Tuesday, February 2, 2010

Apa akan berlaku seterusnya

Bila baca berita pasal Pembantu khas PM letak jawatan sbb mengeluarkan statement racist ... aku dah rasa tak selesalah ... macam merempat plak kat tanahair sendiri. correct me if i'm wrong. Tetapi jika orang Melayu mengeluarkan kata-kata racist kena hukum... aku tak nampak plak bangsa lain ke hukum... asyikx melayu ... macamlah Melayu ni racist sangat ... x fahamlah ... dah rasa aku ni berada di tahap menyampah yang teramat sangat. Boring..boring ...boring ...

Monday, February 1, 2010

Februari muncul kembali

Salam,

Bulan Februari dah muncul kembali maknanya sebulan di dalam tahun 2010 dah lepas. Kerjax dan tanggungjawab masih banyak yang perlu dilakukan. 31 Jan lepas saya duty di DOR....hari Ahad kan .... sedangkan sblm tahu kena duty dah plan nak bawa bebudak ke Kuala Terengganu .. lepakx dengan abah diaorang. Dah kena duty tak boleh buat apa lah. Sebelum tu plak Ikmal kena demam campak ... aduhai ... ini demam campak yang kedua ... nasib baik dia tak banyak ragam. Tak lama lepas tu ... Kakaknya plak demam dan kena campak jugak. ingat nak pontengkan kakaknya sekolah pada 1 Feb tu sbb cuti Hari Wilayah. Rupa-rupanya kakaknya memonteng dari hari jumaat dan seterusnya sehinggalah betul-betul ok. Agaknya minggu depan baru dia pergi sekolah kot.

Wednesday, January 27, 2010

Syukur Umur Masih Panjang

Memang betul jika dikatakan tengak ajal dan maut. Jika sudah ketentuan Allah yang ajal kita akan sampai maka meninggalkan dunialah kita ini. Semalam sebelum balik dari kerja, saya menyemaklah apa cerita terbaru daripada ondscene tentang kematian seorang lelaki Singh yang berusia 25 thn akibat kemalangan jalanraya. Kerana orang lain punya pasal dia yang meninggal. Betapa pada masa itu s rasa ... apalah nak jadi dengan kita semua rakyat Malaysia ni ... tak pernah menghargai nyawa sendiri dan nyawa orang lain.

Setiap hari saya harus melalui Lebuhraya NKVE dan DUKE untuk ke tempat kerja, kekadang tu trip buat 2 kali sbb balik rumah dulu tengok anakx, tukar baju dan macamxlah. Setiap hari bila lalu kat NKVE dan DUKE itu, bermacamx perangai orang Malaysia yang memandu boleh kita nampak. Tidaklah saya ingin menyatakan saya ni bagus di dalam membawa kereta tetapi "ramai orang memandu laju tetapi berapa ramai yang boleh memandu laju".. itu persoalannya. Kerja nak cium atau menyongket bonet kereta kita jangan cakaplah. Kekadang tu ada juga saya bertanya pada diri sendiri, yang dok menyongket kereta kat depan tu dia sedar tak kereta depan tu ada tak ruang di sebelah kiri dia untuk ketepi .. jangan main dok songket jer.

Tahun lepas masa balik dari kerja saya perasan kereta belakang ekori rapat dengan kereta saya. Saya dah risau dah... dah rasa memang ni kalau kena brek emergency ni tak cukup tanah dia ni. Memang betul.... pada masa itulah kena brek emergency dan memang tak cukup tanah. Kereta saya kena langgar dan kereta saya langgar kereta depan. Sepanjang 22 tahun memandu kereta, inilah kali pertama saya terlibat dengan kemalangan... andaian boleh mengatakan yang saya ni x banyak memandu itu yang kemalangan hanya sekali jer dalam masa 22 tahun ni ..tapi terpulanglah.

Ni sambung balik kepada cerita petang semalam, semasa balik dari tempat bertugas, saya akan gunakan Lebuhraya DUKE kemudian NKVE walaupun tol semuanya RM5.30 untuk satu perjalanan. Kalau pergi balik RM10.60 tetapi ia amat selesa dan cepat.

Selepas dalam 20 meter melepasi bypass ke Lebuhraya Karak, ada satu trak pick up macam Hilux brek emergency dan ketepi. Saya berada di lane tengah kerana saya tahu banyak kereta akan gunakan lane kiri untuk ke Lebuhraya Karak atau Gombak, trak pick up ni daripada lane kanan dengan lajunya memotong saya dan kemudian itu telah buat brek emergency untuk ke kiri ... tanggapan saya adalah satu.. dia terlepas simpang! Pada masa yang sama ada satu lori yang besar di sebelah kiri saya sedang memotong laju dan di sebelah kanan saya ada juga kereta laju. Cubalah bayangkan bagaimana perasaan saya ketika itu, saya tidak dapat lakukan apax selain daripada turut sama membrek dan memastikan stereng tidak bergerak ke kanan atau ke kiri, jika stereng ke kanan jawabnya kereta saya akan dilanggar oleh kereta yang sedang memotong. Jika saya ke kiri .. itu memang cari nahas sbb lori itu ada disebelah kiri dan juga sedang membrek. Saya selamat kerana lori itu tidak membelok ke kanan untuk mengelak trak pick up, kalau tidaknya tentu sekali saya sudah berada di bawah perut lori kerana tidak ada apa yang dapat saya lakukan ... tiada ruang atau masa pun. Selepas kejadian itu saya amat bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup lagi... tak dapatlah nak dibayangkan jika saya terlibat dengan kemalangan ketika itu .. tentu kesannya amat teruk sekali. Syukur Alhamdullillah kerana masih dipanjang umur olehNya. Sesungguhnya orang yang telah tahu ajal mautnya bila amat bertuah kerana boleh bersedia ke arah itu tetapi bagi yang tidak ...bagaimana pula ya.

Tuesday, January 19, 2010

Boring weh!

Boring betul minggu .. kerja banyak nak buat tetapi boring. nanti tengoklah kot-kot ada dijualnya semangat kerajinan .. nak juga beli sekilo dua. Ikmal makin hari makin pandai bercakap ... dia ada specific place kat mana dia letakkan kasut-kasut dia and one thing good .. bila masuk rumah dia akan meluru ke situ utk buka kasut dia. Dia sekarang ni dah faham kalau mak dia pakai uniform maknanya mak dia pergi kerja ... kalau pakai jean dan t-shirt, maknanya mak dia nak pergi keluar and it is time to follow .. then startlah dia berlari ke specific place tu untuk ambil kasutnya. Budak kan...

Kekadang tu bila memandang anakx kita .. dok jugak terfikir macamanalah mereka bila besar nanti. Tu yang kekadang tu jadi bersemangat jer nak belajar masak dan buat itu ini.

Sekarang ni nak kuatkan azam untuk buat banyak perkara :
PERTAMA : jadi seorang mak yang bagus.
KEDUA : jadi isteri yang bagus jugak heheheh.
KETIGA : nak jadi pakar dalam memasak ni.
KEEMPAT : nak belajar menjahit .. dapat menjahit langsir, baju kurung, baju kebaya, kemeja dan baju melayu ..cukuplah untuk keluarga juga.
KELIMA : jadi anak yang baik ... I don't think i am a goog daughter .. yelah asyik kena berleter jer dengan mak.

eh! banyaklah ..tapi kita buat slow...slow . So far kira oklah jika dah boleh masak kari dan masak lemak cili api ....tapi hish yang paling senang sekali masak nasi dengan buat ikan siggang dok fail-fail lagi.

oklah .. nak baliklah ... masak ... husband balik malam ni..

Sunday, January 17, 2010

minggu ketiga di tempat kerja

Minggu ini merupakan minggu ketiga saya di tempat kerja baru .. tp tak baru gak sbb tahun 2004-2007 pun memang kat sini. So far memang banyak plan nak buatlah untuk system yang ada tapi buat slow-slow je sbb ada banyak benda lain nak buat.

Apartmen kat Wangsamaju tu dah siap dibersihkan, dicat dan ditukar lantai kepada tiles .... habislah dalam RM6300.00. Tapi x palah sbb lepas ni akan dibagi sewa jadi ada duit masuk.

Aim saya untuk tahun ini adalah mempunyai akaun untuk segala perbelanjaan rumah, supaya saya boleh tahu kemana pergi duit-duit kami dan dalam pada masa yang sama saya berazam untuk menyimpan bagi mengrealisasikan impian nak buka kedai makan (hish! masak pun bukan terrer sangat nak buka kedai makan). Bukan apa sebenarnya saya nak memberi perkhidmatan masakan atau makanan yang betul-betul baik untuk kita semua... nantilah cerita.

Hari ini pergi kerja lambat sebab bawa Ain dan Ikmal jumpa Dr Salleh di Klinik Mediutama, diaorang selesema dan malam tadi Ain muntahx. Takutlah sbb H1N1 dah ada balik. Kekadang tu kita kata ..ala bukan H1N1 tapi takutlah sbb x mau menyesal kemudian. Lepas ke klinik, pergi breakfast kat Eton kopitiam, Ain makan telur masak separuh dan roti bakar. Saya ambil bubur nasi .. alasannya makan dgn Ikmal. Minum kopi panas dan teh o ais. kami tiga beranak duduk makan dan balik ke rumah bagi diaorang makan ubat . Selepas tu baru pergi kerja.

Wednesday, January 13, 2010

Apakah akan berlaku nanti

Saya akan tidak mempunyai maid bermula daripada bulan mac ini. Husband pula hanya akan berada di rumah pada hari Khamis dan Jumaat (hello!! kita tak ada madu yer.... dia kerja jauh jer). Setelah fikir banyak kali... rasanya elok saya tak guna maid baru ... belajar je hidup sendiri... buat semua sendiri..... ok ... saya akan cuba untuk 6 bulan pertama ni ... kalau saya boleh survive .. ok ..no more maids.. kalau tak ..terpaksalah ambil maid.

So sekarang ni sedang buat perangkaan tentang peruntukan kewangan dan masa. nak buat timbangtara yang elok ....

Berbalik pasal kerja pulak .... alahai ... frustnya teramatlah ... punyalah develop sistem tu dengan kontraktor daripada sebelum Ain sekolah .... kemudian Mac 2007 posting out ... Jan 2010 masuk balik .. tengok tak ada apa -apa perkembangan yang memberangsangkan. Mungkin saya ni too ambitious ... tapi nak buat camna dah jenis macam tu ... kalau buat ... pastikan menjadi.... walaupun ada juga projek yang x menjadi ... tapi yang ni lain sbb dia involve my reputation, nak baiki balik reputation yang rasanya has been tarnished pasal project ni.

So sekarang ni dok terhegehxlah makcik tua ni belajar Ubuntu, PHP dan MySQL. Pedulikan yang penting EMESYS berjaya.

By the way, apartmen kami tu dah tukar dah lantainya kepada tilies, dinding dah cat .. lupa plak nak bawa kamera untuk ambil gambar .. next timelah. Nak kena siapkan perjanjian sewa plak sbb bila semua ok ... nak bagi sewa kan .... hopefully x tunggu lama untuk dapatkan penyewa baru.

Monday, January 11, 2010

Sedang menunggu enjin panas, warm up sikit sebelum start kerja. Kepala ni banyak perkara nak fikir... pertama ..bibik dah nak balik kampung, x plan nak ambil bibik baru ... banyak nak kena fikirkan macam ... nak hantar Ikmal ke dzuliman dulu ke atau hantar Ain dulu ke sekolah. Kalau hantar Ain dulu jawabnya lambat ke tempat kerja ... sampai lambat .. parking kereta susah nak dapat ... kalau tinggalkan dia sebelum jam 0700, kesian kat dia , masih gelap dan orang tak ramai.

Hantar Ikmal dululah ... rasanya jam 0645 tu just nice untuk bergerak dari rumah ke dzuliman. Lepas hantar Ikmal barulah hantar Ain.

Lepas kelas, Ain akan naik van uncle Raymond ke Dzuliman, transit kat sana, kelas KAFA dan mengaji sekali kat sana.... sambil tu dia boleh tengokxkan adik dia. Jam 1800, saya balik kerja terus jemput dia..

mmm sampai rumah ... nak masak pula .. kena carilah pula menu-menu yang sedap, ringkas, cepat dan paling utama tahan lama di mana boleh dimana at least 2 kali. Malam untuk basuh dan keringkan baju ... dryer ade .. pakai jer. Oklah tu ... saya nak fikirkan jadual dan menu makan.

Pagi ini Ikmal telah kuncikan pintu bilik tidur kami, balik rumah nanti terpaksalah mencari kunci dari timbunan kunci yang ada untuk membukanya.

Pagi ini ada meeting staff, lepas meeting nak pergi jumpa Mat Som yang repair apartment kami di Wangsamaju tu utk tengok progress.

Sunday, January 10, 2010

Bekerja di tempat baru

Saya sekarang dah report ke tempat baru selepas kursus di MTAT. Alahai x baru mana dari tahun 2004 sampai awal 2007 memang kat tempat ni .. kerja develop system untuk maintenance and repair. Keluar kejap pada tahun 2007 untuk 'command'. Kena panggil ke HQ duduk kat HR dept jaga ... wanitax then gi kursus setahun. Balik ke Pusat Teknologi Maklumat TD pada tahun 2010.

Nak kata dah ada experience, yes .. memang ada tapi tak pernah terfikir akan kembali ke sini semula .. so saya tak ambil port sangat pasal perkembangan IT la ni .. Sekarang ni kepala memang pening... pening sesangat dengan kerja nak kena buat ..... saya ni malaslah kalau buat kerja x nampak hasil tapi kerja ni alahai ... memang susah betul nak nampak hasil.

Saturday, January 2, 2010

Apa akan jadi

Mungkin aku ni bukannya educated sangat, aku ni bukan berjaya sangat dalam karier, tak kaya, hidup pun kelam kabut , x lah kuat agama sangat tapi dengan keadaan sekarang ni aku amat risau, risau dengan orang-orang melayu kita ni apa nak jadi dengan kita semua ni.
Nak kata kita ni kaya melampaux dan hidup seperti di syurga , x lah jugak. Nak kata kita ni orang yang alim dan beragama, taklah jugak.
Kita orang Melayu sekarang ni budaya dan adat resam melayu kita dah lupa .... (aku cakap macamlah aku ni bagus sangat .... taulah hidup aku lebih banyak pakai seluar dan t shirt daripada pakai baju kurung, yelah aku sedar aku pun tidak menutup aurat) tetapi apa yang aku mahu jadi adalah orang Melayu yang masih berpegang kepada adat resam dan budaya Melayu, masih mengikut perkembangan dunia moden itu dan pada masa yang sama masih sedar diri ini adalah orang Islam.

Aku tak faham jika di kedai makan, anak-anak Melayu makan dengan tidak ada adab budaya orang Melayu ... tapi bila tengok mak bapaknya pun sama jugak. Anakx aku asyik kena marah je bila time makan kerana x duduk dengan betul, pegang sudu dengan betul, mengunyah dengan betul, menyuap makanan tapi mata pandang kat lain.

entahlah nak cakap banyak kat sini pun x guna ...